Skip to main content

Birthday Bujang Tahi Lalat

Bila aku dengar lagu lama Jenny Tan-Bujang Tahi Lalat... Aku teringat kat dia ni... Dia ni pernah menjadi orang yang sangat istimewa untuk aku.. Dia juga sangat mencintai aku pada suatu masa dahulu. Bila dikenangkan kembali, wah.. indahnya saat itu. Tapi, malangnya, dia sekarang tidak dalam pelukkan ku lagi,  dia sekarang dah dalam pelukkan orang lain, terutama, malam ni, mungkin? ..... Tapi, aku bersyukur juga lah,karna ada banyak hati yang diselamatkan dari kekecewaan apabila kami berpisah.. Pasal tu, kamu semua belum boleh tahu lagi, biarlah rahsia.. nak tahu juga? tekan kebawah atau roll ke bawah..



Hari ni, 01 April 2012, adalah ulang tahun kelahiran "Bujang Tahi Lalat". Baik jangan gelar dia bujang, cause dia sudah dimiliki orang, so jangan lah panggil dia bujang... tukar ke "tahi lalat".. masalah nya.. tahi tu yang buat dia kurang syok... ok, tukar lagi, "Lalat".. hehe... boleh kan? Eleh, bukan dia tahu pun yang blog aku ni wujud, lainlah kalau korang tahu dia siapa, then bagitau dia.. hehehe... ok, gelar dia "tupai" lah.. aunty saya suka panggil dia macam tu.

Tahun 1990, pada hari ni, dia telah dilahirkan oleh ibunya... Dia adalah anak pertama ibu bapanya dan juga merupakan satu-satunya anak lelaki pada keluarga itu. Dia telah mendapat pendidikan yang amat cukup dan sangat baik karna apa tidaknya, ibu bapanya adalah guru sekolah. Kemana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi, sekarang dia juga telah menjadi tenaga pengajar..

Saya berkenalan dengan Tupai ni pada tahun 2008, masa tu, dia terpikat dengan kecantikkan dan keruggetan aku menunggang motosikal hondawave125. Okeylah, so dia usha usha aku dekat kediaman rumah aku, masa tu, mana aku ada taste dengan lelaki jenis ni, tak pernah bercinta pun macam tu, bercinta main tulis2 surat adalah, tapi kalau dikuntik a.k.a ditackle terang2 tu takda lah ... aiya.. lepas tu, aku termakan perkataan ku sendiri.. Jatuh LOVE  lah pula masa dia tackle aku selepas kami dua lebih saling mengenali.. Masa tu, aku pun injil dia lah, kalau nak couple dengan aku, mesti itu, mesti ini... ok, then kami pun couple.. Ingat lagi, bila kami 1st time keluar sama2, naik motosikal jaguh dia tu, semua orang lihat, aduih! malunya... aku pun terfikir, "popularnya lelaki ni? semua orang tegur dia?" Bila aku pergi sekolah keesokkan harinya, semua orang senyum2 tengok aku, puji aku "wahseh.. ada orang jalan2 semalam"... aku pun hairanlah... diorang kenal ke dia tu siapa?

Petang tu, kami keluar lagi, pergi jalan2 jer... Kemudian hari keempat, bila kami mulai lebih rapat, tiba2 dia kata tidak dapat keluar, aku pun hairan lah... Then, aku rasa dia macam tipu aku, mesti ada benda yang tak kena, so, aku cungkil cungkil cungkil~ Akhirnya ketahuan.. bukan dia curang.. tapi dia dipukul! Oh My GOD! Kena pukul?? Siapa pukul?? Oh... Bekas pacar ku.. Si Ony. Kawan si Ony yang pergi pukul dia, dia pun tak tahu apakah sebabnya... Bila aku tanya si Ony, si Ony pula buat buat tak tahu. Tapi kawan si Ony yang lain cakap, si Ony ni masa ni tak puas hati lah, sebab selepas aku tinggalkan si Ony. Tiba-tiba pula ada lelaki yang berani kacau aku then aku senang jer dapat dan terima lelaki yang lebih ganteng lebih gah dari dia.. lebih kurang cam tu lah... Dipendekkan cerita, mereka pergi pukul Tupai... Tupai ni pula, tak nak aku risau kat dia, cakap dia tak apa2. cuma kena sengat lebah2. mana lah lebah nak sengat sampai lebam, nak menipu pun tak pass... Tangan dia bengkak masa tu, sebab orang tu nak tumbuk mata dia, tapi dia sempat elak... Then tangan dia yang kena.. kasihan... Tapi, tindakkan Ony tu, aku faham juga, sebab siapa tak risau kan?

Macam tu lah perkenalan kami bermula dan lebih intim dan intim lagi.. Sehingga saya sampai ke tahap berjumpa dengan ibu bapanya, dan balik ke kampung dia semasa PM Najib ada datang ke rumah panjang diorang.. Tapi malang nya, percintaan terhalang oleh ibu bapa ku.. huhu, then aku dihantar belajar ke sini supaya aku berjauhan dengan dia.. haha, lucukan? Okeylah, masa tu saya yakin, biar rintangan apa pun datang, kami akan tetap bersama, walaupun cinta jarak jauh.... KONON~

Selepas aku datang sini, makin banyak orang yang suka kat aku, tapi, aku tak tinggalkan dia.. Sehinggalah terjadi tragedik! Uar uar dari kawan2 aku bahawa dia ada dengan perempuansss lain.. Masa tu aku tak percaya, then aku uji lah, aku edit gambar ku dgn seorang lelaki kat fb aku, then upload. Malam tu, dia terus upload gambar dia dengan perempuan lain.. Oh! Dia kiss orang tu pula... aiya.. Masa tu saya sangat sedih... Macam nak je aku balik Sarawak, pergi tampar dia... Tapi tu lah, aku kan jauh, nak balik kena langkah dulu tasik cina selatan tu.. Kemudian, aku pasrah~ then aku nekad, nak study jer... tak nak fikir cinta cintun. Then kami pun putus... Haha, kemudian, aku dalam hati aku geram sangat dengan "lelaki" sehingga aku couple dengan lelaki 16 orang, then aku cerai beraikan hati mereka.. Sebab aku geram.. Janganlah marah aku, aku ni nak minta maaf ni... Jangan tuduh dulu, cuma couple dalam hp jer, dah diorang cakap suka kat aku, aku pun kata ok, seminggu selepas tu, aku menyesal lah, then aku putuskan mereka serentak. Begitulah cerita nya... Ada diantara mereka nangis, sedih, marah, sumpah menyumpah... Macam tu lar... Selepas tu, aku nekad, aku nak belajar jer.. tak nak lagi ada kaitan dengan boyfriend girlfriend.

ada juga kesinambungan cerita tu selepas tu.... ada satu malam, dia nangis kat aku... dia kata, walaupun dia dengan orang lain... tapi dia cuba cari aku dalam diri orang tu, tak ada... tu yang buat aku nangis... huhu... dia masih tunggu aku juga tu... tengok lah macam mana perasaan aku... samada aku ni akan menerima dia balik? ataupun Tuhan bagi aku cinta yang lain.. hehe... menarikkan hidup ni? kita tidak tahu apa kan terjadi esok, kita hanya boleh merancang... yang lain Tuhan tentukan.. I love JESUS.

Pengajaran dalam kisah hidup ini,
1. Ibu bapa kamu tahu apa yang lebih baik untuk kamu. Kalau aku tidak datang ke Semenanjung ni, mesti aku tidak akan tahu yang dia akan curang selepas tu kan??
2. Jangan bercinta dengan orang yang tidak kamu cintai sepenuh hati. Jangan menerima orang tu dengan perasaan kesian, sebab apabila kamu sudah terima dia, bila kamu nak lepaskan diorang, nanti diorang sedih sangat, rosaklah image kamu... yang tu cerita 16 orang tu.
3. Jangan juga CURANG. Dalam perhubungan, jangan sesekali curang... Yang kes aku tu, aku tidak curang.. aku cuma nak tahu kebenaran, sebab tu aku upload... hehe... sekali dia upload lagi dasyat!
4. Jangan cari orang yang tidak seiman dengan kamu.. Tuhan Jesus sedih tau kalau kamu meninggalkan salib kamu.
5. Jangan lah dengki atau sampai tahap nak simbah asid atau pukul memukul, apabila kekasih kamu tu pergi tinggalkan kamu karna tu silap kamu sendiri... Biarlah dia pergi, kamu boleh cari yang lain pa?? aiya...

Harini, birthday dia.. saya doakan semoga dia sentiasa bahagia dengan siapa pun yang dia cintai sekarang dan sentiasa bertumbuh dalam Tuhan Jesus, semoga juga orang baru yg datang dalam hidup dia dapat menjaga dia dengan baik, dan sentiasa mendorong antara satu sama lain. Berdoa juga kepada keluarga mereka supaya dapat menerima perhubungan mereka, tanpa restu ibu bapa, semuanya tidak akan menjadi dengan lancar.. Dalam nama Jesus, Amen.

Miss U so much HM.















Comments

Popular posts from this blog

Tips-Tips Sebelum, Semasa, Selepas Menduduki Peperiksaan

Hai Kawan2... Baru2 ni, ada sorang kawan Nanai minta tips camne nak menduduki peperiksaan.... Dia ni nak duduki SPM tahun ni.. Nak bagi tips soalan apa yang keluar, Nanai tak berani nak confirm pula... Jadi, senarai dibawah ni lah yang Nanai mampu tolong yer... Hehehe.. Kepada sesiapa yang akan mengambil PMR/SPM/STPM tahun ni, bolehlah manfaatkan tips yang kat bawah nanti yer.. bagi yang tak ambil peperiksaan tergempar camtu, boleh juga praktikan semasa peperiksaan biasa, supaya nanti bolehlah dijadikan tabiat yang baik..... Sebelum, Semasa dan Selepas Menduduki Peperiksaan.. . Jom, kita tengok apa yang patut ker tak patut atau perlu ke tak perlu dibuat yer... {SEBELUM MENDUDUKI  PEPERIKSAAN} Beberapa bulan sebelum peperiksaan, (seteruk-teruknya bermula bulan Jun, ni untuk pelajar yang malas buat persediaan awal lah) .. Nanai nasihatkan supaya: Minta maaf kepada semua cikgu yang mengajar korang. Yang ni lah kunci utamanya, sebab, pelajaran tu semua datang dari cikgu, ka...

Why Cats In Kuching Have Short Tails An Old Iban Folk Tale

Hello everyone, here I want to share one article that I take a shoot at The Cat Museum Petrajaya Kuching Sarawak. TITLE: WHY CATS IN KUCHING HAVE SHORT TAILS AN OLD IBAN FOLK TALE, Daylight Lautern By O.T.LI~  The story begin,             Long long ago, before anybody can remember, there weren't any cats in Kuching. But one day, a smart young tabby Tom Cat who lived in Singapore heard of a town named after his deceased great-aunt, a lady to whom he had been affectionately attached.             "I must make a pilgrimage to this place," he decided, waving his magnificent tail as he spake, "and place offerings at the foot of the monument they are certain to have erected in her pious memory."            He was, like many a young Tom, a man of a practical mind. He figured (correctly) that he would be the Cat of the Walk once he got to Kuching, and he assumed (also correctly...

Schedule Planning

Haar... Ni nak planning indah kalau balik ni... Yang Nanai rasa yang Nanai akan buat bila balik Sarawak nanti, mestilah antara perkara2 berikut..  Jumpa keluarga dulu... sayang mak n abak~  Mesti makan nasi goreng yang mak buat...  Keluar sekeluarga beli handphone baru untuk Nanai.. hehe.. Shopping dengan mak kat Satok@Saberkas@mana2.. Pergi Hopoh ambil kain lebihan..  Nak makan kolo mee.. Hari Ahad makan bak kut teh! (banyak dan sedap) Pergi gumpul tin, jana pendapatan.. Jumpa dengan kengkawans lama dan baru. Jumpa nenek dan datuk kat menua.  Ini sub scop perkara yang akan berlaku.. minor punya akan didalam apa yang patut... haha~ I LOVE SARAWAK! *~Jesus, bless my journey~*