Pencetus Cerita: Ibi Gibreson
Pengarah & Penulis Skrip: Emie Mayrelin
Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata, sebarang persamaan nama dan jalan cerita di dalam cerpen ini hanyalah kebetulan sahaja~
Sinopsis: Seorang budak sedang melihat ke arah sebuah pohon yang mempunyai sebiji buah, buah itu kelihatan sedap dan memikat hatinya. Dia berhasrat untuk mengambil buah tersebut, tetapi, dia tidak yakin dengan dirinya samaada dapat mengapai buah itu ataupun tidak, dia juga tidak mahu menggunakan kayu untuk menjatuhkan buah itu kerana tidak mahu buah itu tercalar atau kemek apabila ia jatuh ke tanah... akhirnya, dia membuat keputusan untuk mengambil tangga supaya memudahkan dia untuk memetik buah itu. Apabila dia sudah tiba dengan tangga di tangannya, dia melihat seorang lagi budak melompat dan berjaya mencabut buah itu dari dahan itu, dia hanya terpinga-pinga melihat daun-daun berguguran akibat tarikan budak yang satu tu. Apabila dia berdiri di bawah dahan itu, menyesali sesaat dia terlambat, entah dari mana datangnya buah jatuh dan berada di pahanya..
<SESAAT AKU TERLAMBAT>
Glaenerdy Larry ialah seorang pelajar lelaki Tingkatan 5, sekali pandang, kamu tidak akan merasakan dia handsome, dua kali pandang, juga tidaklah membuat kamu jatuh cinta~ Tapi, apabila kamu tengok dia ketawa, kamu boleh merasakan dia comel sangat~ Dia ni jenis yang akan buat kamu rasa "cinta itu bukan hanya paras rupa".. Setiap hari, dia akan menunggang motosikalnya ke sekolah, kira-kira jam 6.30am, dia sudah sampai kat tempat letak motosikal~ Rumahnya 5 minit jer dari sekolah, sebab tu dia selalu datang 6.30am. Dia ni bukannya datang sekolah awal2 terus masuk kelas, tapi dia kunci motosikal dia pelahan-lahan, sibuk2 touch up rambut dia yang hilang pacaknya disebabkan topi keledar tadi... nak tahu kenapa?? Sebab, nanti, jam 6.45am, mesti ada kereta Myvi warna merah datang... tunggu yer.. nah... tu dia dah sampai.. Chellsy Magdeline dan adiknya Martha Luna.
Chellsy tingkatan 5Kiwi sebelah kelas Glaenerdy, 5Lemon. Martha pula masih tingkatan 3Orange. Glaenerdy ataupun lebih dikenali sebagai "Glaen" datang awal pagi sebab dia nak jalan sama-sama dengan Martha, tetapi bukanlah jalan bersebelahan, Glaen ni jenis pemalu sikit, eh.. bukan sikit, tapi agak banyak.. Dia cuma ikut dibelakang jer.. 5 hari dalam seminggu tu, memang dia akan buat camtu lah, usha dari jauh jer.. biarpun kadang-kadang hujan kan, dia rela juga ambil payung, tunggu kat sebelah pondok motosikal dia tu. Sebab nak jalan sama dengan Martha kononnya.. Sehinggalah pada suatu hari, hujan lebat sangat, masa tu dah habis sesi persekolahan, Martha sedang runsing, macam mana nak pergi ke gate hujan lebat macam ni, dia tu bukannya ada bawa payung tadi, sebab selalu, kakak dia yang bawa. Glaen ada bawa payung, tetapi tertinggal dalam bonet motosikal, jarak parking motosikal dengan blok kelas mereka pun agak jauh, sekolah tak sediakan lorong tuk pejalan kaki. Martha pun menunggu di blok C sebab tu lah blok terakhir sebelum ke gate, kalau dia terus redah jer hujan tu, alamatnya, basah kuyup lah dia... dah lah sedang kena "serang jepun", mesti malu besar kalau orang tengok~ Glaen pun berlari ke motosikal untuk mengambil payungnya, kemudian berlari kembali ke blok C, basah kuyup mendapatkan Martha, (masa nak lari balik tu kenapalah tak guna payung..?) dan menghulurkan payung kepadanya..
"nah, pakailah payung saya.. "
"eh.. takpe, kejap lagi berhentilah hujan ni... saya boleh tunggu jer kat sini.."
brroommppppp!! guruh berbunyi dan kilat memancar... tanda hujan takkan berhenti.. sampai Martha pun terlompat terkejut..
"tu... lambat lagi hujan tu nak berhenti, ambillah.. "
"betul ni? habis awak nak pakai apa balik nanti?"
"saya takpe, nanti basah juga tunggang motosikal, ambil lah.."
"okey, terima kasih yer... jomlah kongsi payung dengan saya.. nanti saya singgahkan awak kat parking motosikal tu.."
dengan perasaan malu2 dan tergagap gagap.. ."arr.. err..." brrommpp!! "takpe! awak pergi jer seorang, payung tu kecik, nanti basah juga kalau kita berdua.. hehehe.. " tersipu malu, dalam hati, geram sangat dengan guruh tu.. kenapalah dia boleh sebut "takpe" tadi.. tak ke tu peluang dia nak bersama Martha.
Sampai di rumah.. Martha pun ceritalah dengan kakaknya tentang mamat yang pinjamkan dia payung.. Tapi Martha tak kenal nama dia pun, dia ada nametag, tapi tak pergi tengok pula tadi.. Kakak dia pun tertanya-tanya, siapa lah gerangan orang yang baik hati kat sekolah tu... ada juga orang macam ni yer???
Disebabkan hujan haritu ialah hari jumaat, terpaksalah Glaenerdy menunggu sampai datangnya isnin supaya dapat bertemu kembali dengan Martha di sekolah.. Seperti hari-hari biasa, Glaen pun menjadi "pengawal sekolah" menunggu kedatangan Martha.. Dari jauh dia lihat Myvi merah datang, terus dia pura2 macam baru jer sampai, tak dia perasan orang tengok dia..pelik mamat ni.. Martha pun tegur dia dari belakang,
"selamat pagi awak.. saya nak pulangkan payung awak, terima kasih yer..."
"oh... sama2... " sesudah meletakkan payung tu dalam bonet, mereka bertiga pun berjalan sama-sama sampai lah blok memisahkan mereka... dan masuk ke kelas masing2... Habis waktu persekolahan tu, Glaenerdy pun tunggu di blok C, sebab nak tunggu Martha, harini, dia nekad nak luahkan perasaan dia kat Martha.. cuba nasib lah tu.. sekali... dia tengok Martha sedang berjalan dengan George Hutson, bercubit-cubit pipi, mesra sangat... (GH tu pelajar lelaki popular dan handsome di Tingkatan 3, dan merupakan naib pengerusi Kadet Polis Sekolah)... Down terus Glaenerdy tengok semua tu, huhu.. kasihannya dia... bila dia pergi siasat, rupa-rupanya mereka tu dah couple seminggu hari yang lepas.. Biasalah kalau kita lihat pelajar lelaki paling handsome dan pelajar perempuan paling cantik di Tingkatan 3 bercinta, dah lah sama2 kelas pandai~ Glaenerdy pun rasa sedih la... bukannya sedih putus cinta, bercinta belum lagi, macam mana nak putus... aiya..dia sedih sebab dia baru jer nak luahkan perasaan dia, tetapi tiba-tiba awek tu dah kena sambar orang lain... Tu lah yang buat dia sedih.. Kemudian, dia pun rasa tidak mahu tunggu lagi setiap pagi... Pernantian yang sia-sia..
Seminggu selepas tu, selepas tamat persekolahan, Glaenerdy tengok ada sepucuk surat dalam bakul motosikalnya, hairanlah dia, siapa pula yang letak kat sini..? surat layang ker? surat amaran ker? Bila dia belekkan surat tu, dia terkejut ada tertulis nama dia... dia pun tengok sekeliling, banyak pelajar yang berpusu-pusu, siapa pula yang letak ni hatinya tertanya-tanya~ Balik jer rumah, tak sempat buka kasut, dia terus baca surat tu... surat tu berbunyi begini:
Hai~ Salam perkenalan... Glaenerdy apa khabar? Sihat ker? Terkejut dengan surat ni? Hehe.. Jangan terkejut yer.. Sebenarnya, saya dah lama tak tengok awak datang awal pagi... Dulu selalu tengok awak, berdiri kat motosikal awak.. Macam kebetulan pula, setiap hari kita datang pada waktu yang hampir sama.. Lepas tu jalan sama-sama pula tu.. Tapi kebelakangan ni, awak dah tak berdiri kat situ lagi, kenapa yer? Awak tak sihat? Ada masalah ker?? Dah seminggu tak tengok awak kat parking motosikal tu, rasa rindu pun ada.. Hehe... Okey lah, nak tanya khabar awak jer tadi... Mana tahu ada masalah negara yang saya boleh tolong~ hehe... nak kenal lebih rapat dengan awak boleh?? -CM-
"Hah? CM? siapa ni? dia perasan ke aku kat sini selalu?? siapa dia ni yer??" Glaenerdy bermonolog sendiri.
Pada keesokkan harinya, semasa rehat, seperti biasa, Glaenerdy akan pergi ke kantin dengan sekumpulan kawan lelaki dia, dia masih tertanya-tanya, siapakah CM tu... Tapi tak juga jumpa jawapan, jumpa makanan adalah... Chips More.. Hehehe... Kemudian, sedang mereka kat meja makan tu, ada seorang awek sedang senyum-senyum kat dia... Dia pun kehairanan, tengok belakang, takda orang lain.. awek tu lambai kat dia, suruh dia datang ke situ... Dia pun tak tahu nak buat apa, terus bangun nak menuju ke arah awek tu.. Semasa dia jalan tu, dia rasa macam pernah nampak awek ni, tapi di mana yer?? (ayat poyo^^)
"awak panggil saya?"
"hehe.. yer... awak kenal saya?"
"errr..... tak kenal.. tapi macam pernah tengok.. tapi lupa pula.. " sambil mengaru kepala yang tak gatal..
"CM."
"oh.... CM? awak CM?" terkejut..
"saya nak kenal dengan awak ni... boleh tak??"
"err.. boleh.. "
"bagi nombor awak kat saya.. "
"019-39xxxxx"
"nanti saya msg yer.. jalan dulu, enjoy your food~"
Selepas Chellsy catatkan nombor dia dalam handphone (wow~ pelajar sekarang siap bawa handphone ke sekolah, saya pun sama dulu).. dia pun berlalu dengan kawan2 perempuan dia.. Glaenerdy pun rasa bangga sikit sebab ada juga awek nak kenal dengan dia.. Terus dia rasa semangat lagi... Dia sedaya-upaya untuk mengingat semula awek tu.. siapa nama penuh dia..
Sekembali dia ke meja makan, semua kawan2 dia hairan dan bertanya...
"yo Glaen, macam mana awak kawan dengan awek tu? Cantik lah... caya lah bro.."
"aku pun tak ingat dia siapa.. siapa tu ar?? tiba2 ada awek cantik nak kenal dengan aku.. siap minta nombor lagi..."
"arh??!! awak tahu tak ramai yang tackle dia tapi tak dapat, sebab dia tahu orang suka kat dia sebab dia cantik... tapi dia baik hati lah, semua orang dia anggap kawan, tak sombong macam adik dia.. adik dia terus melenting kalau ada mamat yang tak sepatutnya meluahkan perasaan kat dia.. tak dengar cerita Isaac 4Lemon malu habis bila dia pergi blok adik dia tu untuk luahkan perasaan? Adik dia reject dia, depan pelajar lain pula tu... dengan dialog, "cermin muka tu dulu..." "
"siapa adik dia??"
"Martha Luna."
Setelah Glaenerdy Larry mendengar nama tu, terus memori dan ingatan dia datang semula... selama ni, dia asyik tengok Martha Luna sehingga dia tidak perasan kewujudan Chellsy Magdeline. Selama dia selalu tunggu kedatangan mereka, rupa-rupanya Chellsy Magdeline pun mulai jatuh cinta dengan dia... sebab selalu tengok dia di sana... dari jauh apabila kereta tu datang, dia tengok juga dari jauh bahawa Glaen cuba jadi yang terbaik... Dan boleh buat dia senyum sendiri.. Apabila adik dia cerita ttg mamat yang bagi payung tu adalah Glaenerdy Larry, itu membuat dia terus lagi jatuh cinta, kalaulah dia ada masa tu, mesti dia yang diberi payung tu.. hehe.. eh? tak boleh pula, sebab dia mmg selalu ada bawa payung.. Selepas dia sedar akan kebaikkan lelaki tu, dia merasakan, inilah lelaki yang saya cari... Dari setiap hari, dia mulai pergi lepak dengan kawan-kawan yang sama kelas dengan Glaenerdy, semata-mata nak tengok Glaen, apa yang dia buat, apa makanan yang selalu Glaen makan, minuman kegemaran dia, apabila dia tengok Glaen mengumpul plastik gula-gula yang sengaja dibuang kawannya di atas lantai, dan dibuang Glaen ke dalam tong sampah, itu menambahkan keyakinan Chellsy dan banyak lagi keadaan yang remeh diperhatikan Chellsy. Sehinggalah ke tahap, dia membuat keputusan untuk menulis surat untuk Glaenerdy dan meletakkan di dalam bakul motosikalnya... dan keberaniannya untuk meminta nombor telefon Glaenerdy tempoh hari..
Sekarang ni, mereka semakin mesra dalam berkomunikasi.. Pergi kantin sama2, pergi library sama2.. belajar subjek untuk SPM sama2.. msg hari2..balik sekolah sama2.. saling menunggu apabila kelas sudah habis.. kemudian kadang-kadang, menyertai kelab yang sama dalam sekolah~ pendek kata, memang macam belangkas~ Dan semakin hari, perasaan cinta itu semakin hari semakin bertambah, bertambah bunga di dalam hati.... Sedikit demi sedikit, perasaan Glaenerdy terhadap Martha sudah berjaya dikikis, lagipun memang dia belum cinta mati dengan Martha, dia cuma minat dengan dia... Tetapi dalam minat tu, mengundang minat Chellsy terhadap dia pula... Kebahagiaan Chellsy dan Glanerdy sedikit sebanyak mencemburukan hati Martha kerana dia dengan George tidak lah bahagia sebegitu, hanya biasa-biasa ja, sebab George dikelilingi perempuan, tetapi juga ingin menjaga nama popular dia sebab itu bercinta dnegan dia.. Maksudnnya cinta itu macam cinta palsu lah, hanya cinta sebagai kawan... macam tu... Martha pula berfikiran bahawa Glanerdy itu tidak layak mendapatkan cinta kakaknya itu, kerana Chellsy sangat cantik, tapi Glanerdy tidaklah handsome mana pun kalau dibandingkan dengan anak Pengetua sekolah, iaitu Restlon Gani, lagi handsome lagi pandai dalam kelas... Apabila dia melihat kakaknya berpacaran dengan pelajar lelaki yang dalam golongan pelajaran yang sederhana, dia merasa tergugat... nanti apa pula yang orang cakap tentang dia... "kakak pelajar perempuan paling popular Tingkatan 3 bercinta dengan pelajar lelaki yang tak handsome dan kurang pandai... nama jer pandai, tapi kenapa pilih orang begitu??" kata-kata itu terngiang-ngiang di dalam telinga dan fikirannya...
Sehingga dia melakukan cara yang keji dan memaki hamun Glaenerdy dan menyindirnya sehingga Glaenerdy merasakan tidak layak dan hina sungguh diperbuat Martha sebegitu. Martha juga berjaya mencuri diary Glaenerdy dan cuba untuk mengugut Glaenerdy dan memalukannya di depan kakaknya sekiranya dia tidak tinggalkan kakaknya saat itu juga, kerana dia tidak mahu namanya tercalar dengan perbuatan kakaknya bercinta dengan Glaenerdy.
Glaenerdy pun mula mengelakkan diri dari Chellsy... sebab ugutan Martha... Sehingga Chellsy jatuh sakit memikirkan kenapa Glaenerdy tiba-tiba berubah drastik sekali... sehingga tidak datang ke sekolah lagi, sudah la tahun tu nak SPM, tapi boleh pula tidak datang ke sekolah.. aish.. Ibu bapa Chellsy dan Martha pun dipanggil di sekolah, atas sebab kenapa tiba-tiba anak mereka Chellsy semakin tidak menumpukan perhatian semasa pembelajaran.. Ibu bapa nya mengingatkan Chellsy ada masalah dengan kawan2 di sekolah, maklumlah, kes buli di sekolah semakin meninggi.. Disebabkan ibu bapa Chellsy masing-masing sibuk dengan kerja, mereka tidak dapat meluangkan masa untuk menanyakan apa yang sepatutnya ditanya, yang penting bagi mereka, anak mereka mesti TOP STUDENT di sekolah dengan markah peperiksaan..
Martha pun sedih melihat keadaan kakaknya.. mujurlah dia sempat insaf selepas ditinggalkan George kerana Martha cemburu buta dan mereka pun putus. Dia pun menanyakan kepada kakaknya apa yang merunsingkan dia... Chellsy pun menangis memberitahu bahawa dia sudah semakin cinta dengan Glaenerdy, tapi tidak tahu apa kesalahan yang dilakukannya sehingga Glaenerdy mulai menjauhi dia, dan mengatakan tidak boleh bercinta dengan alasan sebab nak tumpukan perhatian dalam pelajaran.Setiap kali apabila Chellsy nak belajar sama, Glaenerdy terus cakap nak pergi ke tempat lain.. itu ini itu ini.. Tiba-tiba, Martha menangis, sebab dia sedih sudah putus dengan George dan meminta maaf kepada kakaknya dan mengatakan bahawa dialah punca Glaenerdy mengelak diri dari Chellsy.. Martha menceritakan dari awal sampai akhir, bahawa dia menyesal membuat kakaknya sedih dan dia juga sedar sesudah George menjerit kepada dia;
"Kalau kamu masih tidak berubah, asyik nak popular jer, asyik mengata orang tidak layak berkawan dengan kamu, jangan juga harap kamu boleh kawan dengan saya, saya tidak berkawan dengan orang sombong macam awak ni, saya berkawan dengan tulus ikhlas, jadi jangan pernah sesekali lagi sebut kawan2 saya tidak layak berkawan dengan saya! Kita putus!"
Chellsy hanya menitiskan air mata mendengar semua tu, dia juga faham kenapa adiknya berbuat demikian, untuk menjaga nama keluarga... Tapi dia percaya, semua itu boleh diubah, dalam dunia ini tak ada orang yang bodoh, hanya ada orang yang tidak mahu belajar dan malas.. Dia juga membaca diary tentang diri dia sendiri yang ditulis oleh Glaenerdy.. Itu sudah cukup untuk dia mendapatkan cinta dia semula kerana Glaenerdy memang mencintai dia... Keesokkan harinya, Chellsy dan Martha sama2 menemui Glaenerdy, dan dia memaafkan Martha.. Chellsy dan Glaenerdy pun bercinta semula seperti sedia kala, mereka belajar bersama-sama untuk SPM, Martha pun semakin hari semakin berubah lebih baik, dia mulai berkawan dengan semua orang dan tidak berprasangka buruk lagi..walaupun dia merasa kesal kenapa dia tidak mampu menyedari ketulusan Glaenerdy pada masa dahulu.. . Keluarga Glaenerdy juga tidak menyangka bahawa anaknya boleh mendapat 10A dalam SPM, kerana anak mereka ni sangat malas belajar, rupa-rupanya, keluarga Glaernerdy juga kaya seperti keluarga Chellsy, cuma keluarga mereka tidak menunjuk-nunjuk kerana kerendahan hati mereka.. Glaenerdy juga tidak menunjuk2 kerana ingin mempunyai sahabat yang sejati..
Sehabis dari tingkatan 5, mereka pun menyambung pelajaran mereka di kolej di Semenanjung Malaysia, walaupun berlainan kursus, mereka tetap bahagia kerana cinta mereka semakin kuat. Dengannya ada banyak cobaan, mereka terus bertahan, dan lebih matang dalam membuat keputusan.. Glaenerdy mengambil kursus kejuruteraan, Chellsy mengambil bidang perakaunan.. Sekarang mereka sudah di alam pekerjaan.. dan sudah bertunang.. Martha pun sudah menamatkan diplomanya dan menuju ke arah pembelajaran kedoktoran... Semuanya dalam keadaan baik~ dan kesudahan yang baik tidak ada penghujungnya~
Comments