Skip to main content

REDHA DOWNGRADING

Baru-baru ni, aku mengikuti satu bengkel bersama rakan-rakan sekerja ku. Di sini, aku menjadi pemerhati dan fikiran ku mulai terbuka untuk hanya mendengar. Tetapi, di dalam aku mendengar itu, aku tersedar tentang siapa aku diri ini. Aku mengaku aku bukan seorang pendendam, namun aku sentiasa menjadikan apa yang terjadi kepada ku sebagai satu pedoman bagi orang lain. Selain itu, aku cuba meletakkan "sekiranya" aku di tempat seseorang itu.

Kadang-kadang masalah buat kita rasa teruk dan ingin berputus asa. Tapi janganlah pula terus nak bunuh diri bila ada masalah tu. Kematian memang tidak menyelesaikan apa-apa, namun, hidup pasti juga lelah untuk berusaha menyelesaikan "apa-apa" itu kan? Ya, aku yang menaip ini memang senang sebab ini hanya apa yang dibenak fikiran ku. Pasti ada yang mengatakan "Cuba kalau kena batang hidung sendiri??"

Maaflah bila aku downgrade orang lain. Rasa macam orang itu dah tinggi sangat pendidikan, namun pemikirannya amat cetek. Mungkin dosa kita lain-lain tapi apa hak yang kita ada untuk downgrade orang lain pula? Bila jadi begini pada aku sendiri, aku betul-betul cuba untuk memaafkan dan melupakan. Aku bukan seorang pendendam. Bila kena cemuh dari orang yang seperti mereka sungguh bersih dari dosa, ada satu suara hati yang menyalur ke dalam pemikiran aku, aku tak tahu bagaimana proses itu boleh berlaku tetapi ini lah apa yang aku rasakan. Seperti aku ketawa sinis sendiri melihat gelagat mereka dan kadang-kadang, aku bersyukur kepada Tuhan sebab banyak menutup aib dan dosa aku walaupun bila kena tuduh benda yang aku tak buat; aku pilih untuk berdiam diri sahaja.

Mungkin penilaian aku terhadap orang itu salah. Namun, ada juga orang yang beraksi seperti tidak bersalah, sedangkan mereka lah punca semua terjadinya kekalutan ini, entah apa motif mereka buat begini? Adakah ini orang yang aku kenali selama ini? Amarah yang dipendam, disimpan, akhirnya mereka melatah dan melukai hati orang lain dengan niat menyindir, tetapi, tidak kah mereka sedar bahawa orang lain yang mendengar itu pun akan turut terluka?

Ada satu kesedaran pada penghujungnya nanti. Entah lah kalau kamu semua sedar atau tidak sekiranya pernah merasakan begini. Bila dah sampai satu penyelesaian masalah itu, kita akan perasan, siapa yang setia memberi sokongan malah mungkin ada yang sanggup berkorban demi memperbaiki keadaan sekeliling. Masa itu lah kita nampak hikmah disebalik semua kesusahan itu. Mulanya kita tak sedar betapa rumitnya jalan hidup kita yang Tuhan bagi kepada kita, atau apa kesannya setiap liku kehidupan dari jalan yang kita pilih?

Bila umur dah semakin meningkat, aku rasa macam bergaduh melayan amarah itu meletihkan dan those negative vibes only bring me pain. So, aku pilih jalan untuk elakkan semua ini. Ya, kita tak boleh nak ubah sikap orang lain, atau bagaimana mereka berfikir ataupun apa persepsi mereka, Kita tak ada kuasa pun nak buat macam itu. Lainlah kalau ada superpower untuk mengubah fikiran orang. Bahkan orang yang pukau memukau terpukau pun hanya untuk mendapatkan wang ringgit dari segi cara yang negatif sahaja. Tak pernah pula nampak apa kebaikan dari semua tu?

Akhir bicara, mungkin aku bukan dalam keadaan yang paling teruk ketika ini.

1) Aku masih bersyukur bahawa aku dan pasangan cuma berjauhan dan masing-masing masih hidup. Ada yang lebih teruk dari ini, pasangan meninggal dan ditinggalkan sendirian. Bayangkan bagaimana nak teruskan hidup ini bersama orang lain bila pasangan itu terlalu baik dan meninggal dunia atau mati sahaja jalan dia tak bersama kita? See?

2) Aku masih nyenyak tidur walaupun katil dan tilam hanya cukup untuk badan ku sahaja. Entah di luar tu, mungkin ada yang beralaskan kotak kosong sahaja.

3) Aku bersyukur aku mempunyai keluarga yang memahami dan supportive untuk aku hidup bahagia. Maaf sekiranya kamu semua dah kehilangan sebarang ahli keluarga.

4) Walaupun aku belum mempunyai cahaya mata dari rahim ku sendiri. Aku bersyukur bila budak-budak suka bermain dan bermanja dengan aku di sini.

5) Aku percaya kata-kata yang dimuntahkan semasa marah sentiasa membawa lebih keburukkan dari kebaikkan. Aku masih belajar menjadi seorang yang REDHA.

Comments

Popular posts from this blog

Tips-Tips Sebelum, Semasa, Selepas Menduduki Peperiksaan

Hai Kawan2... Baru2 ni, ada sorang kawan Nanai minta tips camne nak menduduki peperiksaan.... Dia ni nak duduki SPM tahun ni.. Nak bagi tips soalan apa yang keluar, Nanai tak berani nak confirm pula... Jadi, senarai dibawah ni lah yang Nanai mampu tolong yer... Hehehe.. Kepada sesiapa yang akan mengambil PMR/SPM/STPM tahun ni, bolehlah manfaatkan tips yang kat bawah nanti yer.. bagi yang tak ambil peperiksaan tergempar camtu, boleh juga praktikan semasa peperiksaan biasa, supaya nanti bolehlah dijadikan tabiat yang baik..... Sebelum, Semasa dan Selepas Menduduki Peperiksaan.. . Jom, kita tengok apa yang patut ker tak patut atau perlu ke tak perlu dibuat yer... {SEBELUM MENDUDUKI  PEPERIKSAAN} Beberapa bulan sebelum peperiksaan, (seteruk-teruknya bermula bulan Jun, ni untuk pelajar yang malas buat persediaan awal lah) .. Nanai nasihatkan supaya: Minta maaf kepada semua cikgu yang mengajar korang. Yang ni lah kunci utamanya, sebab, pelajaran tu semua datang dari cikgu, ka...

Why Cats In Kuching Have Short Tails An Old Iban Folk Tale

Hello everyone, here I want to share one article that I take a shoot at The Cat Museum Petrajaya Kuching Sarawak. TITLE: WHY CATS IN KUCHING HAVE SHORT TAILS AN OLD IBAN FOLK TALE, Daylight Lautern By O.T.LI~  The story begin,             Long long ago, before anybody can remember, there weren't any cats in Kuching. But one day, a smart young tabby Tom Cat who lived in Singapore heard of a town named after his deceased great-aunt, a lady to whom he had been affectionately attached.             "I must make a pilgrimage to this place," he decided, waving his magnificent tail as he spake, "and place offerings at the foot of the monument they are certain to have erected in her pious memory."            He was, like many a young Tom, a man of a practical mind. He figured (correctly) that he would be the Cat of the Walk once he got to Kuching, and he assumed (also correctly...

Schedule Planning

Haar... Ni nak planning indah kalau balik ni... Yang Nanai rasa yang Nanai akan buat bila balik Sarawak nanti, mestilah antara perkara2 berikut..  Jumpa keluarga dulu... sayang mak n abak~  Mesti makan nasi goreng yang mak buat...  Keluar sekeluarga beli handphone baru untuk Nanai.. hehe.. Shopping dengan mak kat Satok@Saberkas@mana2.. Pergi Hopoh ambil kain lebihan..  Nak makan kolo mee.. Hari Ahad makan bak kut teh! (banyak dan sedap) Pergi gumpul tin, jana pendapatan.. Jumpa dengan kengkawans lama dan baru. Jumpa nenek dan datuk kat menua.  Ini sub scop perkara yang akan berlaku.. minor punya akan didalam apa yang patut... haha~ I LOVE SARAWAK! *~Jesus, bless my journey~*