Skip to main content

Informasi 50% Tentang Aku

Ini aku ceritakan tentang aku yer.... 50% macam tu lah.. kalau nak tahu 50% lagi, selidikilah aku... lihat hati ku... apakah ku? 

Nama penuh aku, Emie Mayrelin Anak Manggie. Aku anak bongsu dua adik beradik. Bapa aku bernama Mr. Manggie Manduh; Ibu aku bernama Mdm. Siren Kilek. Aku hanya ada seorang abang kandung. Yang lain tu, semua abang-abang yang diangkat-angkat, tapi ibu bapa ku dah anggap mereka sebagai anak kandung mereka, mestilah, sebab ibu bapa aku yang beri diorg tempat tidur, makanan, pengangkutan... bagi aku pun, bertuah juga ada banyak abang... That's means, kadang-kadang, aku merasakan hidup aku dikelilingi lelaki, tapi bukan sebagai kekasih, tetapi saudara, kawan... begitu lah... Sebab tu lah, ex boyfriends aku selalu jealous bila diorang tanya siapa ada kat rumah aku, aku jalan-jalan dengan siapa, selepas kelas makan dengan siapa... Tapi apa aku boleh buat? Sebelum kahwin, mesti kawan dengan semua orang... Lepas kahwin nanti, terbatas beb! Itu pendapat aku lah... percaya dong kalau benar cinta..

        Umur aku 20 tahun, tapi perangai masih budak-budak, tapi otak aku, kadang-kadang berfikir macam orang yang dah matang sangat... Bagi ibu aku, aku ni masih mentah lagi, masih tidak mengenal arti kehidupan yang sebenar, sebab mak aku, (mak tu panggilan manja), tengok aku ni malas sangat nak bergerak, maksudnya malas nak menyapu rumah, mengemop rumah, cuci pakaian... hehehe.. masih belum layak menjadi suri rumah. "lumpuh nda nemu ngerja pengawa." Tapi aku suka cuci pinggan mangkuk, sebab suka main air.. Hehehe... cuci pakaian, walaupun main air, tapi aku tak suka, omo tu boleh buat tangan aku terkupas, dan aku tak suka sangat cuci pakaian yang kotor! Tapi baju aku segelintirnya akan aku cuci asing-asing lah... sebab tak suka orang lain sentuh baju aku, nanti salah cuci, siap kena marah, kalau baju aku kena warna lain, mesti aku geram sangat! Tapi kadang-kadang tu, aku pun lupa juga nak asingkan baju merah dan putih.. Hahaha, beli baru lah nampaknya..

       Bagi abak(nama panggilan kpd bapa), aku ni masih budak-budak lagi, masih kecil, tapikan, kadang-kadang abak kata aku masih kecil, kadang-kadang kata aku dah besar. Kadang-kadang, dia kata macam baru semalam aku tengok kamu lahir, macam tidak sangka kamu sudah 20 tahun sekarang.. cakap yg boleh buat aku nangis lah..buat aku sinu. Congek betul lah aku. Pernah dulu, aku nangis, tingkatan 5, sebab tangan aku pedas sangat, terkena cili besar, abak pun ketawakan aku,sambil berkata kepada mak "haha, dah tingkatan 5 masih menangis lagi, sebab tu aku kata, anak aku tu enda disagi amai... (maksudnya lebih kurang macam manja lah.. tak boleh disuruh buat kerja sikit.).. Sebab tu juga, aku phobia sampai sekarang nak potong cili besar..

        "Nti nenen atu dah meshai nak, alu ena asut epak, alu biba biba". skrip mak dan abak aku lah tu. Setiap kali jer, tu lah diorang ajuk aku.. hahaha... panjang kisah nya.. biarlah masuk 50% rahsia tu. Mak dan abak juga memang selalu nak tahu kisah cinta aku, tapi tak obvious sangat, diorang buat sembunyi sembunyi. Diorang selalu bantah lah kalau orang tu tidak menepati cita rasa diorang.. bukan cerewet, tapi dalam senyap2 diorang akan siasat. Kalau mak aku, mak akan kata camni jer, "kalau orang tu tak nak berbesan dengan aku, lagilah aku tak mahu", ini adalah sebab ada hal berlaku, mak aku pergi cari ex bf aku tu kat rumah dia, so ikut cerita diorang, ada pergaduhan sikit berlaku, mak aku kata aku masih kecil nak bercinta, masih awal untuk semua tu. Lepas tu, keluarga ex bf tu macam ada cakap sesuatu yang menyingung perasaan mak aku. lebih kuranglah dialog kat atas tu lah. Bapa pula kata, "dia tu belum dapat jaga kamu, dia tidak tahu macam mana nak pujuk kamu, tidak tahu macam mana mak dan bapa sayang kamu." ayat-ayat yang buat aku betul-betul tersentuh, "aku tak mahu kalau anak aku diberi mereka makan batu makan pasir untuk hidup. aku jaga anak perempuan aku bagaikan menatang minyak yang penuh, tidak akan aku sia-siakan anak aku." Aku sangat bersyukur kepada Tuhan Jesus, kerana melangkahkan kaki aku ke Semenanjung, walaupun aku jauh dari keluarga, di sini, aku mmg belajar hidup berdikari, aku juga sedar, bahawa apa yang dikatakan oleh mak dan abak adalah betul. Ex bf aku mmg tidak layak langsung memiliki aku. Sekarang mata terbuka dengan luas. Fikiran aku juga tidak hanya setakat kepada cinta sahaja. Sekarang semuanya ttg MY PARENTS.

          Aku tidak bercinta lagi sekarang, bukanlah disebabkan kisah masa lampau aku, bukan juga disebabkan aku takut untuk bercinta, bukan disebabkan aku desperate sangat sampai nak jadi paranormal atau benci lelaki, bukan.. bukan juga sebab aku masih sayang ex ex aku, tidak sama sekali. Tidak juga sebab tak ada orang yang nakkan aku. Tidak juga karna aku takut diorg tak boleh terima aku seadanya. Tidak juga sebab aku ni sombong sangat. Tidak juga disebabkan aku ni cerewet sangat. TAPI.... kerana, aku sudah puas bercinta dulu, puas dengan pujuk memujuk, puas dengan segala ciuman, pelukan, sentuhan; kecurangan, kesempitan fikiran, kewujudan dinding sempadan untuk aku bergerak ke sana sini. Sekarang aku bebas, suka hati aku nak kejar cita-cita aku, tanpa perlu memikirkan sms setiap masa, report sini sana macam sekretari, marah bila orang tak reply msg. Aku cuma nak cari pasangan hidup yang aku rasa serasi dengan aku, berdiri biar pangkat sama tinggi, duduk biar sama berpeluk! Haha. Sekarang, aku nak kejar cita-cita aku, melancong dengan keluarga ku syurga ku, pamper myself, bila aku dah siapkan semua perisai, lembing, rumah, kereta, duit untuk aku menempur kehidupan berumah tangga, barulah aku akan kahwin~ :) Tapi, kalau jodoh aku awal dari tu, Puji Tuhan, kalau lambat pun, puji Tuhan juga..! Hehehe..

           Seterusnya, yang lebih ringkas tentang aku, aku sekarang sedang belajar Diploma In Management, tahun ni, puji Tuhan, aku akan graduate juga! Muahhahaha.. Degree tu tak nak fikir dulu, Dip ni dulu. Lepas tu, hobby aku, aku suka berbloggin macam ni, chat dengan orang yg aku kenal dan tak kenal sangat, untuk menajamkan dan mengasihi di antara satu sama lain, suka berjogging, tapi selalu terbantut, kerana kentut. Akhir sekali, aku ada bantal wangi 3 biji, warna biru.
         
            Thank you Lord Jesus for the second change.
                         Aku Masih Dara.


Comments

Popular posts from this blog

Tips-Tips Sebelum, Semasa, Selepas Menduduki Peperiksaan

Hai Kawan2... Baru2 ni, ada sorang kawan Nanai minta tips camne nak menduduki peperiksaan.... Dia ni nak duduki SPM tahun ni.. Nak bagi tips soalan apa yang keluar, Nanai tak berani nak confirm pula... Jadi, senarai dibawah ni lah yang Nanai mampu tolong yer... Hehehe.. Kepada sesiapa yang akan mengambil PMR/SPM/STPM tahun ni, bolehlah manfaatkan tips yang kat bawah nanti yer.. bagi yang tak ambil peperiksaan tergempar camtu, boleh juga praktikan semasa peperiksaan biasa, supaya nanti bolehlah dijadikan tabiat yang baik..... Sebelum, Semasa dan Selepas Menduduki Peperiksaan.. . Jom, kita tengok apa yang patut ker tak patut atau perlu ke tak perlu dibuat yer... {SEBELUM MENDUDUKI  PEPERIKSAAN} Beberapa bulan sebelum peperiksaan, (seteruk-teruknya bermula bulan Jun, ni untuk pelajar yang malas buat persediaan awal lah) .. Nanai nasihatkan supaya: Minta maaf kepada semua cikgu yang mengajar korang. Yang ni lah kunci utamanya, sebab, pelajaran tu semua datang dari cikgu, ka...

Why Cats In Kuching Have Short Tails An Old Iban Folk Tale

Hello everyone, here I want to share one article that I take a shoot at The Cat Museum Petrajaya Kuching Sarawak. TITLE: WHY CATS IN KUCHING HAVE SHORT TAILS AN OLD IBAN FOLK TALE, Daylight Lautern By O.T.LI~  The story begin,             Long long ago, before anybody can remember, there weren't any cats in Kuching. But one day, a smart young tabby Tom Cat who lived in Singapore heard of a town named after his deceased great-aunt, a lady to whom he had been affectionately attached.             "I must make a pilgrimage to this place," he decided, waving his magnificent tail as he spake, "and place offerings at the foot of the monument they are certain to have erected in her pious memory."            He was, like many a young Tom, a man of a practical mind. He figured (correctly) that he would be the Cat of the Walk once he got to Kuching, and he assumed (also correctly...

Schedule Planning

Haar... Ni nak planning indah kalau balik ni... Yang Nanai rasa yang Nanai akan buat bila balik Sarawak nanti, mestilah antara perkara2 berikut..  Jumpa keluarga dulu... sayang mak n abak~  Mesti makan nasi goreng yang mak buat...  Keluar sekeluarga beli handphone baru untuk Nanai.. hehe.. Shopping dengan mak kat Satok@Saberkas@mana2.. Pergi Hopoh ambil kain lebihan..  Nak makan kolo mee.. Hari Ahad makan bak kut teh! (banyak dan sedap) Pergi gumpul tin, jana pendapatan.. Jumpa dengan kengkawans lama dan baru. Jumpa nenek dan datuk kat menua.  Ini sub scop perkara yang akan berlaku.. minor punya akan didalam apa yang patut... haha~ I LOVE SARAWAK! *~Jesus, bless my journey~*