Skip to main content

AKU CINTA MALAYSIA

Kepada semua pembaca blog aku, aku tulis ini kerana aku cintakan Malaysia. Aku memang cintakan Malaysia sangat2. Aku tidak ingin negara Malaysia hancur. Sarawak adalah Tanah air ku, tanah tumpah darah ku. Aku merasa bangga dilahirkan di negara yang aman damai ini, tanpa peperangan, tanpa bencana alam yang teruk seperti negara2 lain, walaupun Malaysia tidak mengalami 4 musim seperti negara barat, namun aku bersyukur kerana kita ada matahari yang cukup untuk membuatkan pakaian kita kering selepas kita basuh, air yang cukup suam di pagi hari untuk membuat kita merasa sedikit panas, udara yang bersih di malam hari. Sekiranya kita ada musim salji, segelintir rakyat kita akan berada dalam kesusahan, kerana kekurangan pakaian, makanan dan minuman. Sekiranya kita ada musim salji, adalah sukar untuk kita bergerak menggunakan kereta ke sana kemari. Oleh itu, bersyukurlah kita lahir di bumi khatulistiwa ini, terlindung dari angin monsun, dan tidak mengalami gunung berapi walaupun negara kita masih tetap kaya dengan hasil bumi.


Namun aku kadang-kadang kecewa dengan segelintir orang yang suka sangat menimbulkan kekacauan di antara kaum. Antaranya orang yang suka sangat menghina semenanjung, sarawak atau sabah. Mereka ini suka membuat page yang agak melampau di facebook. Bukan hanya "agak", tapi memang tersangat melampau. Orang yang macam ni lah yang selalu buat rakyat Malaysia porak peranda, saling membenci, saling marah antara satu sama lain. Sedar lah rakyat Malaysia, bukan negeri yang salah, tapi yang salah tu MANUSIA yang membuat page yang mengarut tu. Aku pun tak tahu nak gelar ADMIT tu manusia ataupun apa ntah... Walaupun geram melihat apa yang dia buruk-burukkan tentang Sarawak, janganlah negeri-negeri lain membuat yang sama, janganlah sama-sama turut menghina, tidak ada agama yang mengajar penganutnya membuat kejahatan, semua agama memang tinggi nilai moralnya. Mungkin juga admit tu, tidak ada pegangan agama. Mujur juga admit tidak membangkitkan isu agama, tapi soal negeri itu sudah cukup panas untuk membuat kita semua saling membenci antara satu sama lain. Tapi bukan itu yang aku nak tekankan di sini, aku ingin berseru, supaya kalian semua dapat BERDOA UNTUK MALAYSIA. 

Sekiranya kamu semua memang mencintai Malaysia, tolong berdoa untuk kemakmuran negara ini. Aku sangat cintakan negara Malaysia, sudah banyak yang aku buat di negara ini, aku berusaha untuk menaikkan negara Malaysia dipersada antarabangsa, tapi aku masih tidak ada peluang itu, kerana selalunya ada saja yang lebih baik dari aku. Aku mahu jadi atlit untuk mengharumkan negara Malaysia, tapi aku tidak ada stamina yang cukup, sekarang, bola sepak Malaysia, sudah semakin naik, aku juga secara tidak langsung, cukup bangga dengan pencapaian mereka dan mulai meminati apa itu sukan bola sepak. Selama ini, aku merasakan permainan itu bosan, namun sekarang, melihat rakyat kita sendiri bermain di kaca televisyen, sudah mampu menarik minat ku ke arah itu. Aku juga pasti setiap pembaca blog aku juga merasakan benda yang sama, apabila pereka fashion Malaysia mendapat nama di negara barat; apabila pemain bowling dapat meraih juara; apabila badminton menjadi minat rakyat Malaysia; apabila Perdana Menteri kita membuat lawatan ke negara luar dan memberitakan Malaysia dll. Walaupun kadang-kadang memang kerajaan kita mengalami masalah, itu memang terjadi dalam pengurusan, kerana kita memang susah nak mengawal tingkah laku manusia. Contoh yang dapat aku berikan, seperti kamu sedang memandu, kamu tahu lampu merah adalah berhenti, tetapi apabila melihat tidak ada polis trafik di kawasan itu, kamu langgar dan terus jalan tanpa memikirkan pengguna jalan raya yang lain. Mesti kamu pernah lakukan ini kan? Contoh kedua, apabila kamu menjadi ketua kelas, murid-murid lain sangat bising, tapi tak ada seorang pun diam apabila kamu menyuruh mereka senyap, kalaupun ada yang senyap, 2 minit lepas tu, mereka akan bising semula. Betul kan?

Berdoalah untuk Malaysia. Tidak kisah kamu adalah penganut agama apa pun, yang penting kamu berdoa untuk kesejahteraan Malaysia. Kita semua sayangkan Malaysia, tentu kita juga mahu majukan Malaysia sehingga menjadi sangat terkenal di persada antarabangsa. Gunalah masa kamu, 1-5 minit, ataupun satu jam untuk berdoa kepada Tuhan kamu, semoga negara kita akan terus aman damai, sentosa dan bahagia.

"Bapa kami di syurga, kuduskanlah nama Mu, terpujilah nama Mu, ampunilah segala dosa rakyat Malaysia,  selamatkanlah negara kami Malaysia, lindungilah negara ini dari segala bencana alam. Satukanlah rakyat-rakyat di Malaysia. Janganlah membuat kami saling membenci antara satu lain, biarlah kami saling mengasihi dan taat kepada mu Bapa. Celikkanlah mata dan telinga rohani kami supaya dapat hidup rukun berteladankan Tuhan Yesus. Kembalikan bangsa Malaysia kami yang takut akan Tuhan. Biarlah kami semua dapat hidup bahagia Tuhan, supaya kami berkenan pada Mu Bapa.. Kami percaya rencana Mu pasti yang terbaik. Dalam nama Anak Mu Yesus Kristus, kami telah berdoa. AMEN."

                       AKU CINTA MALAYSIA SELAMANYA~



Comments

Popular posts from this blog

Tips-Tips Sebelum, Semasa, Selepas Menduduki Peperiksaan

Hai Kawan2... Baru2 ni, ada sorang kawan Nanai minta tips camne nak menduduki peperiksaan.... Dia ni nak duduki SPM tahun ni.. Nak bagi tips soalan apa yang keluar, Nanai tak berani nak confirm pula... Jadi, senarai dibawah ni lah yang Nanai mampu tolong yer... Hehehe.. Kepada sesiapa yang akan mengambil PMR/SPM/STPM tahun ni, bolehlah manfaatkan tips yang kat bawah nanti yer.. bagi yang tak ambil peperiksaan tergempar camtu, boleh juga praktikan semasa peperiksaan biasa, supaya nanti bolehlah dijadikan tabiat yang baik..... Sebelum, Semasa dan Selepas Menduduki Peperiksaan.. . Jom, kita tengok apa yang patut ker tak patut atau perlu ke tak perlu dibuat yer... {SEBELUM MENDUDUKI  PEPERIKSAAN} Beberapa bulan sebelum peperiksaan, (seteruk-teruknya bermula bulan Jun, ni untuk pelajar yang malas buat persediaan awal lah) .. Nanai nasihatkan supaya: Minta maaf kepada semua cikgu yang mengajar korang. Yang ni lah kunci utamanya, sebab, pelajaran tu semua datang dari cikgu, ka...

Why Cats In Kuching Have Short Tails An Old Iban Folk Tale

Hello everyone, here I want to share one article that I take a shoot at The Cat Museum Petrajaya Kuching Sarawak. TITLE: WHY CATS IN KUCHING HAVE SHORT TAILS AN OLD IBAN FOLK TALE, Daylight Lautern By O.T.LI~  The story begin,             Long long ago, before anybody can remember, there weren't any cats in Kuching. But one day, a smart young tabby Tom Cat who lived in Singapore heard of a town named after his deceased great-aunt, a lady to whom he had been affectionately attached.             "I must make a pilgrimage to this place," he decided, waving his magnificent tail as he spake, "and place offerings at the foot of the monument they are certain to have erected in her pious memory."            He was, like many a young Tom, a man of a practical mind. He figured (correctly) that he would be the Cat of the Walk once he got to Kuching, and he assumed (also correctly...

Schedule Planning

Haar... Ni nak planning indah kalau balik ni... Yang Nanai rasa yang Nanai akan buat bila balik Sarawak nanti, mestilah antara perkara2 berikut..  Jumpa keluarga dulu... sayang mak n abak~  Mesti makan nasi goreng yang mak buat...  Keluar sekeluarga beli handphone baru untuk Nanai.. hehe.. Shopping dengan mak kat Satok@Saberkas@mana2.. Pergi Hopoh ambil kain lebihan..  Nak makan kolo mee.. Hari Ahad makan bak kut teh! (banyak dan sedap) Pergi gumpul tin, jana pendapatan.. Jumpa dengan kengkawans lama dan baru. Jumpa nenek dan datuk kat menua.  Ini sub scop perkara yang akan berlaku.. minor punya akan didalam apa yang patut... haha~ I LOVE SARAWAK! *~Jesus, bless my journey~*