mereka.
Kisah ini hanya imaginasi aku dan menjadi sebuah ilusi dimana apabila aku bangun dari mimpi, aku sebenarnya tidak bermimpi dan itu semua adalah nyata. Bila kita melihat kawan atau saudara kita yang kita sayangi atau kenali telah menunjukkan sekumit perasaan kemarahan atau keperitan yang terjadi dalam hidup mereka, pasti kita rasa entah apa ayat atau tindakan yang sebetulnya kan?
Baru-baru ini, aku telah install semula aplikasi facebook dalam handphone ku dan macam-macam komen, status yang aku lihat. Kadang lucu, kadang menyedihkan, kadang menaikan semangat, kadang mengajar ku erti tabah dan kadang tu, aku merasakan kita yang menjadi manusia ini terlalu cepat menghukum seseorang. Apa kata, sebelum kita menyakiti orang itu, baik kita sakiti diri kita sendiri, jika kita merasakan sakit, apatah lagi orang lain? Namun, pasti dikalangan kita merasakan, "eh, dia yang telah sakiti aku terlebih dahulu, balas lah. Ini lah karma." Pernah dengar orang menyebut sedemikian? Siapa lah kita untuk menghukum? Tapi siapa juga lah kita untuk terus dihina? Adakah merasa seperti dah tak ingin meneruskan hidup ini lagi? Apa yang aku tulis selanjutnya tidak berkaitan dengan orang yang masih hidup atau telah meninggal, semuanya hanya imaginasi aku sahaja.
ISTERI PERTAMA
Kami telah berkenalan lebih dari setahun dan menjadi pasangan kekasih sepanjang sesi persekolahan menengah. Maksudnya kami dah lama bersama, dari menengah sehingga ke kolej dan kini masing-masing telah bekerja. Ya, kami bahagia dan hampir sempurna rasanya bila bersama. Dikurniakan dengan seorang putera dan seorang puteri. Kami saling setia kepada pasangan. Kami bekerja dalam bidang yang sama, iaitu membuka perniagaan sendiri. Dengan itu, kami selalu ke luar negeri bersama-sama dan meninggalkan anak kami bersama dengan mak mertua aku. Mujur anak kami sangat baik dan mendengar kata walaupun kami jarang meluangkan masa bersamanya. Di sini aku sebagai ibu rasa sangat bersalah kepada kedua cahaya mata ku. Mungkin kerana telah lama bersama, ya, sejak dari bangku sekolah lagi, kami dah bercinta, mengetahui hati budi masing-masing dan sangat menghargai diri kami sebagai pasangan. Dan bila perempuan lain melihat, mungkin mereka akan rasa sangat cemburu pada ku. Tapi, ke mana hendak lari sekiranya ujian kehidupan ini hendak terjadi? Dipendekkan cerita, kami bekerja dari jam 8am sehingga 6pm. Kadang-kadang jika perlu, memang perlu berjumpa dengan client ataupun kontraktor. Kami masing-masing menjana lebih 20k sebulan kerana itu adalah limit yang kami letak sendiri sebagai bos di syarikat sendiri. Oh ya, kami membuat bisnes import export alkohol dari negara luar. Mesti terdetik di hati, bila bersama dengan client, kita pergi minum selepas buat kerja atau perjumpaan, kita akan macam menyukai orang lain yang bersama dengan kita. Kata nya bila membuat pengakuan kepada ku, "Nak juga rasa yang lain.."
Dengan sebak aku hanya mampu mendengar. Di sini fikiran ku bercelaru, adakah aku harus pertahankan? Lepaskan diri? Maafkan?
Bila aku merasakan bagaimana rasa kecewa, sakit, tapi aku juga mengerti. Seperti mana dia, seperti mana aku, masing-masing membuat wang yang banyak, dan begitu juga orang sekeliling yang hanya berminat dengan wang ringgit yang kami buat bersama itu, ingin mendapatkan wang itu walau sekecil mana pun jumlah itu. Aku wanita, aku juga ingin mendua setelah dia juga mendua, dan aku pun mendua.
Aku adalah seorang wanita yang menjadi isterinya buat kali pertama. Di setiap kejayaannya ada aku. Tapi semua ini adalah sebelum itu. Entah dimanakah silap aku sehingga ada jurang ataupun ruang sehingga ada orang lain ?
Marah? Mesti aku pernah marah kerana hal ini, namun adakah aku mampu mengubah apa-apa? Aku kena mempertahankan anak-anak aku. Andaikan kami berpisah, usia aku telah mencecah awal 40an untuk ku meneruskan sisa hidup ini dan bakal membebankan, merumitkan lagi keadaan yang sedia ada. Suami ku mengusulkan bahawa dia akan terus bersama kami berdua. Tidak akan membuat aku merasakan aku diduakan atau sedih. Katanya, "kita masih macam dahulu, cuma minta agar kamu lupakan apa yang telah saya lakukan dengan dia, tolong.. demi semua pengorbanan kita, dan pasti kamu juga ingin aku bahagia dan sedikit sebanyak menghilangkan stress dek kerja yang banyak.. jangan biar anak kita mengetahui hal ini, ya?" aku hanya mampu mengangguk dan bersihkan diri sebelum tidur. Entah betul atau tidak perbuatan ku ini? Namun, aku tidak merasakan aku mampu menanggung malu sekiranya kami berpisah.. Dan andai kami berpisah, dimana kah aku akan mendapatkan kasih sayang seorang suami? Sekiranya aku berkahwin lagi, pasti mereka itu hanya mahukan wang aku sahaja.. Dan bila hal begini berlaku lagi, apakah tindakan aku?
Aku berdiam diri.... Ini adalah kisah bila aku adalah seorang yang berkerjaya dan dilukai oleh orang yang ku cinta.
MADU KU
Madu ku seorang yang cantik. 5 tahun lebih muda dari ku. Seorang yang bekerjaya sederhana dan mampu menampung hidupnya dan ditampung menjadi lebih berjaya oleh suami ku. Aku mengenalinya dan dia mengenali aku atas urusan kerja. YA, disitu lah, keakraban kami telah membuatkan berlakunya perselisihan ini dan aku tak mampu membayangkan bila mana suami ku menyentuhnya apabila mereka bersama. Namun aku faham niat sebenarnya, mungkin juga tidak sengaja dan pastinya suami ku mempunyai satu personaliti yang memang memikat orang yang bersamanya.
Aku tidak menyalahkan dia sepenuhnya dalam hal ini kerana aku yang tidak pandai menjaga suami... Aku juga merasa bahagia, syukur dan mengharapkan sekiranya umur ku tidak panjang, aku sangat berharap yang suami ku sudah ada insan lain yang dia boleh harapkan.
Semakin hari, kita semakin tua. Kita tidak mampu untuk mengatakan tidak sekiranya ajal sudah menjemput. Aku hanya menunggu mati dalam kehidupan ku ini.
Seandainya, seandainya... aku setabah seperti yang aku ceritakan di sini.

Comments