Skip to main content

Demam Pesta Benak

Best tak Pesta Benak kat Sri Aman?? Mesti tersangat best kan? Ye lah... banyak orang dari seluruh pelusuk dunia datang, sehingga sesak bandar Sri Aman, pendek kata.. sampai Sri Jaya Park parking~ Hehehe... over pula~ Walaupun saya tak kesempatan ikut Pesta Benak tahun ni, tak pe juga.. tahun depan ada lagi~  Pesta Benak pun pesta benak juga.. tapi kesihatan dan keselamatan tu harus dijaga ye? Mana tak nyer.. banyak orang berpusu-pusu, tersentuh sana tersentuh sini... kan? berpeluh lagi, kepanasan ozon lagi... tambah lagi asap2 gerai2 yang memanggang, penuh dengan segala macam orang dan barang... Ni ada beberapa perkara yang harus diambil berat yer~ Terutamanya bila ikut Pesta Benak ni~

1. Pilih pakaian santai yang mantap. Bab yang ni, boleh juga ikut keselesaan, contohnya seluar jeans/ seluar pendek paras lutut/ seluar yang sependek-pendeknya.. ada angin yang sepoi2 bahasa, wah... selesanya... hehe.. baju t-shirt yang penuh dengan cartoon yang menarik~ Bagi yang mudah berpeluh, bolehlah pilih baju warna hitam/putih, untuk menutup basah2/peluh pada tempat yang tidak diingini.. OAG. supaya sentiasa yakin sepanjang pesta~ Jangan pula pakai baju dinner tuk pergi ke pesta pada waktu siang, kalau malam, takpe juga... hehe.. mana tahu ada dinner dengan pakwe/awek pada malam tu.. terserlahlah kecantikan/kehandsomeman... Kalau tak pun, nanti boleh beli baju baru kat situ.. pastu tukar kat toilet.

2. Pakai sunblock. Yang ni sangat penting bagi gadis2 yang suka sangat pakai seksi bila pergi ke Pesta Benak.. Sunblock sangat penting untuk elakkan diri menjadi sangat hitam ataupun sunburn~ Disamping itu, kalau tak mahu pakai sunblock, sekurang-kurangnya pakailah losyen NIVEA, supaya kamu sentiasa yakin walaupun dipancar matahari yang terik~ 

3. Bawa Payung/Topi. Kalau nak tengok orang berlumba perahu, mesti ada payung.. boleh kamu duduk santai2 mcm kat tepi pantai kat area Kubu Alice tu... Tambah lagi, kalau cuaca panas, boleh juga kamu melindungkan diri.. ataupun dengan confident berdiri di tepi wap tu tengok orang.. sebab orang yang tidak ada payung tu, diorang lepak bawah pokok yang rendang selalunya.. Kalau hujan pula, mana tahu nanti kamu share dengan orang.. kemudian nyanyi lagu, "under my umbrella, ela ela ela e e" Yang tak nak bawa topi, jangan risau, gerai2 ada banyak menjual topi.. murah jer topi, RM10 satu pun ada.. masa tu, memang semua remaja akan memakai topi yg sangat cantik/rugget designnya.. so, boleh tambah koleksi topi kat rumah~

4. Jangan Lupa Camera. Hah, yang ni jangan dilupakan, sebab kalau tak ada kamera, mesti kamu nanti tak ada kenangan Pesta Benak 2012, so, jangan lupa yang ni yer.. Mana tahu nanti kalau kamu jumpa kawan lama kamu waktu sekolah dulu, boleh juga, ambil kenangan di situ.. Tapi saya sangat yakin, handphone orang kat Sri Aman semua canggih kan? Semua boleh tangkap gambar... Hehehe.. buang lah lagu dalam handphone pada malam sebelum pergi tu, supaya memory card sentiasa cukup untuk mengambil gambar yang banyak-banyak~

5. Makanan/Minuman. Pada masa Pesta Benak, mesti banyak makanan dan minuman yang sedap2 kan? Wah~ Masa ni, nafsu makan melonjak-lonjak~ hehe... Kalau boleh, tengok dulu keadaan gerai tu, kalau rasa macam kotor sangat, elakkan diri membeli makanan/minuman di situ, ini untuk kesihatan korang juga.. takut kena keracunan makanan.. tapi, kalau hanya gerai dia yang ada menjual makanan tu, beli jer lah.. sebelum makan tu, doa dulu... mudah-mudahan, tidaklah keracunan makanan~ Nak jimat? Bawa sendiri air dari rumah~ Tak lah perlu beli banyak kali~

6. Mandi. Bila dah balik dari Pesta Benak, selain dari membelek-belek ole2 yang sudah dibeli tu, mesti MANDI. Ini adalah untuk mengelakkan kamu dari sakit ataupun terkena kuman/penyakit... mana tahu kamu tersentuh peluh2 orang ker... eeeiii..... ataupun ada orang kena penyakit campak.. percuma kamu terjangkit.. lainlah kalau kamu dah dicucuk dengan ubat penyakit campak tu.. yang penting, mesti mandi... wajib! 

So, dalam menyertai Pesta Benak di Sri Aman ni, kamu kena jaga diri kamu elok2 tau... semasa memandu dari Kuching/Miri/Sibu/Bintulu/mana2 tmpat lain ke sini, pastikan minyak kereta tu cukup, minyak hitam dah ditukar, bawa bateri lebih..memandu dengan cermat.. bawa duit lebih sebab ada banyak barang tuk dibeli~ hehe... Bila dah sampai sini, hati2 semasa melintas jalan tu, dompet kena jaga elok2.. takut nanti kena seluk~ Kalau ada tengok penyeluk saku ni, cepat2 tangkap dia.. Lagi satu, elakkan memakai barang kemas yang banyak~ bagi makcik2 yang suka pakai barang kemas emas... janganlah pakai.. bahaya... tau? Ingat~

Selamat Berpesta Benak~

Terbang di langit Burung Merpati, 
Cemburu melihat manusia mengayuh, 
Pesta benak menjelang lagi, 
Marilah datang.. Ayuuh ayuhh... 

Comments

Popular posts from this blog

Tips-Tips Sebelum, Semasa, Selepas Menduduki Peperiksaan

Hai Kawan2... Baru2 ni, ada sorang kawan Nanai minta tips camne nak menduduki peperiksaan.... Dia ni nak duduki SPM tahun ni.. Nak bagi tips soalan apa yang keluar, Nanai tak berani nak confirm pula... Jadi, senarai dibawah ni lah yang Nanai mampu tolong yer... Hehehe.. Kepada sesiapa yang akan mengambil PMR/SPM/STPM tahun ni, bolehlah manfaatkan tips yang kat bawah nanti yer.. bagi yang tak ambil peperiksaan tergempar camtu, boleh juga praktikan semasa peperiksaan biasa, supaya nanti bolehlah dijadikan tabiat yang baik..... Sebelum, Semasa dan Selepas Menduduki Peperiksaan.. . Jom, kita tengok apa yang patut ker tak patut atau perlu ke tak perlu dibuat yer... {SEBELUM MENDUDUKI  PEPERIKSAAN} Beberapa bulan sebelum peperiksaan, (seteruk-teruknya bermula bulan Jun, ni untuk pelajar yang malas buat persediaan awal lah) .. Nanai nasihatkan supaya: Minta maaf kepada semua cikgu yang mengajar korang. Yang ni lah kunci utamanya, sebab, pelajaran tu semua datang dari cikgu, ka...

Why Cats In Kuching Have Short Tails An Old Iban Folk Tale

Hello everyone, here I want to share one article that I take a shoot at The Cat Museum Petrajaya Kuching Sarawak. TITLE: WHY CATS IN KUCHING HAVE SHORT TAILS AN OLD IBAN FOLK TALE, Daylight Lautern By O.T.LI~  The story begin,             Long long ago, before anybody can remember, there weren't any cats in Kuching. But one day, a smart young tabby Tom Cat who lived in Singapore heard of a town named after his deceased great-aunt, a lady to whom he had been affectionately attached.             "I must make a pilgrimage to this place," he decided, waving his magnificent tail as he spake, "and place offerings at the foot of the monument they are certain to have erected in her pious memory."            He was, like many a young Tom, a man of a practical mind. He figured (correctly) that he would be the Cat of the Walk once he got to Kuching, and he assumed (also correctly...

Schedule Planning

Haar... Ni nak planning indah kalau balik ni... Yang Nanai rasa yang Nanai akan buat bila balik Sarawak nanti, mestilah antara perkara2 berikut..  Jumpa keluarga dulu... sayang mak n abak~  Mesti makan nasi goreng yang mak buat...  Keluar sekeluarga beli handphone baru untuk Nanai.. hehe.. Shopping dengan mak kat Satok@Saberkas@mana2.. Pergi Hopoh ambil kain lebihan..  Nak makan kolo mee.. Hari Ahad makan bak kut teh! (banyak dan sedap) Pergi gumpul tin, jana pendapatan.. Jumpa dengan kengkawans lama dan baru. Jumpa nenek dan datuk kat menua.  Ini sub scop perkara yang akan berlaku.. minor punya akan didalam apa yang patut... haha~ I LOVE SARAWAK! *~Jesus, bless my journey~*