Ada sebuah pertanyaan untuk saya minggu lepas, sampai harini masih di benak fikiran ini. Rasa kalau tak luahkan dalam blog ini, tak dapat tidur pula. Idea makin banyak mencurah-curah. Nak mulai dari mana pun tak tahu..
Alkisahnya, last week, ada kawan yang nak mengesyorkan atau memperkenalkan saya dengan seseorang. Tapi, belum kenal lagi tau. Cumanya, sekarang ni, aku tengah "tempatkan" diri aku di tempat di mana situasi yang bakal aku berada sekiranya aku katakan "ya". Beranganlah aku ni jadi artis.
Pepatah orang zaman dahulu yang terbit bila teringat kat perkara ini.
"Kalau memasak tu, jangan menyanyi; nanti kahwin dengan orang tua.."
Dulu, masa tengok Dato'SN kahwin dengan Dato'K; adalah rasa terkejut sikit. Sebab dulu minat sangat dengan Dato'SN (Bilik ada poster DSN tau, ko ade?), tak boleh pula cakap kenapa tak pilih orang bujang, kalau dah jodoh DSN dengan DK, harap diorang bahagia sampai akhir hayat.
ND pun dah kahwin lagi selepas 8 tahun hidup sendiri; mujur jumpa NN. YKRU pun jumpa LS; oh! Yang ni minat sangat masa muda dulu, tapi sekarang sedarlah saya langit tinggi rendah, mana layak dengan dorang tu semua.
Eh. Lari dari track pula..
Orang ni lingkungan 60an. Maksudnya mungkin sama umur dengan ibu bapa saya dan semestinya lebih 25 tahun tua dari saya. Saya tak typical sangat, tapi banyak yang perlu saya consider.
1. Umur
10-12 tahun tua dari saya, saya boleh pertimbangkan lagi. Kalau dah 25 tahun tu, kalau memang itu jodoh saya, nak buat macam mana...
2. Anak
Dia dah ada anak bujang anak dara; yang paling muda masih di bangku sekolah. Saya kena consider nak ke anak diorang ni dengan saya, takut pula kalau nanti terjatuh cinta dengan anak tiri sendiri. OMG! shu shu!
3. Bekas Isteri/Keluarga/Besan
Ok, bab ini, saya kena kuat. Harap takda lah fitnah apa-apa. Tapi itu lah, confirm ada nanti yang cakap lain-lain. Entah-entah diorang ini cakap saya kena santau nak pula dengan orang tua. Atau ada pula orang cop saya ini perampas ke apa... Oh, otak ku.
4. Harta
Erm. Kalau umur dah meningkat tu, pastilah dah ada harta pusaka yang banyak kan? Tapi, dalam keadaan yang sama, kena consider juga isteri pertama, kedua, ketiga, keempat dan kelima. Ohho~ Cakap saja. "Eleh, tu gatal nak kahwin dengan duda orang tu sebab nak harta jer lah tu.." Oh Kak Nap, sudah-sudahlah nak mengato orang noh.
5. Hidup dan Mati
Hidup mati ini manusia susah nak tentukan. Maka, dengan itu, saya tak nak sentuh bab ini. Serahkan kepada Tuhan sahaja.
Rumusan: Bukan saya tak sudi, tetapi saya tidak juga sudi. Kembali ke "ngiga ipak diri"; saya harap sesiapa yang akan saya jumpa dalam hidup ini sebagai teman hidup biarlah berkekalan walaupun hati manusia ini sering berubah-ubah.
Yang muda 6 tahun dulu tu, dah tak berminat dengan saya.. Haha.
Dah, siap. Nak tidur dah ni. Selamat malam.
Comments