Pendahuluan: Sesi Suai Kenal
Ajak berkenalan, sms selalu, senyum2 baca msg.... tanya dia suka makan apa, suka minum apa.. suka kaler apa... belajar kat mana? dah makan ke belum setiap pagi tengahari malam.. dah bangun tidur? dah nak tidur? Oh, sedang buat apa?
Tahap Gaban: Lepas dia mula suka orang tu, dia boleh senyum2 tengok msg... bukannya lucu pun msg tu... cumalah setakat "awak sihat harini?" "hehe.. saya pun sama." lucukah?? orang sedang mau bercinta..
Perenggan 2: Mulai suka cinta
kalau orang tu tak message, terus rasa macam handphone tu tak berfungsi, "line celcom/maxis/digi ni teruk tol lah! lambat msg masuk!!" "ting ting!" bunyi msg masuk, terus gabra... nak baca msg.. Kemudian, macam operator hospital tanya... opps! hospital tak macam ni. dialog dia, "kenapa tak reply? sakit ke? ada masalah ke? hello?? takpe lah... nanti pula msg lg..." tak puas hati juga, pergi kol orang tu.. tak diangkat.. "oh?? ada benda buruk berlaku ke???" oh tidak.... kol kol kol kol kol kol..... "hello?" "the number you have dailed..." apu.... tiba2 msg datang.. "Request RM1 from 01XXXXXX" .... kol terus...
Tahap Gaban: "saya ingatkan ada apa2 tadi berlaku kat awak, risau betul.." lepas tu, share orang tu kredit RM5.... yang lagi gaban, terus relodkan mereka RM10.! WOW.
Perenggan 3: Berjumpa
Boleh kita jumpa ke? kat library? kat playground? kat kantin semasa rehat? kat luar kelas saya semasa rehat? kat st.luke square? kat belakang blok c? kat everise? kat kedai doraemon? kat apple house? sekarang tempat dating yang best... waterfront a.k.a. wap Sri Aman. petang ni jumpa sana ok?? mula2 tu, jalan2 je... lepas 2, dia ajak bercinta.. lepas 3, dia ajak bepegang tangan, lepas 4, dia ajak in a relationship kat facebook....
Tahap Gaban: pukul 5.30pm jumpa kat wap, pukul 2 lagi dia dah bermakeup or bersiap.. pilih2 baju nak pergi sana.. kalau gaban sangat, mmg dia nak pakai baju princess pergi sana... haha... yang pasti dia akan pilih baju hitam.
Perenggan 4: Bercinta
In a relationship kat facebook. Kat sekolah, makan sama2 setiap rehat.. pergi round sekolah tu, sepanjang 20minit masa rehat tu.. ukur sekolah ... setiap petang jalan pakai motosikal(yang ada kereta, bonus lah tu).. sekarang ni, dah tak msg lagi.... terus kol sebab nak ajak berjumpa....
Tahap Gaban: tengahari 2pm pun boleh pergi jalan2 kat sri aman... panas terik sanggup diredah, janji jumpa dengan yang tersayang.... kadang2 boleh ckap mcm ni, "mana lagi kawasan sri aman yang aku belum raun?" Gaban lagi boleh ajak pergi lepak kat jambatan Rirang, Lingga.
Perenggan 5: Sangat Cinta Konon
Kat facebook kenal2 dengan perempuan atau lelaki lain... "ape ni semua?? kenapa approve diorang"
Kat sekolah tak boleh duduk dengan perempuan atau lelaki lain...."tadi aku tengok kamu mesra sangat dgn dia?"
Kat pasar.... "kenapa ni asyik keluar je? ni mesti ada affair dengan orang lain.. scandal!"
Kat rumah.... "kenapa pula tiba2 malam ni banyak homework??? ini mesti nak bergayut dengan orang lain."
Bila takda credit... "mesti ni banyak sangat orang dengan awak msg! benci! takkan 30 minit boleh habis RM10."
Bila lepak dgn kawan2.. "dah tak syg saya lagi, skrang lebih bnyak masa dgn kwn2.."
Tahap Gaban: akaun facebook mesti didelete, nombor hp mesti no.1 dalam senarai, tak boleh ada nombor lelaki atau perempuan lain dalam hp tu, hanya boleh ada gambar dia dan keluarga saja. kawan2 haram. Setiap masa setiap petang mesti dengan dia jer... kalau lepak, terus disuruh pulang.... Duit habis belanja dia.
Perenggan 6: Krisis
"awak ni kongkong saya sangat lah!"
"saya nak dengan keluarga pun tak boleh!"
"saya nak dengan keluarga pun tak boleh!"
"nanti msg lagi,"--------------"tu nak kemana pula?? msg!"
"dah tak ada apa nak msg lagi... "
"panas lah sekarang.. tak boleh keluar.." tak da motor, kereta...
Tahap Gaban: boleh gaduh dengan sesiapa saja.. sebab tak nak orang dekat dengan awek dan pakwe dia tu... uweek.. macamlah orang nak sangat.. curang... bermain kayu 6...
Penamat: TAMAT
Kita putus... awak bukan perempuan atau lelaki yang sesuai tuk saya....awak layak dapat yang lebih baik..
Tahap Gaban: i hate boy! i hate girl! kat status fb diorang.. eleh, petik je tangan aku boleh dapat lebih bnyak.. menyesal aku dengan dia, dia curang...
macam ni keadaannya kalau bercinta... so... selamat bercinta ye semua~
Comments