Skip to main content

Impian Bermimpi ke Bintang

Harini, nak cerita tentang impian aku .. bermimpi sampai ke bintang.. ini semua pengaruh television..
Dulu masa aku masih kecil, memang keluarga jarang bawa aku dan abang aku pergi melancong, maklumlah, dulu tu semua mana mampu sangat.. So bila cuti, mak bapa akan bawa kami balik kampung je, balik kampung bapa.. Sebab kat sana meriah lagi, kalau saudara mara ada balik cuti.. Kalau balik kampung mak, takda rumah pula, sebab masa tu, kami belum buat rumah kami sendiri. Tapi, sekarang dah ada lah.. Sekarang ni, tu lah rumah tetap kami, dah tak tinggal kat Gamang lagi dah...

Okey, dulu.. kalau cuti, ada pergi Kuching, memang rasa best sangat, sebab KUCHING lah kan.. hehehe.. tapi, kalau kami pergi sana, mesti je kami sesat.. Bukan nak salahkan sign board, tapi memang tak tahu nak pergi ke mana.. hotel banyak ar... tapi nak pergi sana, jalan-jalan jer..tak tahu macam mana nak cari shopping mall, kalau dah nak sesat tu, arr... saya lah yang tunjuk jalan.. aku point kereta yang aku suka, "bapa, ikut kereta tu.." "bapa, jangan ikut dia lagi, ikut kereta yang satu tu.." hehehe.. kemudian, kami pun akan jumpa jalan.. hehehe.. pakai common sense.. Aku pun tak tahu masa tu, tengok kereta tu cantik, aku tunjuk je, dengan harapan jumpa jalan keluar. Kalau ada pergi airport tu, memang ar nak ikut.. Sekarang dah tinggal kat Kuching, dah tak rasa excited macam dulu lagi.. hehehe..


Lepas tu, teringin pula nak ikut sepupu aku balik Miri, tapi sekarang kan aku ada cuti sebulan jer selalunya, haritu bapa saya merajuk lah.. dia kata, "kalau kamu nak balik sana, lebih baik kamu tidak balik haritu, sepatutnya kamu balik, dengan keluarga kamu, bukan dengan keluarga orang lain.." rasa sebak pun ada aku masa tu.. tapi aku tahan.. hehee.. mesti bapa aku sebak lagi, sebab tu aku tidak mahu nak pergi mana-mana tempat lain kalau cuti, dengan keluarga jer..  Tapi, walaupun aku tidak sampai ke Miri, sekurang kurang nya aku sampai ke Sibu. First time pergi ke Sibu, sebab aku ikut ADYC, masa tu, aku kenal dengan Daubline la. orang dari Gereja St. Helen, Serian.. Second time pergi Sibu, masa bapa aku transfer kat situ lar.. Area Lanang.. Lepas tu, aku ada tengok angsa putih. hehe.. tu je yang aku ingat.. Masa kat satu tempat membeli belah, tak ingat lagi area mana, tapi macam dekat dengan market tempat tu.. Jumpa pula dengan Freddy Lim. Aku tegur dia lah masa tu, dia terkejut, macam mana aku tahu nama dia.. hahaa.. mestilah sbb dia dulu kawan abang aku.. Apalah.. gemuk sangat ke aku masa tu, sampai tak ingat lagi. Aku senyum jer then chow...

Then, pergi Johor.. lawatan pengawas sekolah semasa tingkatan 4. Masa tu, best ar.. first time naik kapal terbang... hehehe.. sekarang naik kapal terbang rasa macam naik bas jer.. cuma kalau kapal terbang tu bergoyang sangat, takut ar.. takut jatuh kebawah.. kalau jatuh ke atas best ar... Kat Johor, kami kat area Pontian Johor, best tempat tu, naik boat kami nak pergi ke hutan... Lepas tu, makan makanan segar.. makanan laut.. tengok kera mandi manda belakang rumah... rumah tu pun rumah batu, tapi atas air.. canggih.. Then, kami jalan-jalan kat Bukit Angsana. Bulan Disember haritu pun aku pergi Johor juga, pergi tempat Mak Cik Terry, sebab tak balik Sarawak, tinggal sana lama juga ar.. sampai sem buka.. hehehe..

Dulu pernah berangan-angan nak pergi Kuala Lumpur, selalu tengok kat television. Sekali dapat tawaran kat Selangor, City U-cucst. Mak suruh datang sini ar belajar.. Sekarang dah kat KL, best memang best, tapi hanya best kalau banyak duit.. kalau tengah pokai tu, tak best langsung.. semua kena bayar.. Gunting rambut RM25, sekali makan RM10++.. tu baru makan satu meal, kalau satu hari makan 2 3 kali, argg... banyak kos nya... Tapi kalau nak shopping, Times Square, Sg. Wang, Sunway Pyramid, IOI., memang jadi tumpuan lar. TS, baju perempuan murah sikit.. RM10 ada RM15 ada.. baju pun standard sangat.. Kalau SP, pandai cari, adalah baju murah.. Sg. Wang, jangan cakap lar.. tu murah lagi.. hehehe..

Lepas datang belajar kat sini, aku pun ada kesempatan pergi ke Melaka. Masa tu ikut pertandingan Cheerleader kolej, dapat kedudukan kedua.. Perlawanan kumpulan dalam kolej jer... Bukan lawan kolej pun.. Latihan yang last minute pun boleh dapat no.2, memang puji Tuhan Yesus lah... Masalah nya, balik jer dari sana, terus kena sunburn, mana tak nya... matahari panas terik, nak sorak untuk perlawanan bola sepak lagi, aduh.. lepas tu, last sekali baru pertandingan kami.. Masa tu, kami adalah Rumah Jebat. Hehehe.. Jebat Hebat!! Hahaha.. kalau suruh aku buat lagi apa yang aku buat kat pertandingan tu, memang tak nak ar...

Kemudian, pergi Pahang pula.. tu ikut gereja FCC, ada program untuk kumpulan Alpha kami kat Genting Highlands.. Best tidur kat sana.. tilam tebal, cuaca sejuk, walaupun panas terik, tapi sejuk sangat.. yang lebih menakjubkan masa tu..  bila bercakap, asap ada keluar dari mulut.. bukan macam naga tu.. tapi macam cerita orang putih kat television.. hehe.. macam sakai lalu.. hehehe.. pergi untuk dua hari.. tapi macam masa tidak mengizinkan sangat.. banyak aktiviti.. hehe..

Hehehe... kalau ikut mission trip ke Telupid, Sabah bulan Jun ni, ada chance lah pergi Sabah..
Mak Cik aku kat Terengganu pun ada ajak aku datang tinggal ngan dia kalau ada cuti... Kalau nak pergi Kelantan dan Kedah, kawan satu kolej pun ada juga ajak aku pergi tempat diorang kalau cuti raya ni nanti.. tapi tengok dulu ar..

Yang sekarang ni, aku berangan-angan nak pergi Australia. Tak tahulah area mana.. janji pergi sana.. Kalau ikutkan, kalau pass Degree kat kolej City-U, pelajar akan dihantar satu tahun kat sana.. University of Balarat. Macam tu ar.. tapi tak sure sangat.. hehehehe.... Nak juga pergi Eiffel, Paris.. hehehehe... mengada betul lah... jauh sangat bermimpi...

Hehehe.. yang penting.. aku nak pergi ke bintang... jadi angkasawan.. hehehe... bintang yang paling terang.. tertanya tanya.. panas tak kat sana??? Entah.. aku pun tak tahu..

Comments

Popular posts from this blog

Tips-Tips Sebelum, Semasa, Selepas Menduduki Peperiksaan

Hai Kawan2... Baru2 ni, ada sorang kawan Nanai minta tips camne nak menduduki peperiksaan.... Dia ni nak duduki SPM tahun ni.. Nak bagi tips soalan apa yang keluar, Nanai tak berani nak confirm pula... Jadi, senarai dibawah ni lah yang Nanai mampu tolong yer... Hehehe.. Kepada sesiapa yang akan mengambil PMR/SPM/STPM tahun ni, bolehlah manfaatkan tips yang kat bawah nanti yer.. bagi yang tak ambil peperiksaan tergempar camtu, boleh juga praktikan semasa peperiksaan biasa, supaya nanti bolehlah dijadikan tabiat yang baik..... Sebelum, Semasa dan Selepas Menduduki Peperiksaan.. . Jom, kita tengok apa yang patut ker tak patut atau perlu ke tak perlu dibuat yer... {SEBELUM MENDUDUKI  PEPERIKSAAN} Beberapa bulan sebelum peperiksaan, (seteruk-teruknya bermula bulan Jun, ni untuk pelajar yang malas buat persediaan awal lah) .. Nanai nasihatkan supaya: Minta maaf kepada semua cikgu yang mengajar korang. Yang ni lah kunci utamanya, sebab, pelajaran tu semua datang dari cikgu, ka...

Why Cats In Kuching Have Short Tails An Old Iban Folk Tale

Hello everyone, here I want to share one article that I take a shoot at The Cat Museum Petrajaya Kuching Sarawak. TITLE: WHY CATS IN KUCHING HAVE SHORT TAILS AN OLD IBAN FOLK TALE, Daylight Lautern By O.T.LI~  The story begin,             Long long ago, before anybody can remember, there weren't any cats in Kuching. But one day, a smart young tabby Tom Cat who lived in Singapore heard of a town named after his deceased great-aunt, a lady to whom he had been affectionately attached.             "I must make a pilgrimage to this place," he decided, waving his magnificent tail as he spake, "and place offerings at the foot of the monument they are certain to have erected in her pious memory."            He was, like many a young Tom, a man of a practical mind. He figured (correctly) that he would be the Cat of the Walk once he got to Kuching, and he assumed (also correctly...

Schedule Planning

Haar... Ni nak planning indah kalau balik ni... Yang Nanai rasa yang Nanai akan buat bila balik Sarawak nanti, mestilah antara perkara2 berikut..  Jumpa keluarga dulu... sayang mak n abak~  Mesti makan nasi goreng yang mak buat...  Keluar sekeluarga beli handphone baru untuk Nanai.. hehe.. Shopping dengan mak kat Satok@Saberkas@mana2.. Pergi Hopoh ambil kain lebihan..  Nak makan kolo mee.. Hari Ahad makan bak kut teh! (banyak dan sedap) Pergi gumpul tin, jana pendapatan.. Jumpa dengan kengkawans lama dan baru. Jumpa nenek dan datuk kat menua.  Ini sub scop perkara yang akan berlaku.. minor punya akan didalam apa yang patut... haha~ I LOVE SARAWAK! *~Jesus, bless my journey~*