Skip to main content

Posts

Showing posts from 2017

Dia Mencari Pengganti

Ada sebuah pertanyaan untuk saya minggu lepas, sampai harini masih di benak fikiran ini. Rasa kalau tak luahkan dalam blog ini, tak dapat tidur pula. Idea makin banyak mencurah-curah. Nak mulai dari mana pun tak tahu.. Alkisahnya, last week, ada kawan yang nak mengesyorkan atau memperkenalkan saya dengan seseorang. Tapi, belum kenal lagi tau. Cumanya, sekarang ni, aku tengah "tempatkan" diri aku di tempat di mana situasi yang bakal aku berada sekiranya aku katakan "ya". Beranganlah aku ni jadi artis. Pepatah orang zaman dahulu yang terbit bila teringat kat perkara ini. "Kalau memasak tu, jangan menyanyi; nanti kahwin dengan orang tua.." Dulu, masa tengok Dato'SN kahwin dengan Dato'K; adalah rasa terkejut sikit. Sebab dulu minat sangat dengan Dato'SN (Bilik ada poster DSN tau, ko ade?) , tak boleh pula cakap kenapa tak pilih orang bujang, kalau dah jodoh DSN dengan DK, harap diorang bahagia sampai akhir hayat. ND pun dah kahwin la...

Waktu Ini Bukan Waktu Ku

Hari ini, aku tidak pernah menyedari yang aku telah menyedari semua ini.  Ya, aku masih boleh belajar untuk terus setia. Waktu Tuhan By janice charlene & ruth julia Inspirational Worship Ada waktunya; Aku tak mempunyai sesiapa untuk mendengar apa kisah yang terjadi dalam hidup ku seharian. Dan bila ku pulang ke keluarga ku, mulut ku tidak terhenti untuk menceritakan semua yang terjadi pada sepanjang minggu itu kepada kedua orang tua ku. Bahkan, kadang-kadang otak ku menjadi keliru sebentar, entah dari mana aku ingin memulakan semua cerita itu. Ada juga hari bila; Aku harus membuat banyak perkara secara sendirian. Antaranya, makan sendiri, minum sendiri, tidur sendiri dan memandu sendiri dalam perjalanan 3 jam ke kampung halaman. Ada kalanya; Aku sangat sedih dengan keadaan sekeliling ataupun hati ku terguris dengan percakapan yang berkisarkan kurangnya kasih sayang. Super sad tapi tiada bahu untuk ku sandarkan kepala yang berbeban ini. Mengalirlah air m...

Kenapa Kahwin? Bila Kahwin?

*Warning.. Read it without judgement.* Harini Nai dan rakan sekerja pergi bandar sebab nak beli lauk pauk untuk jamuan esok. Dalam perjalanan tu, kitaorang dengar siaran Radio entah frequency apa. Tapi yang penting, diorang yang banyak celoteh itu lah. Topik yang dicelotehkan oleh Dj dan beberapa pemanggil tu berkenaan dengan "Bila Umur Berkahwin.." Ada lah sebut lelaki paling bagus kahwin bila umur 28 tahun.. Banyak lagi... Maaflah sebab tak berapa jelas nak terangkan sebab bila tengah dengar tu, borak pula dalam kereta, dah tu, beberapa kali keluar dari kereta sebab masuk kedai. Nak terus duduk dalam kereta tak boleh pula, kang tutup kedai, alamatnya tak makanlah kami esok.. Sambil tu, teringat lah kenangan dua tahun dulu. Tentang, kenapalah Nai kahwin awal. Banyak kawan ingat masa itu Nai pregnant, sebab tu kahwin awal. Sampai harini tak pregnant juga. Maklumlah, belum ada rezeki Tuhan bagi. Dalam hidup Nai, Nai letak kahwin sebagai matlamat hidup. Biasalah,...

Bercuti

Curiosity = Terlebih Caring

Malam ni kuat sangat rasanya nak bercerita tentang sorang mak cik ni. Tak pa lah kalau harini dia jadi watak utama yang berligar dalam fikiran aku ni. Nak kata aku rapat; tidak juga dengan mak cik ni, tapi kenal lah juga sebab nama dah mak cik aku..  Bukan mak cik yang kita jumpa kat pasar tu. Yang ini memang saudara.. Dan antara golongan busybody a.k.a. entena TV a.k.a. wartawan kawasan setempat. Kalau tak tengok dia awal pagi dah cari bahan berita memang tak sah... Tak nak lah busukkan mak cik ni, dah sedia busuk dah, nak tegur tak boleh pula, kang aku pula jadi bahan beritanya... Fuh! Minta jauh simpang 44.... Kita ni kadang-kadang memang perlu tahu mana satu curiosity dan mana satu caring. Haha.. Kalau korang baca ikut BM, confirm baca "C.A. - RING" caring.. Kayring ok... Caring. Aku fahamlah bila dah lama tak jumpa memang nak tanya berita apa semua kan? Biasanya pihak keluarga ini memang nak ambil tahu hal kita luar dan dalam. Kalau boleh,...

REDHA DOWNGRADING

Baru-baru ni, aku mengikuti satu bengkel bersama rakan-rakan sekerja ku. Di sini, aku menjadi pemerhati dan fikiran ku mulai terbuka untuk hanya mendengar. Tetapi, di dalam aku mendengar itu, aku tersedar tentang siapa aku diri ini. Aku mengaku aku bukan seorang pendendam, namun aku sentiasa menjadikan apa yang terjadi kepada ku sebagai satu pedoman bagi orang lain. Selain itu, aku cuba meletakkan "sekiranya" aku di tempat seseorang itu. Kadang-kadang masalah buat kita rasa teruk dan ingin berputus asa. Tapi janganlah pula terus nak bunuh diri bila ada masalah tu. Kematian memang tidak menyelesaikan apa-apa, namun, hidup pasti juga lelah untuk berusaha menyelesaikan "apa-apa" itu kan? Ya, aku yang menaip ini memang senang sebab ini hanya apa yang dibenak fikiran ku. Pasti ada yang mengatakan "Cuba kalau kena batang hidung sendiri??" Maaflah bila aku downgrade orang lain. Rasa macam orang itu dah tinggi sangat pendidikan, namun pemikirannya amat cetek. ...

Jika Aku Adalah

mereka. Kisah ini hanya imaginasi aku dan menjadi sebuah ilusi dimana apabila aku bangun dari mimpi, aku sebenarnya tidak bermimpi dan itu semua adalah nyata. Bila kita melihat kawan atau saudara kita yang kita sayangi atau kenali telah menunjukkan sekumit perasaan kemarahan atau keperitan yang terjadi dalam hidup mereka, pasti kita rasa entah apa ayat atau tindakan yang sebetulnya kan? Baru-baru ini, aku telah install semula aplikasi facebook dalam handphone ku dan macam-macam komen, status yang aku lihat. Kadang lucu, kadang menyedihkan, kadang menaikan semangat, kadang mengajar ku erti tabah dan kadang tu, aku merasakan kita yang menjadi manusia ini terlalu cepat menghukum seseorang. Apa kata, sebelum kita menyakiti orang itu, baik kita sakiti diri kita sendiri, jika kita merasakan sakit, apatah lagi orang lain? Namun, pasti dikalangan kita merasakan, "eh, dia yang telah sakiti aku terlebih dahulu, balas lah. Ini lah karma." Pernah dengar orang menyebut sedemikian? Sia...

My 7-Month Favorite Lovely Past Time

Hey! Happy New Year~ Kata orang, bila dah masuk tahun baru ini, Jangan pandang belakang lagi... Eerm, kalau tak pandang belakang, kenapalah kita nak belajar sejarah kan? Well.. baik ke buruk, itu dah sebahagian dari hidup kita. Kalau kita sendiri tak dapat terima, siapa lagi nak terima kan? Dalam kisah ini, saya nak kongsi lah beberapa moments yang jadi kesukaan saya yang pernah terjadi dalam hidup ini bersama "SI Dia". Siapa yang bertuah ni yer? Of course lah dia yang pernah wujud dan suddenly appeared lagi dalam hidup ini terutamanya pada tahun baru ini. Eh! Ya.. Tahun 2017 ini, saya akan masuk alam 25... So , one of the quarter of life almost been achieved.  1. TOLONG AJARKAN DIA     Masa ini, saya dan dia tak rapat, tapi saya dan abang sering mengejek orang, lebih-lebih bila nak guraukan orang tu atau nak buat dia ni rasa tersipu malu... Dalam ejekkan saya tu, saya nyanyikan lagu tu.. Best apa kalau tengok orang tu merah pipi.. Dipendekka...