Menurut apa yang telah aku lalui seumur hidup ku, dari mula aku kenal apa itu cinta EROS, sehinggalah ke malam ini... Aku rasa nak kongsikan sedikit sebanyak tentang "Jangan BERCINTA kalau..dot dot dot".. Ini adalah panduan aku sendiri, mungkin juga korang pun boleh praktikkan dalam seharian korang... Disebabkan benda-benda macam ni lah, aku mulai takut untuk bercinta lagi~ hahaha...
Ok, mari mulakan...
- Jangan bercinta kalau KAMU BERDUA SAMA JANTINA. Sekiranya kamu lelaki, bercintalah dengan perempuan; begitu juga kalau kamu perempuan, bercintalah dengan lelaki. Bagi yang jenis lembut(pondan) dan kasar(tomboy).. Seelok-eloknya.. kembalilah ke pangkal jalan.. Dah korang dilahirkan jantina tu, hargailah diri sendiri... Nanti tak semena-mena anak2 yang dapat malu kalau korang dah ada anak nanti... Bagi yang masih remaja.. cepatlah berubah.. Hargai jantina yang sudah Tuhan berikan...
- Jangan bercinta kalau KAMU BERDUA TIDAK SAMA AGAMA. Walaupun kita 1Malaysia, walaupun cinta itu buta, sebagai Kristian, janganlah meninggalkan Tuhan Yesus yang sudah mati di kayu salib menebus dosa-dosa kamu.. Walaupun kamu berhasrat untuk menginjil kepada si dia, biarlah dengan cara yang betul yer..Kursus Alpha kan ade, bawa jer dia datang.. Jangan pernah tukar agama kamu.. Banyak lagi perempuan atau lelaki lain yang seiman, kalau tak percaya... carilah di gereja...
- Jangan bercinta kalau KAMU JUMPA DIA DI CLUB MALAM. Dewasa ini, memang selalu kita berkunjung ke tempat sebegini, selalunya apabila kita melintas tempat-tempat ni, mesti ada gadis2 yang cantik, seksi yang menarik hati lelaki; begitu juga dgn perempuan, mereka akan terpikat dengan golongan lelaki yang handsome, punyai kereta mewah, dan poket tebal dengan kepingan kepala Agong... Hati2 yang perempuan, nanti kamu dijual, baru tahu... Hati2 lelaki, nanti kamu kena penyakit... Eiiiee... Gelinya..
- Jangan bercinta kalau KAMU BARU PUTUS CINTA. Sekali lagi, kalau kamu nak bercinta hanya sekadar untuk melupakan EX- kamu, baik kamu jangan bercinta, nanti kamu dicop pula orang jahat, playboy or playgirl yang memainkan perasaan orang lain.. Kasihan tahu kalau orang lain yang tak bersalah dilukai perasaannya... Kalau masih sedih tu, berkawan je lah ye... jangan bercinta.. Mana tahu, nanti EX kamu tu nak return balik, kamu terpaksa tinggalkan girlfriend or boyfriend baru korang.
- Jangan bercinta kalau KAMU TAHU DIA PLAYGIRL OR PLAYBOY. Nanti kamu yang perit.. menanggung segala cemburu yang tak menentu.. apabila dia kat facebook chat dengan perempuan dengan mesra... msg dengan aweks lain semasa kamu dengan dia... Walaupun dia handsome, kaya... tidak mampu kamu lepaskan.... Jangan... susahkan kamu saja bergaduh dengan orang lain... Nanti kalau kamu marah dia, dia cakap kamu kongkong dia pula... So, elakkan.
5 ni dulu lah.... yang basic sekali... hati-hati memilih kekasih~ Air yang tenang, jangan disangka tiada buaya, Air berkocak, jangan disangka ikan yang besar..
Comments