Skip to main content

Calon2 Menantu Mr&Mrs Manggie


"To be or not to be, its always be a question." William Shakespeare. 

Sekiranya kamu sedang bercinta dengan abang saya yang disukai ramai itu, haruslah kamu banyak berdoa. Jangan difikirkan perempuan lain yang akan menjadi competitor. Bersaing secara sihat. Tidak boleh menggunakan cara kotor seperti "pregnant", "fitnah", "menabur asid." Must be a concern girlfriend. Kalau kamu berjaya memasuki rumah kami dan diperkenalkan sebagai teman wanita, tahniah saya ucapkan. Setakat ini, belum pernah lagi abang saya membawa teman wanita dia balik, kecuali kawan-kawan yang berjantina perempuan sahaja.


Ini hanyalah guideline untuk menjadi calon menantu yang akan disukai. Digambarkan berlaku pada hari sabtu dan ahad. Kalau boleh tahan ini, saya anggap kamu memang akan berjaya masuk menjadi ahli keluarga kami.

Sebelum Menjadi Menantu, (Girlfriend)
1. Masuk rumah, tengok keadaan yang menyerabutkan, silalah kemas, kerana anggota keluarga yang lain (terutama adik lelaki itu) memang sangat tinggi value pemalasnya. 
2. Jangan pernah menyindir pakaian yang dikenakan oleh ahli keluarga sangat buruk ataupun lebih buruk dari kain lap ataupun sama buruk dengan lapik kaki rumah kamu. Kemungkinan dia mahu pergi ke kebun, atau menangkap ikan di pegung@kolam.
3. Jangan menggunakan seluar yang pendek di rumah kerana itu akan mengundang kemarahan ibu.
4. Jangan hanya membiarkan ibu yang memasak di dapur, silakan berada di sana. Mula-mula, dia akan mengatakan "tidak mengapa", sekiranya kamu berkeras nak membantu, dia akan membagi kamu tugas-tugas yang tertentu. Sekiranya kamu merasakan tidak ada apa-apa lagi nak dibuat, duduk lah di meja makan bulat kami itu.
5. Selepas makanan sudah siap dimasak, pastikan kamu akan mengambil pinggan dan menyediakan nasi di atas meja di dalam setiap pinggan. Selalunya, semua orang akan disuruh bergumpul dahulu, kemudian berdoa, barulah mulai makan. 6. Pastikan kamu tahu berdoa untuk makan. 
7. Makanlah nasi kamu sehingga habis, kerana itu adalah rezeki. 
8. Jangan pusingkan tempat untuk lauk itu sekiranya ada orang lain sedang mengambil lauk, semuanya mengikut turn.
9. Jangan lupa puji masakan yang disediakan, kerana orang yang mendengarnya akan besar hati besar hidung.
10. Jangan tinggalkan meja makan, kerana kamu lah yang diharapkan untuk membasuh segala pinggan mangkuk yang tertinggal.
11. Jangan lupa bagi kunyu makan.(tetapi itu boleh diserahkan kepada saya, takut kamu meracuni dia.)
12. Selepas makan, jangan buat minuman malam. Kami tidak gemar. Kecuali disuruh oleh mem besar dalam rumah itu.
13.Kalau kamu bermalam di situ, seeloknya, tidurlah di bilik saya, tidak molek sekiranya bilik lelaki bujang dimasuki oleh perempuan. Bilik saya lebih besar dari bilik si abang saya.
14. Sebelum tidur, kita digalakkan berada di ruang tamu untuk berceloteh panjang. Masa itu, kamu bolehlah berehat.
15. Apabila sudah masa nak tidur, pastikan kamu berus gigi kamu, jika tidak, akan dimarah oleh bapa saya.
16. Kalau tidur dengan saya, jangan pakai bantal saya yang berwarna biru, kerana itu akan mengundang kemarahan saya. Bantal lain disilakan. Selimut juga disediakan, boleh dipakai, kerana saya jarang menggunakan selimut. 
17. Kalau kamu bangun pagi, tidak perlu awal sangat. Kerana kamu akan dikejutkan dengan radio yang besar suaranya ataupun pemain vcd yang mampu membuat jantung kamu berdegup macam bass kereta. 
18. Tidak diwajibkan untuk terus mandi, tetapi mengikut keselesaan. Kalau tidak mandi, mesti berus gigi.
19. Sarapan akan disediakan, ataupun dibeli semasa bapa pergi jogging. Kalau rajin, boleh pergi sediakan sendiri untuk ahli keluarga.
20. Jalanilah kehidupan yang mengembirakan, selepas 19 perkara di atas, kamu akan sangat disenangi kerana mampu mengimpresivekan ahli keluarga yang lain. 

Informasi Yang Sewaktu Dengannya:
1. Again, no singlet or short pants allowed. 
2. Pakaian dalam kena basuh sendiri, cucian tangan. No washing machine is allowed.
3. Jangan memarahi ibu saya sekiranya semasa kamu sedang berjalan-jalan dengan dia di pasar, dia mengumpul tin yang berada di tepi jalan. Lebih baik, kamu juga ikut serta mengumpul.Itu rezeki dari Tuhan katanya.
4. Jangan terasa geli sekiranya ada orang memberi kamu baju dari bundle. Kerana itu adalah hobby keluarga ini. Bundle Lover. Jangan risau, kerana baju tersebut dicuci dengan bersih. Dan sekiranya beruntung, kamu boleh memakai baju lama kepunyaan ibu saya semasa dia masih muda dahulu.
5. Dermalah almari untuk meletak baju yang banyak tidak dipakai, tetapi jangan sesekali membuangnya, kecuali mak mertua kamu sendiri yang membagikannya kepada orang lain. 
6. Jangan buka siaran television lain sekiranya ahli keluarga sedang tengok berita.
7. Jangan menyindir bapa mertua apabila dia tidak memberi NOTE besar semasa orang mengumpul dana, kerana nanti dia akan memberkati keluarganya dengan membelanja makan minum mereka selepas kebaktian. 
8. Semasa kamu berdoa, doakan juga rezeki bapa mertua dan ibu mertua kamu sebab mereka yang akan membiayai kos perkahwinan kamu dan berkemungkinan akan menjaga anak kamu, memandangkan ibu saya sekarang baby sitter. Ataupun selepas kamu kahwin nanti, kalau datang menjenguk, bapa saya pasti memberi anak kamu duit saku.
9. Semasa perayaan, jangan tanya macam mana nak buat air kopi susu. Gunalah common sense, ada banyak minuman berkabonate di dalam peti sejuk. Kecuali kamu nampak seorang datuk, kamu kena membuat air susu. Special for him. Dia decider segala perkara. Kerana dia adalah ketua kampung.
10. Saudara mara yang datang, kamu kenalah bertegur sapa dengan mereka, jika tidak, kamu akan dicop non-sosial. Tetapi tidak boleh stick sangat dengan mereka, otherwise dicop, over-sosial. Social image keluarga perlu dijaga. Kalau tidak mampu berbahasa iban, saya sedia untuk menolong.

Sekian sahaja informasi terkini yang mampu saya kongsikan bersama anda. Selamat Mencuba! 
Untuk segala pertanyaan lanjut, sila berhubung dengan saya. Segala SMS & PANGGILAN TELEFON tidak akan dilayan. MSG  FB sahaja dibenarkan.


Comments

Popular posts from this blog

Tips-Tips Sebelum, Semasa, Selepas Menduduki Peperiksaan

Hai Kawan2... Baru2 ni, ada sorang kawan Nanai minta tips camne nak menduduki peperiksaan.... Dia ni nak duduki SPM tahun ni.. Nak bagi tips soalan apa yang keluar, Nanai tak berani nak confirm pula... Jadi, senarai dibawah ni lah yang Nanai mampu tolong yer... Hehehe.. Kepada sesiapa yang akan mengambil PMR/SPM/STPM tahun ni, bolehlah manfaatkan tips yang kat bawah nanti yer.. bagi yang tak ambil peperiksaan tergempar camtu, boleh juga praktikan semasa peperiksaan biasa, supaya nanti bolehlah dijadikan tabiat yang baik..... Sebelum, Semasa dan Selepas Menduduki Peperiksaan.. . Jom, kita tengok apa yang patut ker tak patut atau perlu ke tak perlu dibuat yer... {SEBELUM MENDUDUKI  PEPERIKSAAN} Beberapa bulan sebelum peperiksaan, (seteruk-teruknya bermula bulan Jun, ni untuk pelajar yang malas buat persediaan awal lah) .. Nanai nasihatkan supaya: Minta maaf kepada semua cikgu yang mengajar korang. Yang ni lah kunci utamanya, sebab, pelajaran tu semua datang dari cikgu, ka...

Why Cats In Kuching Have Short Tails An Old Iban Folk Tale

Hello everyone, here I want to share one article that I take a shoot at The Cat Museum Petrajaya Kuching Sarawak. TITLE: WHY CATS IN KUCHING HAVE SHORT TAILS AN OLD IBAN FOLK TALE, Daylight Lautern By O.T.LI~  The story begin,             Long long ago, before anybody can remember, there weren't any cats in Kuching. But one day, a smart young tabby Tom Cat who lived in Singapore heard of a town named after his deceased great-aunt, a lady to whom he had been affectionately attached.             "I must make a pilgrimage to this place," he decided, waving his magnificent tail as he spake, "and place offerings at the foot of the monument they are certain to have erected in her pious memory."            He was, like many a young Tom, a man of a practical mind. He figured (correctly) that he would be the Cat of the Walk once he got to Kuching, and he assumed (also correctly...

Schedule Planning

Haar... Ni nak planning indah kalau balik ni... Yang Nanai rasa yang Nanai akan buat bila balik Sarawak nanti, mestilah antara perkara2 berikut..  Jumpa keluarga dulu... sayang mak n abak~  Mesti makan nasi goreng yang mak buat...  Keluar sekeluarga beli handphone baru untuk Nanai.. hehe.. Shopping dengan mak kat Satok@Saberkas@mana2.. Pergi Hopoh ambil kain lebihan..  Nak makan kolo mee.. Hari Ahad makan bak kut teh! (banyak dan sedap) Pergi gumpul tin, jana pendapatan.. Jumpa dengan kengkawans lama dan baru. Jumpa nenek dan datuk kat menua.  Ini sub scop perkara yang akan berlaku.. minor punya akan didalam apa yang patut... haha~ I LOVE SARAWAK! *~Jesus, bless my journey~*