Skip to main content

Selidiki Sejarah Kekasih Mu

Oh ya~ tahniah kepada semua pembaca yang dah ada girlfriend atau boyfriend baru~ Bagi yang masih belum jumpa tu, sabar lah yer... cari lagi.. pasti akan jumpa juga nanti~

So, bila dah mula2 kenal ni, mesti sangat siuk kan?? Hari2 msg, credit handphone pun tak tahan, berapa kali ntah relod kat CIMB clicks, maybank2u, beli credit kat kedai runcit~ Demi yang tercinta, sanggup redah hujan yang bertaufan tahap tornando! Kononnya~ Tapi yang Nanai nak cerita harini, bukanlah cerita sanggup berkorban apa semua, bukan bukan.. ini pasal selidiki kisah silam pacar baru kamu tu~

Selidiki Kisah Silam Si Dia~ Bukannya Nanai nak korang tinggalkan dia kerana kisah silam dia, tapi Nanai cuma nak korang belajar apa2 yang berkaitan dengan sejarah hidup dia~ Paling best, jangan tanya dia, jangan biarkan dia bagitahu kamu apa yang pernah berlaku terlebih dahulu, mungkin dia masih belum bersedia, tetapi lebih baiklah kamu tanya orang2 yang dekat2 dengan dia... cungkillah rahsia2 tu... Sebab... kalau dia sendiri yang beritahu nanti, kamu tiba2 kena shock current elektrik sot karan... nah! siapa susah? menyesal tak sudah kalau tersilap langkah.. lainlah kalau kamu otak bergeliga~ Gunakan panduan di bawah yer~

1. Selidiki ttg penyakit dia~ Mana tahu kan? kot2 dia ada penyakit... Kalau dia ada penyakit, tanya diri kamu, adakah kamu nak jaga dia kalau dia sakit nanti... Arr.. mana tahu, kamu ni jenis yang geli2 ke dengan orang yg berpenyakit... Kalau Nanai ni, takpe juga.. Nanai ok jer jaga orang... Sebab dulu selalu jaga nenek, bagi nenek mandi pun Nanai.. so, kalau bab bab beri mandi, suap makanan, jaga luka, beri makan ubat.. Nanai boleh buat semua tu~ perfecto! So, kena tanya dia kalau dia kata tak sihat, tanya sakit apa, ada penyakit asthma dari kecil ker... ada pnyakit kencing manis ker... ada telesemia ker.. ada penyakit jantung ker... ada penyakit kudis ker... ada penyakit batuk tb ker... Pernah kena denggi ker... Tapi, bila korang tanya tu, janganlah direct, pandai2 lah cover line nak tahu semua tu... ok? Selepas kamu dapat jawapan, tolong jawab soalan ni: Sanggup ker aku jaga kencing berak dia kalau dia sakit? Kalau jawapan kamu sanggup, tahniah~ Dia sangat bertuah dapat kamu. Kalau jawapan kamu tidak sanggup. Hurm, dia dah ada penyakit, janganlah kamu sakitkan hati dia yg innocent tu.

2. Selidiki ttg makanan yg dia suka~ Kalaulah pacar kamu tu, allergic seafood macam Nanai, baik kamu berhati2 supaya dia tidak termakan benda tu. Boleh mati tau~ Yang ni kamu kenalah tahu dgn terperinci, mana tahu nanti kamu ajak dia makan seafood ker, tiba2 dia marah atau kurang senang dengan keadaan tu.. kecewa pula dia.. Ataupun kegemaran kamu adalah seafood (ketam, udang, sotong, etc), then tiba2 kamu suruh dia masak tu, ataupun semasa kamu ajak dia makan kat rumah kamu, lauk tu jer terhidang, patah selera... ah... baik bersedia kan? Kalau kamu kenal adik beradik dia, boleh juga tanya diorang samada apakah makanan kesukaan dia.. Contohnya, dia suka makan mee goreng basah, ajaklah dia pergi kedai mee then order tu untuk dia, mesti dia teruja, "wow~ bagaimana kamu tahu favourite saya?" 10 markah untuk kamu! Thumbs up!!

3. Selidiki ttg keluarga dia~ Ya, ini sangat penting, supaya keluarga kamu masing-masing tahu bahawa kamu sedang berpacaran. Sebab, kalau kamu (lelaki), nak bawa anak perempuan orang keluar, mestilah minta izin dulu dengan ibu bapa mereka. Kalau kamu (perempuan), nak pergi mana2, kena bagitahu family~ Nanti, tiba2 family kamu report polis pula kalau kamu tak balik2.. Lainlah kalau kamu pro dalam bab menipu ni... (Nanai pernah buat dulu). Hahaha.. So, minta restu keluarga, supaya kalau ada benda tak elok terlanjur jadi, bolehlah terus disatukan tanpa sinis bengis dari keluarga masing2. Yang penting, kalau keluarga tak suka orang tu, cuba yakinkan mereka, kalau masih tak suka pula, apa boleh buat? Penting juga kalau ibu bapa dia adalah ibu/bapa tunggal, tanya dulu keluarga kamu samada dapat terima atau tidak, kerana sejarah keluarga ni, kadang2 masih menjadi isu pada masa kini. Kalau dilarang juga... "Good bye Romeo Juliet~" 

4. Selidiki ttg cerita dia dan bekas2 kekasih dia~ Yang ni, jangan cakap Nanai sdg merepek, tapi kisah silam cinta ni sangatlah penting, sebab ni soal hati dan perasaan.. Contohlah, kalau dulu Si A ni putus cinta sebab kekasih dia curang, so, sebaik-baiknya, janganlah kamu ulangi kecurangan itu, sebab tu akan buat Si A ni sangat terluka untuk kali-2 atau entah keberapa kali sudah~ Tapi, bila kamu tanya soalan ni, sebaiknya kamu janganlah cemburu sangat, kamu seharusnya menerima bahawa dia sudah melupakan orang tu dan dia sekarang bersama kamu~ Apa yang sudah berlaku, biarlah berlalu, sejarah biarlah jadi pedoman pada masa hadapan~ Jangan kamu ulangi kesalahan yang sama!


5. Selidiki ttg sifat2 dan perangai dia~ Ada orang mereka ni congek sangat, degil.. kalau bergaduh, memang nak menang selalu... Ada pula orang yang sosial kehidupan mereka, masih tak serik, masih tak taubat.. Ada pula orang yang mempunyai lelaki/perempuan keliling pinggang, tapi hanya sekadar sahabat.. Ada pula orang yang inginkan privacy pada masa tertentu, dan tidak mahu diganggu.. Ada pula orang yang tidak mahu berpisah langsung biarpun hanya seminit masuk ke tandas... Ada juga yang suka sangat memaksa sehingga orang lain tu boleh rasa fed up dengan karenah dia... Ada juga orang yang terus mengongkong apabila satu perhubungan dimulakan... So, biar bagaimana pun sifat/perangai orang tu, kalau itu adalah cinta tulus dari kamu, pasti kamu akan saling melengkapi.. Kalau dia panas, kamu sejuk, kalau dia merajuk, kamu pujuk; begitu juga dengan sebaliknya~ Kalau kamu tidak tahan, lepaskan jer dia... 

Lima kaedah di atas ni bolehlah kamu semua jadikan panduan dalam bercinta yer~~ Bercinta biarlah sihat~ Kalau dalam bab bercinta, memang setakat 5 ni je lah... Lainlah kalau kamu dah ke arah pemikiran perkahwinan~ Kamu kena teliti lagi dalam memilih ni, kerana kita memang tak mahu kadar perceraian bertambah meningkat di dunia ni~ Kahwin biarlah hanya sekali~ Hehehe... Kalau berkali2 tu..bonus lar tu...

Comments

Popular posts from this blog

Tips-Tips Sebelum, Semasa, Selepas Menduduki Peperiksaan

Hai Kawan2... Baru2 ni, ada sorang kawan Nanai minta tips camne nak menduduki peperiksaan.... Dia ni nak duduki SPM tahun ni.. Nak bagi tips soalan apa yang keluar, Nanai tak berani nak confirm pula... Jadi, senarai dibawah ni lah yang Nanai mampu tolong yer... Hehehe.. Kepada sesiapa yang akan mengambil PMR/SPM/STPM tahun ni, bolehlah manfaatkan tips yang kat bawah nanti yer.. bagi yang tak ambil peperiksaan tergempar camtu, boleh juga praktikan semasa peperiksaan biasa, supaya nanti bolehlah dijadikan tabiat yang baik..... Sebelum, Semasa dan Selepas Menduduki Peperiksaan.. . Jom, kita tengok apa yang patut ker tak patut atau perlu ke tak perlu dibuat yer... {SEBELUM MENDUDUKI  PEPERIKSAAN} Beberapa bulan sebelum peperiksaan, (seteruk-teruknya bermula bulan Jun, ni untuk pelajar yang malas buat persediaan awal lah) .. Nanai nasihatkan supaya: Minta maaf kepada semua cikgu yang mengajar korang. Yang ni lah kunci utamanya, sebab, pelajaran tu semua datang dari cikgu, ka...

Why Cats In Kuching Have Short Tails An Old Iban Folk Tale

Hello everyone, here I want to share one article that I take a shoot at The Cat Museum Petrajaya Kuching Sarawak. TITLE: WHY CATS IN KUCHING HAVE SHORT TAILS AN OLD IBAN FOLK TALE, Daylight Lautern By O.T.LI~  The story begin,             Long long ago, before anybody can remember, there weren't any cats in Kuching. But one day, a smart young tabby Tom Cat who lived in Singapore heard of a town named after his deceased great-aunt, a lady to whom he had been affectionately attached.             "I must make a pilgrimage to this place," he decided, waving his magnificent tail as he spake, "and place offerings at the foot of the monument they are certain to have erected in her pious memory."            He was, like many a young Tom, a man of a practical mind. He figured (correctly) that he would be the Cat of the Walk once he got to Kuching, and he assumed (also correctly...

Schedule Planning

Haar... Ni nak planning indah kalau balik ni... Yang Nanai rasa yang Nanai akan buat bila balik Sarawak nanti, mestilah antara perkara2 berikut..  Jumpa keluarga dulu... sayang mak n abak~  Mesti makan nasi goreng yang mak buat...  Keluar sekeluarga beli handphone baru untuk Nanai.. hehe.. Shopping dengan mak kat Satok@Saberkas@mana2.. Pergi Hopoh ambil kain lebihan..  Nak makan kolo mee.. Hari Ahad makan bak kut teh! (banyak dan sedap) Pergi gumpul tin, jana pendapatan.. Jumpa dengan kengkawans lama dan baru. Jumpa nenek dan datuk kat menua.  Ini sub scop perkara yang akan berlaku.. minor punya akan didalam apa yang patut... haha~ I LOVE SARAWAK! *~Jesus, bless my journey~*