Skip to main content

Jangan BERCINTA kalau...


Menurut apa yang telah aku lalui seumur hidup ku, dari mula aku kenal apa itu cinta EROS, sehinggalah ke malam ini... Aku rasa nak kongsikan sedikit sebanyak tentang "Jangan BERCINTA kalau..dot dot dot".. Ini adalah panduan aku sendiri, mungkin juga korang pun boleh praktikkan dalam seharian korang... Disebabkan benda-benda macam ni lah, aku mulai takut untuk bercinta lagi~ hahaha... 


Ok, mari mulakan... 

  1. Jangan bercinta kalau KAMU BERDUA SAMA JANTINA. Sekiranya kamu lelaki, bercintalah dengan perempuan; begitu juga kalau kamu perempuan, bercintalah dengan lelaki. Bagi yang jenis lembut(pondan) dan kasar(tomboy).. Seelok-eloknya.. kembalilah ke pangkal jalan.. Dah korang dilahirkan jantina tu, hargailah diri sendiri... Nanti tak semena-mena anak2 yang dapat malu kalau korang dah ada anak nanti... Bagi yang masih remaja.. cepatlah berubah.. Hargai jantina yang sudah Tuhan berikan...
  2. Jangan bercinta kalau KAMU BERDUA TIDAK SAMA AGAMA. Walaupun kita 1Malaysia, walaupun cinta itu buta, sebagai Kristian, janganlah meninggalkan Tuhan Yesus yang sudah mati di kayu salib menebus dosa-dosa kamu.. Walaupun kamu berhasrat untuk menginjil kepada si dia, biarlah dengan cara yang betul yer..Kursus Alpha kan ade, bawa jer dia datang.. Jangan pernah tukar agama kamu.. Banyak lagi perempuan atau lelaki lain yang seiman, kalau tak percaya... carilah di gereja... 
  3. Jangan bercinta kalau KAMU JUMPA DIA DI CLUB MALAM. Dewasa ini, memang selalu kita berkunjung ke tempat sebegini, selalunya apabila kita melintas tempat-tempat ni, mesti ada gadis2 yang cantik, seksi yang menarik hati lelaki; begitu juga dgn perempuan, mereka akan terpikat dengan golongan lelaki yang handsome, punyai kereta mewah, dan poket tebal dengan kepingan kepala Agong... Hati2 yang perempuan, nanti kamu dijual, baru tahu... Hati2 lelaki, nanti kamu kena penyakit... Eiiiee... Gelinya..
  4. Jangan bercinta kalau KAMU BARU PUTUS CINTA. Sekali lagi, kalau kamu nak bercinta hanya sekadar untuk melupakan EX- kamu, baik kamu jangan bercinta, nanti kamu dicop pula orang jahat, playboy or playgirl yang memainkan perasaan orang lain.. Kasihan tahu kalau orang lain yang tak bersalah dilukai perasaannya... Kalau masih sedih tu, berkawan je lah ye... jangan bercinta.. Mana tahu, nanti EX kamu tu nak return balik, kamu terpaksa tinggalkan girlfriend or boyfriend baru korang.
  5. Jangan bercinta kalau KAMU TAHU DIA PLAYGIRL OR PLAYBOY. Nanti kamu yang perit.. menanggung segala cemburu yang tak menentu.. apabila dia kat facebook chat dengan perempuan dengan mesra... msg dengan aweks lain semasa kamu dengan dia... Walaupun dia handsome, kaya... tidak mampu kamu lepaskan.... Jangan... susahkan kamu saja bergaduh dengan orang lain... Nanti kalau kamu marah dia, dia cakap kamu kongkong dia pula... So, elakkan. 
5 ni dulu lah.... yang basic sekali... hati-hati memilih kekasih~ Air yang tenang, jangan disangka tiada buaya, Air berkocak, jangan disangka ikan yang besar.. 

Comments

makio said…
jangan bercinta kerana rupa sbb rupa hilang bersama usia...
Armia said…
ya, betul itu, saya sangat 99.99% setuju.... 0.01% memang sangat berharap dia handsome baru nak couple dengan dia... :P

Popular posts from this blog

Tips-Tips Sebelum, Semasa, Selepas Menduduki Peperiksaan

Hai Kawan2... Baru2 ni, ada sorang kawan Nanai minta tips camne nak menduduki peperiksaan.... Dia ni nak duduki SPM tahun ni.. Nak bagi tips soalan apa yang keluar, Nanai tak berani nak confirm pula... Jadi, senarai dibawah ni lah yang Nanai mampu tolong yer... Hehehe.. Kepada sesiapa yang akan mengambil PMR/SPM/STPM tahun ni, bolehlah manfaatkan tips yang kat bawah nanti yer.. bagi yang tak ambil peperiksaan tergempar camtu, boleh juga praktikan semasa peperiksaan biasa, supaya nanti bolehlah dijadikan tabiat yang baik..... Sebelum, Semasa dan Selepas Menduduki Peperiksaan.. . Jom, kita tengok apa yang patut ker tak patut atau perlu ke tak perlu dibuat yer... {SEBELUM MENDUDUKI  PEPERIKSAAN} Beberapa bulan sebelum peperiksaan, (seteruk-teruknya bermula bulan Jun, ni untuk pelajar yang malas buat persediaan awal lah) .. Nanai nasihatkan supaya: Minta maaf kepada semua cikgu yang mengajar korang. Yang ni lah kunci utamanya, sebab, pelajaran tu semua datang dari cikgu, ka...

Why Cats In Kuching Have Short Tails An Old Iban Folk Tale

Hello everyone, here I want to share one article that I take a shoot at The Cat Museum Petrajaya Kuching Sarawak. TITLE: WHY CATS IN KUCHING HAVE SHORT TAILS AN OLD IBAN FOLK TALE, Daylight Lautern By O.T.LI~  The story begin,             Long long ago, before anybody can remember, there weren't any cats in Kuching. But one day, a smart young tabby Tom Cat who lived in Singapore heard of a town named after his deceased great-aunt, a lady to whom he had been affectionately attached.             "I must make a pilgrimage to this place," he decided, waving his magnificent tail as he spake, "and place offerings at the foot of the monument they are certain to have erected in her pious memory."            He was, like many a young Tom, a man of a practical mind. He figured (correctly) that he would be the Cat of the Walk once he got to Kuching, and he assumed (also correctly...

Schedule Planning

Haar... Ni nak planning indah kalau balik ni... Yang Nanai rasa yang Nanai akan buat bila balik Sarawak nanti, mestilah antara perkara2 berikut..  Jumpa keluarga dulu... sayang mak n abak~  Mesti makan nasi goreng yang mak buat...  Keluar sekeluarga beli handphone baru untuk Nanai.. hehe.. Shopping dengan mak kat Satok@Saberkas@mana2.. Pergi Hopoh ambil kain lebihan..  Nak makan kolo mee.. Hari Ahad makan bak kut teh! (banyak dan sedap) Pergi gumpul tin, jana pendapatan.. Jumpa dengan kengkawans lama dan baru. Jumpa nenek dan datuk kat menua.  Ini sub scop perkara yang akan berlaku.. minor punya akan didalam apa yang patut... haha~ I LOVE SARAWAK! *~Jesus, bless my journey~*