Malam ni kuat sangat rasanya nak bercerita tentang sorang mak cik ni. Tak pa lah kalau harini dia jadi watak utama yang berligar dalam fikiran aku ni. Nak kata aku rapat; tidak juga dengan mak cik ni, tapi kenal lah juga sebab nama dah mak cik aku.. Bukan mak cik yang kita jumpa kat pasar tu. Yang ini memang saudara.. Dan antara golongan busybody a.k.a. entena TV a.k.a. wartawan kawasan setempat. Kalau tak tengok dia awal pagi dah cari bahan berita memang tak sah... Tak nak lah busukkan mak cik ni, dah sedia busuk dah, nak tegur tak boleh pula, kang aku pula jadi bahan beritanya... Fuh! Minta jauh simpang 44....
Kita ni kadang-kadang memang perlu tahu mana satu curiosity dan mana satu caring. Haha.. Kalau korang baca ikut BM, confirm baca "C.A. - RING" caring.. Kayring ok... Caring. Aku fahamlah bila dah lama tak jumpa memang nak tanya berita apa semua kan? Biasanya pihak keluarga ini memang nak ambil tahu hal kita luar dan dalam. Kalau boleh, cerita dalam kelambu tu pun diorang nak tahu. Gatal juga hati ini nak marah, tapi bila fikir balik, senyum kambing sahaja lah... Hehe.. Macam mana senyum kambing tu yer? Macam korang senyum sekarang lah.
SEMALAM... Dah terang lagi bersuluh.. Tiba-tiba sahaja tanya macam rapat sangat dengan aku sampai nak tahu hal aku dan ehem aku. Aku rasa tak sesuai lah memanjangkan perbualan aku. Acuh tak acuh jer menjawab. Lagipun aku tak suka kongsi hal personal aku dengan orang yang aku tak percaya apatah lagi dengan orang yang bersifat busybody ini. Dikhuatiri cerita yang didengar tadi bakal dihebahkan. Lain lah kalau tulis dalam blog ini, keyboard worrier je yang perlu ditakuti.
Bila dah tahu ada orang yang nak korek rahsia aku, of course lah aku tukar topik... Bagi yang bertuah tu, memang aku sakat balik.. Macam mana pun, apa pun keadaan, aku tetap perlu jaga nama baik aku, abak dan mak aku, keluarga aku dan bakal keturunan aku agar kelak cerita yang aku sampaikan kelak takkan memalukan mana-mana pihak.
Ada ke patut entah dari mana... cerita aku ni sekarang kerja kat Sabah... Ish.. Ish...

Comments