Skip to main content

My 7-Month Favorite Lovely Past Time

Hey! Happy New Year~

Kata orang, bila dah masuk tahun baru ini, Jangan pandang belakang lagi... Eerm, kalau tak pandang belakang, kenapalah kita nak belajar sejarah kan? Well.. baik ke buruk, itu dah sebahagian dari hidup kita. Kalau kita sendiri tak dapat terima, siapa lagi nak terima kan?

Dalam kisah ini, saya nak kongsi lah beberapa moments yang jadi kesukaan saya yang pernah terjadi dalam hidup ini bersama "SI Dia". Siapa yang bertuah ni yer? Of course lah dia yang pernah wujud dan suddenly appeared lagi dalam hidup ini terutamanya pada tahun baru ini. Eh! Ya.. Tahun 2017 ini, saya akan masuk alam 25... So, one of the quarter of life almost been achieved. 

1. TOLONG AJARKAN DIA
    Masa ini, saya dan dia tak rapat, tapi saya dan abang sering mengejek orang, lebih-lebih bila nak guraukan orang tu atau nak buat dia ni rasa tersipu malu... Dalam ejekkan saya tu, saya nyanyikan lagu tu.. Best apa kalau tengok orang tu merah pipi.. Dipendekkan cerita, oklah, dia datang dan tanya kalau-kalau saya dapat ajar dia sebuah lagu yang ada menyebut nama gadis yang dia suka. Lagu tu lagu Antz - Lydia. Perh, kena puji doh... suara merdu... dan ketekunan keituk-an saya mengajar dengan penuh sabar. 

Favourite: Saya kena puji~

2. HADIAH PERTAMA
    Dekat-dekat awal bulan Februari, dia clash la pula dengan awek ini... Opps. Aweks.. Ada dua awek, ok? Sorang tu tolak dia, sorang lagi tu belum nak terima dia. Tapi dalam planning lar... eh, bukan planning.. Masih fikir lagi... Antara dua awek tu bukan saya tau! Jadi, pada 14 Februari tu, saya beranikan diri, untuk meluahkan... eh, tak tak tak.. bukan meluahkan... Saya cuma menunjukkan perbuatan saya kepada si dia. Saya bagi dia coklat yang satu-satunya saya miliki pada malam tu. Coklat bentuk "LOVE"... Ketuh-ketuh asai jantung.

Favourite: Saya pula dapat coklat "LOVE" dari seseorang lelaki yang saya tak sangka dia akan bagi saya.. Tapi dah lama dia menaruh perasaan kat saya.. Si Valentine. Dalam diam, ternyata wujud cinta 3 segi. 

3. KAD KEDUA DAN GELANG PERTAMA ; KAD PERTAMA
    Yang ini sebab dia nervous... Oleh itu, dia rahsiakan dulu Kad Pertama. Dibaginya Kad Kedua dan hadiah pertama iaitu Gelang Tangan pada hari jadi saya.. Yer.. Kalau saya sudi terima, dia suruh saya tandakan maksud saya dengan memakai gelang tersebut pada keesokan hari, andai tak setuju, simpan sahaja.. Pastu... agak-agak saya pakai tak? Mestilah.... pakai... 

Favourite: Saya dapat Kad Pertama iaitu Kad Valentine's Day yang dia memang nak bagi kat saya selepas saya dapat hadiah birthday tu. Tapi, takut ditolak... Ya kan? Tak kisah lah kalau kad tu dia nak bagi kat orang lain ke apa... Yang penting, orang yang memilikinya yang penting!

4. SMS TIDAK BERBAYAR
    Ok, yang ini agak lucu dan praktikal. Kami sama-sama kat ruang tamu, oleh kerana malu nak bercakap.. Jadi, ambil handphone satu, kemudian taip kat situ apa nak dicakap, kemudian pass ... kemudian pass.. balas... pass.... sampai boleh ketawa sendiri... 

Favourite: Jimat kredit.... bukan Jimat.... tapi kedekut dan terlampau malu...

5. CIUMAN PIPI
    Mengejut!!! Ok, dia mengeletek saya.. Saya yang ketawa ini mengeliat menahan kegelian digeletek tu.. Disebabkan saya ini teramat comel dengan gelagat saya begitu.. dia dengan spontannya mencium pipi saya... Saya yang tak pernah dicium.. APA LAGI?! Cium balik? Mana........ terus lari ke dalam bilik selepas tu...

Favourite: Perasaan saya yang bercampur baur... Aduh.. inikah perasaan kali pertama dicium?

6. PERCINTAAN JARAK JAUH
    Dulu, ada handphone, tapi takda wassapp atau wechat.. Internet pun mahal.. Nak beli kredit? Belum kerja lagi.. Nampaknya, dah dari dulu lagi macam ni... Disebabkan dah terbiasa dengan relationship macam ini. Kirim surat, tunggu surat.. jumpa dua tiga kali setahun... Lebih-lebih lagi masa cuti sekolah sahaja.. Akhirnya, putus. Oh ya, kenapa boleh Pjj?? Pindah sekolah sebab dia pandai sangat..

Favourite: Kalau tak alami ini, mungkin saya memang tak yakin dapat berkahwin jarak jauh.. Apakan daya? Jodoh tak kesampaian dan sekali lagi, sejarah mungkin berulang..
    
7. PUTUS CINTA KALI PERTAMA
   Ish..ini lah part yang orang selalu cakap.. "Kau mengajar ku erti rindu dan kau jugalah mengajar ku erti benci.." Uu... my first love won't be around... Walau banyak yang tak suka J.Bieber, lagu "Baby" dia memang tip top la.. Entah siapa yang gubah?.. 

Favourite: Dah pernah sakit hati sekali... Dah tahu dah rasa dia macam mana kan? Dah tahu cinta tu kadang-kadang menyakitkan... nak juga bercinta kan? Tak serik-serik lagi ke??? 

Memang lah indah manis awal percintaan.. Bila dah sampai penghujungnya, mesti rasa pahit kan? Rasa nak buang jer... Nak teruskan pun tak guna rasanya.... Rasanya... Tapi, bila difikirkan sebetulnya... Bukan bahagianya selepas dia tak ada, tapi... Dapatkah teruskan hidup tanpa dia? Kalau.... kalau punca itu bukan dari kesalahan? Tapi memang dah suratan takdir, bagaimana nak teruskan hidup tanpa dia?? Nasib sorang-sorang tak sama..

Perempuan boleh je temankan lelaki tu dari tak ada apa-apa sampailah dia berjaya.. Tapi akhirnya perempuan tu kena tinggal.. kan?

Kalau umur panjang, boleh jumpa lagi dalam tahun baru yang akan datang! Please cross our palm next time. May this new year bring new happiness and fortune in your life!

Comments

Popular posts from this blog

Tips-Tips Sebelum, Semasa, Selepas Menduduki Peperiksaan

Hai Kawan2... Baru2 ni, ada sorang kawan Nanai minta tips camne nak menduduki peperiksaan.... Dia ni nak duduki SPM tahun ni.. Nak bagi tips soalan apa yang keluar, Nanai tak berani nak confirm pula... Jadi, senarai dibawah ni lah yang Nanai mampu tolong yer... Hehehe.. Kepada sesiapa yang akan mengambil PMR/SPM/STPM tahun ni, bolehlah manfaatkan tips yang kat bawah nanti yer.. bagi yang tak ambil peperiksaan tergempar camtu, boleh juga praktikan semasa peperiksaan biasa, supaya nanti bolehlah dijadikan tabiat yang baik..... Sebelum, Semasa dan Selepas Menduduki Peperiksaan.. . Jom, kita tengok apa yang patut ker tak patut atau perlu ke tak perlu dibuat yer... {SEBELUM MENDUDUKI  PEPERIKSAAN} Beberapa bulan sebelum peperiksaan, (seteruk-teruknya bermula bulan Jun, ni untuk pelajar yang malas buat persediaan awal lah) .. Nanai nasihatkan supaya: Minta maaf kepada semua cikgu yang mengajar korang. Yang ni lah kunci utamanya, sebab, pelajaran tu semua datang dari cikgu, ka...

Why Cats In Kuching Have Short Tails An Old Iban Folk Tale

Hello everyone, here I want to share one article that I take a shoot at The Cat Museum Petrajaya Kuching Sarawak. TITLE: WHY CATS IN KUCHING HAVE SHORT TAILS AN OLD IBAN FOLK TALE, Daylight Lautern By O.T.LI~  The story begin,             Long long ago, before anybody can remember, there weren't any cats in Kuching. But one day, a smart young tabby Tom Cat who lived in Singapore heard of a town named after his deceased great-aunt, a lady to whom he had been affectionately attached.             "I must make a pilgrimage to this place," he decided, waving his magnificent tail as he spake, "and place offerings at the foot of the monument they are certain to have erected in her pious memory."            He was, like many a young Tom, a man of a practical mind. He figured (correctly) that he would be the Cat of the Walk once he got to Kuching, and he assumed (also correctly...

Schedule Planning

Haar... Ni nak planning indah kalau balik ni... Yang Nanai rasa yang Nanai akan buat bila balik Sarawak nanti, mestilah antara perkara2 berikut..  Jumpa keluarga dulu... sayang mak n abak~  Mesti makan nasi goreng yang mak buat...  Keluar sekeluarga beli handphone baru untuk Nanai.. hehe.. Shopping dengan mak kat Satok@Saberkas@mana2.. Pergi Hopoh ambil kain lebihan..  Nak makan kolo mee.. Hari Ahad makan bak kut teh! (banyak dan sedap) Pergi gumpul tin, jana pendapatan.. Jumpa dengan kengkawans lama dan baru. Jumpa nenek dan datuk kat menua.  Ini sub scop perkara yang akan berlaku.. minor punya akan didalam apa yang patut... haha~ I LOVE SARAWAK! *~Jesus, bless my journey~*