BERdiri DIKAki sendiRI
P.E.R.S.E.K.O.L.A.H.A.N.
Hidup saya sangat sinonim dengan BERDIKARI.
~SewaktuTadika~
Balik jalan kaki dari simpang Taman Gamang ke rumah kat Lorong 6, bersama teman permainan ku, Dexter Chris a.k.a. Lungka, juga merupakan jiran ku pada masa itu.
~SewaktuSekolahRendah~
Balik jalan kaki dari simpang Taman Gamang ke rumah kat Lorong 6, bersama Ibi Gibreson (Abang), Victoria Edmund (Jiran) dan Chipper Edmund (Jiran).
Pernah sekali balik ke rumah jalan kaki dari Tuisyen kat Zhen Chuo Lik(xtau spelling betul x) ke rumah sebab bapa lupa nak jemput petang tu...
~SewaktuSekolahMenengah~
Tingkatan 1 dan 2, masih naik motosikal 3 orang (bapa, abang dan saya)...
Tingkatan 2, naik motosikal juga...tapi bapa akan menghantar saya balik dulu, kemudian menjemput abang sekali lagi ke sekolah... <Pengorbanan Seorang Bapa>
Bila bapa pergi outstation, emak akan menjemput kami... tapi kena jalan kaki dulu sehingga bunyi hon dibunyikan menandakan mak sudah datang dengan kereta... Selepas menghantar kami balik ke rumah, mak bergesa-gesa balik ke tempat kerja sebab tadi meninggalkan konti untuk menjemput kami balik dari sekolah.. <Pengorbanan Seorang Ibu>
Tingkatan 3, abang sudah ada motosikal, jadi tumpang abang jer lah... <Pengorbanan Seorang Abang>
Tingkatan 4, diri sendiri naik motosikal ke sekolah.. <Pengorbanan Diri Sendiri>
Tingkatan 5, kalau hujan, drive kereta.. parking kat Benak Corner, jalan kaki naik ke sekolah..kalau tak hujan, naik motosikal ler..
~SekarangPengajianTinggi~
Naik pengangkutan awam yang disediakan untuk pergi ke kolej~
Bersyukur!
Kerana anggota badan ku masih berfungsi dengan baik dan masih setia bersama ku..
Comments