Skip to main content

Lewat Lagu - Broken Heart Mood Through Indonesian Song


Lewat Lagu... okey! Yang saya nak kongsikan harini, tentang "lewat lagu".. Sebelum kita pergi ke seterusnya, biarlah kita berkenalan dulu dengan perkataan "lewat".. Lewat ada banyak maksudnya, kamu boleh tekan link ni kalau nak tahu http://dict.rewaz.org/search/browse/lewat.re. Bukan maksud lagu ni sudah lewat, TiDak~

Mengikut kamus ni, "lewat" yang saya maksudkan adalah yang no.6-melewati lalu(di), melalui, melintasi, menempuh.. Pagi ni tiba2 mood saya seperti sinetron Indonesia~ 

Ayuh dong ayuh neng~ Put your broken heart mood in!

Pernah tak korang rasa bila korang sedih, kecewa, sangat rasa bersalah kerana curang, rasa macam dunia ni dah habis bila kamu putus cinta... tiba-tiba korang nak menyanyi?? Macam lagu tu adalah perasaan korang??? Pernah?? Yang ni contohnya:- 
  • Bila kamu sudah ada kekasih hati, tiba-tiba ada orang lain yang luahkan cinta dia pada kamu, tapi, kamu tidak mencintai dia langsung.. dia buat banyak perkara untuk kamu, korban banyak untuk kamu. Kamu boleh dengarkan lagu <Armada Band-Ku Ingin Setia> untuk mengelakkan kamu terima cinta dia dan terus setia dengan kekasih kamu.
  • Bila kamu rasa bosan dengan cinta kekasih kamu tu, dengarkan <Hijau Daun-Cobalah>. Ataupun bila dia sudah mulai berubah, ragu-ragu, suruh dia bertanya kepada orang lain, samada kamu atau dia sangat saling mencintai ataupun tidak. Sebab, kamu kena fahamkan hati dia, apa yang dia tidak puas hati dengan kamu, kena bincang elok-elok, jangan pendam, nanti ada penyakit migrain, sakit jantung, dan kencing manis. Kalau perlu, berehat dulu, bagi masa untuk setiap pihak, <Mahkota-Jangan Ganggu Dulu>.
  • Bila kamu(perempuan) tidak sengaja curang dengan kekasih kamu, kamu nyanyi lagu <Kris Dayanti-Aku Wanita Biasa> Selepas tu, kamu kena pilih antara mereka, jangan curang, tak baik! Bagi lelaki, <Ungu-Demi Waktu>. Kalau nak nyanyi yang ni, kamu kena tanya kamu sendiri dulu, adakah kamu mampu atau akan maafkan orang yang sudah curang dengan kamu? Kalau kamu mampu, boleh lah nyanyi lagu ni.. Kena pilih sorang jer..
  • Bila kamu(perempuan) selalu menangis kerana kekasih kamu asyik curang jer... cepatlah buat keputusan, jangan tahan dengan derita tu, suruh dia pilih.. <Geisha-Jika Cinta Dia>. Suruh dia jujur dengan kamu sebab, sangat siksa hidup apabila perhubungan itu tergantung atau berkongsi kasih dengan orang. Kalau dia pilih kamu, suruhlah dia setia; kalau dia pilih si dia yang satu lagi, terimalah kenyataan dan lepaskan dia, mungkin dia bukan cinta sejati dalam hidup mu.
  • Bila dia sudah pilih orang lain.... dia tidak pilih kamu... kamu kena suruh cinta yang ada pada kamu tu pergi... Sebab, kalau kamu simpan, itu akan buat kamu lebih sedih.. <Audy-Pergi Cinta>. Bila kamu dah terlambat untuk meluahkan rasa cinta tu, orang lain yang menang, biarkan lah cinta tu pergi, jangan simpan! Walaupun kamu dah kalah.... kamu kena kuat! Jangan putus asa~
  • Bila kamu sekarang dah ada kekasih gelap @ ada scandal? Baik kamu putuskan skandal tu, sebab kamu tak tahu perasaan dia, kamu tak tahu berapa sakit bila dia tahu kamu sekarang dalam pelukan kekasih hati kamu. Kan lebih baik kamu putuskan dia dari buat dia sedih setiap saat memikirkan kamu berdua jer memanjang??  Pernah tak kamu nyanyi lagu <Ungu-Kekasih Gelap Ku>. Memang kamu cinta kat dia, tapi lebih baik kalau kamu pilih seorang jer.. jangan nak melebih~ Hargai cinta dia beb! 
  • Bila kamu tiba-tiba jatuh cinta dengan orang tu, tapi kemudian dia terpaksa pergi meninggalkan kamu, ataupun lebih dasyat, dia meninggal pada hari kamu bertemu dengan dia, lebih dasyat lagi kalau itu pertemuan pertama kamu, dengar lah <ST12-Saat Terakhir>. Bagi yang bercinta jarak jauh, tiba-tiba berjumpa, dan terjadi tragik. Oh! tidak~ Kalau kekasih gelap tu sudah diputuskan, doakan mereka berdua bahagia, saat terakhir kamu jumpa dia, biarlah jadi kenangan, anggap jer dia dah mati.
  • Bila kamu sudah beberapa hari berpisah dengan kekasih kamu, coba dengar lagu  <Acha Septriasa-Hari Ini, Esok>.,<Samson-Kenangan Terindah>, mungkin kamu boleh terima kenyataan bahawa kamu berdua tidak ada jodoh, barulah kamu boleh tenang mencari cinta yang lainnya~ Lagi bagus tak ada jodoh daripada menjadi punca retak hubungan orang lain...
  • Bila kamu sudah berpisah dengan kekasih kamu.. tiba2 dia nak kembali kepada kamu.. dengarlah lagu <Bunga Citra Lestari-Simpan Dihati Saja> Kalau takut terluka, jangan terima dia; kalau tak takut terluka, tanya hati, masih sayangkah kamu?? Saranan saya, kamu rasa dia layakkah menerima cinta kamu?? Dulu dia curang ow...... Jangan! Pertama kali tu, dia yang salah, dia bodoh lepaskan kamu,  tapi kalau terjadi lagi, tu salah kamu, sebab kamu yang bodoh terima dia semula.
  • Bila kamu jatuh cinta kepada orang yang sudah putus cinta atau jatuh cinta kepada orang yang sudah tidak percayakan cinta atau jatuh cinta kepada orang yang tidak pernah mencintai kamu.Cobalah untuk mendapatkan cinta dia semula, lepas tu, mesti jaga hati dia tahu! Nyanyi lah lagu <Asbak Band-Membuat Mu Cinta Pada Ku> lepas tu, bina hidup kamu semula, dengan cinta yang baru bersama dia.. dan ingat!!! <Dewa-Hadapi Dengan Senyuman>, kamu kena bersyukur, karna kamu masih diberi peluang tuk mencari cinta yang baru... carilah orang yang layak miliki cinta kamu dan semuanya akan baik2 saja~ 
Faktor Broken Heart ini semuanya berpunca dari curang~ curang karna kamu sudah ada kekasih sebelum dia, curang karna dia buat kamu rasa kamu istimewa, curang karna kamu sudah bosan dengan cinta yg dah bosan @ semu, curang karna kamu pernah dicurangi sebelum ni. Oleh itu, janganlah curang, Ingat kembali kenangan terindah kamu berdua dahulu, usahakan supaya semuanya akan menjadi lebih indah.~  t..t

** Kalau tak pernah dengar lagu2 di atas tu, klik kat google, pergi download. Kalau yang kaya tu, belilah yang original~!  Ma kasih udah bacain blog gue~



Comments

Popular posts from this blog

Tips-Tips Sebelum, Semasa, Selepas Menduduki Peperiksaan

Hai Kawan2... Baru2 ni, ada sorang kawan Nanai minta tips camne nak menduduki peperiksaan.... Dia ni nak duduki SPM tahun ni.. Nak bagi tips soalan apa yang keluar, Nanai tak berani nak confirm pula... Jadi, senarai dibawah ni lah yang Nanai mampu tolong yer... Hehehe.. Kepada sesiapa yang akan mengambil PMR/SPM/STPM tahun ni, bolehlah manfaatkan tips yang kat bawah nanti yer.. bagi yang tak ambil peperiksaan tergempar camtu, boleh juga praktikan semasa peperiksaan biasa, supaya nanti bolehlah dijadikan tabiat yang baik..... Sebelum, Semasa dan Selepas Menduduki Peperiksaan.. . Jom, kita tengok apa yang patut ker tak patut atau perlu ke tak perlu dibuat yer... {SEBELUM MENDUDUKI  PEPERIKSAAN} Beberapa bulan sebelum peperiksaan, (seteruk-teruknya bermula bulan Jun, ni untuk pelajar yang malas buat persediaan awal lah) .. Nanai nasihatkan supaya: Minta maaf kepada semua cikgu yang mengajar korang. Yang ni lah kunci utamanya, sebab, pelajaran tu semua datang dari cikgu, ka...

Why Cats In Kuching Have Short Tails An Old Iban Folk Tale

Hello everyone, here I want to share one article that I take a shoot at The Cat Museum Petrajaya Kuching Sarawak. TITLE: WHY CATS IN KUCHING HAVE SHORT TAILS AN OLD IBAN FOLK TALE, Daylight Lautern By O.T.LI~  The story begin,             Long long ago, before anybody can remember, there weren't any cats in Kuching. But one day, a smart young tabby Tom Cat who lived in Singapore heard of a town named after his deceased great-aunt, a lady to whom he had been affectionately attached.             "I must make a pilgrimage to this place," he decided, waving his magnificent tail as he spake, "and place offerings at the foot of the monument they are certain to have erected in her pious memory."            He was, like many a young Tom, a man of a practical mind. He figured (correctly) that he would be the Cat of the Walk once he got to Kuching, and he assumed (also correctly...

Schedule Planning

Haar... Ni nak planning indah kalau balik ni... Yang Nanai rasa yang Nanai akan buat bila balik Sarawak nanti, mestilah antara perkara2 berikut..  Jumpa keluarga dulu... sayang mak n abak~  Mesti makan nasi goreng yang mak buat...  Keluar sekeluarga beli handphone baru untuk Nanai.. hehe.. Shopping dengan mak kat Satok@Saberkas@mana2.. Pergi Hopoh ambil kain lebihan..  Nak makan kolo mee.. Hari Ahad makan bak kut teh! (banyak dan sedap) Pergi gumpul tin, jana pendapatan.. Jumpa dengan kengkawans lama dan baru. Jumpa nenek dan datuk kat menua.  Ini sub scop perkara yang akan berlaku.. minor punya akan didalam apa yang patut... haha~ I LOVE SARAWAK! *~Jesus, bless my journey~*