Skip to main content

Tips-Tips Sebelum, Semasa, Selepas Menduduki Peperiksaan

Hai Kawan2... Baru2 ni, ada sorang kawan Nanai minta tips camne nak menduduki peperiksaan.... Dia ni nak duduki SPM tahun ni.. Nak bagi tips soalan apa yang keluar, Nanai tak berani nak confirm pula... Jadi, senarai dibawah ni lah yang Nanai mampu tolong yer... Hehehe.. Kepada sesiapa yang akan mengambil PMR/SPM/STPM tahun ni, bolehlah manfaatkan tips yang kat bawah nanti yer.. bagi yang tak ambil peperiksaan tergempar camtu, boleh juga praktikan semasa peperiksaan biasa, supaya nanti bolehlah dijadikan tabiat yang baik..... Sebelum, Semasa dan Selepas Menduduki Peperiksaan... Jom, kita tengok apa yang patut ker tak patut atau perlu ke tak perlu dibuat yer...

{SEBELUM MENDUDUKI  PEPERIKSAAN}
Beberapa bulan sebelum peperiksaan, (seteruk-teruknya bermula bulan Jun, ni untuk pelajar yang malas buat persediaan awal lah).. Nanai nasihatkan supaya:

  1. Minta maaf kepada semua cikgu yang mengajar korang. Yang ni lah kunci utamanya, sebab, pelajaran tu semua datang dari cikgu, kalau cikgu tak ajar korang abc, mana korang tahu membaca sekarang.. Dulu mana ada alat elektronik yang canggih macam sekarang.. Kalau boleh, minta cikgu-cikgu yang mengajar kamu, halalkan semua pelajaran yang telah dia ajar. Kalau kamu ada buat salah kat dia secara langsung atau tak langsung, minta maaf juga.. Kalau nak yang lebih ikhlas, minta maaf juga kepada cikgu yang korang pernah marah@tengking secara terbuka ataupun tertutup, jangan simpan dendam kat cikgu, tak baik. Yang penting, sebelum peperiksaan, kamu kena pastikan takde cikgu yang benci kat kamu, walaupun kamu adalah pelajar paling nakal atau baik kat sekolah tu... ingat~ (bukan hari raya pun mesti minta maaf tau...)
  2. Buat Latihan Kertas Soalan Peperiksaan PMR/SPM tahun2 sebelumnya. Yang ni express punya ulang kaji, tak caya?? Okey, kalau tak percaya.. ni Nanai buktikan.. Cuba korang cari buku latihan yang ada tulis "Kertas Soalan Peperiksaan PMR/SPM2007/2008/2009/2010/2011". Korang jangan risau.. pergi jer kedai buku, "Popular", "MPH", "Ahmad Bookstore"... Diorang ada jual tu.. Nanai dulu nak pass Additional Mathematics.. Buat latihan dalam tu jer.. Betul... Cuba korang bandingkan bentuk soalan setiap tahun, semua sama.... nombor jer yang diorang tukar... Tapi subjek Pendidikan Moral, Nanai tak dapat tolong lar... Sebab yang tu, korang kena hafal sendiri kata2 kunci tu, lagipun, skema jawapan Pendidikan Moral bertukar setiap tahun.. Kalau korang insan bermoral, senang jer tu... Jangan risau...
  3. Bersembahyang banyak-banyak dan seikhlas yang mungkin. Yang ni pula, korang kena sembahyang lar menurut agama masing2. Sekolah Nanai dulu, kami dibahagikan kepada tiga kumpulan, pelajar beragama Buddha pergi ke perpustakaan; pelajar beragama Islam pergi ke bilik agama; pelajar Kristian pergi ke gereja(luar gate sekolah jer)... Disaat ni, semua kumpulan akan diiringi cikgu, yang tak pernah sembahyang pun akan sembahyang juga masa ni, sebab takut nak hadapi peperiksaan... Kalau perlu, doakan semua alat2 tulis yang akan kamu gunakan semasa peperiksaan nanti, contohnya: pensel 2b, pembaris, pengasah pensel, pen, pemadam, kalulator dll. Ini adalah untuk mengelakkan berlakunya "tragedi" pelik... pen tiba2 takde ink lah... kalkulator habis bateri... pensel patah.... Hah..... kan? kan? Selain tu, jangan lupa doa dapat STRAIGHT A.... mesti ada target... jangan doa "cukup makan"... "asal semua lulus".. Jangan lupa juga doa untuk pemeriksa kertas peperiksaan korang, supaya mood dia baik semasa menyemak kertas soalan dan penuh dengan belas kasihan supaya korang lulus dengan cemerlang, terbilang dan gemilang!
{SEMASA MENDUDUKI PEPERIKSAAN)
Ini adalah perkara yang mungkin dan bakal berlaku dalam dewan peperiksaan...
  1. Tetaplah Berdoa. Doa ni memang perkara yang ajaib... Jadi, sebelum buka kertas soalah, doa dahulu, supaya semua yang kamu pelajari keluar dalam kertas tu, bolehlah kamu menjawab soalan dengan tenang... Semasa buat kertas soalan, kalau tak tahu jawapan tu, doa lagi, supaya diberikan ilham untuk mendapat jawapan....(kalau tak tahu jawab, jangan sesekali "stuck" kat soalan tu.. jawab soalan lain dulu.masa itu lebih dari emas kalau peperiksaan..kecuali korang bangun, kemudian pusingkan balik jarum jam tu..) Selepas selesai jawab kertas soalan, doa sekali lagi... supaya sentiasa diberkati... (doa untuk pemeriksa kertas peperiksaan kamu!)
  2. Jangan panik, Jangan tinggalkan ruang kosong pada jawapan!! Kalau tak tahu jawapan MQA/objektif, senang jer... hitamkan "A", mesti betul... hehe... Kalau MQA, senang jer..boleh tembak sesuka hati mu... Kalau soalan subjektif, jangan khuatir... Ini pun senang juga.. Kalau tak tahu, tulis apa jer yang kamu tahu.. Kurang faham apa yang Nanai cakap? Senang jer.. Contoh soalan Sejarah: "Bilakah Malaysia merdeka?" Korang nyanyi lah... "Tanggal 31 bulan 8 57(1957)".. Hehehe. Kan senang... Janji korang letak jer jawapan yang korang tahu tentang bab yang keluar tu... Jangan risau salah atau tidak.. Janji ada jawapan... Biar pemeriksa tu yang cari jawapan dalam karangan panjang yang korang tulis, walaupun markahnya hanya 5markah.. Hehehe... Sejarah SPM Nanai dapat B, berkat melalut karangan buku teks dalam kertas jawapan.... "Cikgu Villa yang cakap Nanai merepek banyak bila jawap kertas soalan... hehehe..." 
  3. Jangan berinteraksi dengan kawan secara terbuka! Bila peperiksaan tu, jangan lah tengok kawan sangat, muncung2 kan mulut... panjang2kan leher dah ala2 zirafah.... Nanti kena cekup dek Ketua Pengawas Peperiksaan.. Nah.... FAIL SPM! huhu... ciannyer.... Jangan nak mengada ambil peluang nak meniru.. Kalau rasa expert sangat meniru, nak juga meniru... Nanai hanya boleh kata: sepandai2 tupai melompat, pandai lagi singa menerkam... Jangan... Hehehe... peribahasa alaf moden.. Kalau kawan minta jawapan (kawan baik pun)... setakat angkat kertas sikit biar dia nampak boleh lar... Jangan lupa tengok kiri kanan dulu.... nanti kertas jawapan kena koyak... kena halau dari dewan... huhu..... jangan menangis sayang... (sengaja nak takutkan korang... relex ar...)
{SELEPAS MENDUDUKI PEPERIKSAAN}
Sebelum korang keluar dari dewan peperiksaan tu, sebaik-baiknya... pastikan semua perkara berikut telah dilakukan, karna... korang tak mungkin masuk balik untuk mengubah apa2 pun.... biarpun korang menangis air mata coca cola sekali pun... hehee... buat lawak selepas stress menjawab exam!
  1. Check nama korang~..~ Sepatutnya, sebelum korang menjawab soalan tu, Ketua Pengawas tu akan pesan lar... Hehehe.. Mana tahu, korang tadi siuk2 buat.. sekali tu kertas atas nama kawan korang! Nah?? Camner??? Hehehe.... Kawan korang tu yang dapat A nanti... Kalau salah spelling/typing error nama korang... dah tak dapat tukar lagi... la la la..
  2. Jangan berlagak keluar dewan awal! Ada sesetengah orang tu, lagi awal dia keluar... lagi pintar lah dia kononnya... Eleh... mana ada macam tu.. Lagi awal dia keluar, lagi lah dia bebal, eh eh.. budi bahasa budaya kita, lagi awal dia keluar, maknanya dia kurang bijak... Mana tak nyer.... kalau dah kertas soalan tu tulis 3jam... selepas 3jam lah korang keluar.. Mana tahu, ada soalan yang korang tak tahu tadi tu, bila korang mengelamun 40minit terakhir tu, tiba2 ada idea.... Bayangkan lah kalau korang dah keluar tadi, camne? Bukannya boleh masuk balik dewan tu.. .kan ? kan??? Lagi best, kalau pengawas yang menjaga korang tu tadi, kesian tengok korang tak boleh jawab soalan senang, dia tolong sikit2... kan ker lagi best???
  3. Berdoa sekali lagi.. Jangan merungut... jangan sebut Nanai asyik suruh korang berdoa.. Memang tu yang patut dibuat... Hehehe... doa yer.. untuk pemeriksa kertas kamu, untuk segala jawapan yang kamu tulis... berdoa supaya semasa pemeriksa tu semak kertas kamu, air kopi dia tidak tumpah atas kertas kamu, kalau tertumpah, dia tak dapat tengok jawapan yang kamu tulis... hehehe... I love coffee!
Hehehe..... Setakat ni lah nasihat Nanai yer... semuanya pakai step 1,2,3 go!! I love Exam~~ Hehe.. Nanai doakan semoga korang semua berjaya yer.... Rajin2lah bagi komen kat bawah ni yer.... Boleh Nanai doakan lebih teliti.. Hehehe... Haleluyah! All the best!!! God bless you always~

p/s: Kalau nak tips lebih.... lebih drastik... lebih mendalam.... inbox lah kat fb yer... Perkhidmatan percuma untuk student atas dasar pelajaran~~ Yang gue dapat tolong, gue tolong ya... 


Comments

Unknown said…
doa kan saya utk spm tahun ni ya nanai ..
Unknown said…
tips kmu sgt berkesan padaa sy .

Popular posts from this blog

Why Cats In Kuching Have Short Tails An Old Iban Folk Tale

Hello everyone, here I want to share one article that I take a shoot at The Cat Museum Petrajaya Kuching Sarawak. TITLE: WHY CATS IN KUCHING HAVE SHORT TAILS AN OLD IBAN FOLK TALE, Daylight Lautern By O.T.LI~  The story begin,             Long long ago, before anybody can remember, there weren't any cats in Kuching. But one day, a smart young tabby Tom Cat who lived in Singapore heard of a town named after his deceased great-aunt, a lady to whom he had been affectionately attached.             "I must make a pilgrimage to this place," he decided, waving his magnificent tail as he spake, "and place offerings at the foot of the monument they are certain to have erected in her pious memory."            He was, like many a young Tom, a man of a practical mind. He figured (correctly) that he would be the Cat of the Walk once he got to Kuching, and he assumed (also correctly...

Schedule Planning

Haar... Ni nak planning indah kalau balik ni... Yang Nanai rasa yang Nanai akan buat bila balik Sarawak nanti, mestilah antara perkara2 berikut..  Jumpa keluarga dulu... sayang mak n abak~  Mesti makan nasi goreng yang mak buat...  Keluar sekeluarga beli handphone baru untuk Nanai.. hehe.. Shopping dengan mak kat Satok@Saberkas@mana2.. Pergi Hopoh ambil kain lebihan..  Nak makan kolo mee.. Hari Ahad makan bak kut teh! (banyak dan sedap) Pergi gumpul tin, jana pendapatan.. Jumpa dengan kengkawans lama dan baru. Jumpa nenek dan datuk kat menua.  Ini sub scop perkara yang akan berlaku.. minor punya akan didalam apa yang patut... haha~ I LOVE SARAWAK! *~Jesus, bless my journey~*