Skip to main content

Ingatkan Dia


Ok! Sekarang ni, saya tengah dengar lagu Wings - Ingatkan Dia sambil menulis entry ini. Entah kenapa malam ini, rasa kuat sangat untuk saya tulis tentang ini. Dan pada 28 jun, saya telah tweetkan seperti yang di atas.

Korang pernah tak bila terbaca sesuatu artikel @ quotes @ dengar lagu @ tengok drama.. Tiba-tiba teringat kat seseorang? Ini lah yang terjadi kat saya sekarang.. Bila seseorang itu tiba-tiba datang dalam fikiran, perasaan tu bercampur kan? Rasa rindu ada, marah pun ada, rasa sebak pun ada, entah-entah korang dengar lagu tu terus nyanyi serta dengan gimik-gimik microphone kat tangan kan? Hehe, perasan artis gitu!

Dan terasa sangat bila orang tu tengah jauh sekarang kan? Erm. Tiba-tiba pula ada idea, nak listkan dalam diary... agak-agak kalau dengar lagu yang ada dalam laptop ini... Berapa banyak orang yang boleh lintaskan diri dalam benak fikiran ni yer?

Entah kenapa... dalam lagu ini, ada tiga orang yang boleh dikisahkan dalam lagu ini...

Pertama : Pernah sekali, saya telah jatuh cinta dengan seorang lelaki ini, yang memang saya tak patut jatuh cinta pun. Sebab mulanya, saya hanya rasa selesa bersama dengan dia. Tapi, masing-masing tak katakan atau kemukakan perasaan "cinta" atau nak luahkan perasaan tu... Dan pada suatu hari tu, dia mengatakan bahawa "jangan cari saya lagi... Lagipun kita tak ada apa-apa hubungan.."  Dan pada masa itu, aduh! Kenapa rasa sakit ni? Baru perasaan yang saya telah jatuh cinta jatuh hati dengan dia...

Kedua : Ya, saya dah ada yang punya. Bila bersama dengan dia tu, memang rasa hanya dia yang dapat fahami saya. Dan, saya telah curangi kekasih saya untuk bersama dengan dia. Dan dengan itu, datang di benak fikiran ku... "Mengapa aku yang tidak setia?" Tapi semua dah terlambat...

Ketiga : Seseorang yang memang akan dimiliki saya. Saya masih mengoda dan dia tetap tergoda. Entah kenapa perasaan ini bercelaru bila memikirkan yang ketiga ini. Perasaan ingin dimiliki dan memiliki. Dan saya ingatkan dia...

Yer.... Macam betul jer apa yang saya merapu malam ni... Tak lah... Nama pun imaginasi sahaja. Kebenaran yang hanya kita-kita yang tahu... Dan kisah yang kita tulis sendiri mengikut peredaran masa dan ketentuan yang bakal diterima...

It's really hurt when the moments hit you!

Comments

Popular posts from this blog

Tips-Tips Sebelum, Semasa, Selepas Menduduki Peperiksaan

Hai Kawan2... Baru2 ni, ada sorang kawan Nanai minta tips camne nak menduduki peperiksaan.... Dia ni nak duduki SPM tahun ni.. Nak bagi tips soalan apa yang keluar, Nanai tak berani nak confirm pula... Jadi, senarai dibawah ni lah yang Nanai mampu tolong yer... Hehehe.. Kepada sesiapa yang akan mengambil PMR/SPM/STPM tahun ni, bolehlah manfaatkan tips yang kat bawah nanti yer.. bagi yang tak ambil peperiksaan tergempar camtu, boleh juga praktikan semasa peperiksaan biasa, supaya nanti bolehlah dijadikan tabiat yang baik..... Sebelum, Semasa dan Selepas Menduduki Peperiksaan.. . Jom, kita tengok apa yang patut ker tak patut atau perlu ke tak perlu dibuat yer... {SEBELUM MENDUDUKI  PEPERIKSAAN} Beberapa bulan sebelum peperiksaan, (seteruk-teruknya bermula bulan Jun, ni untuk pelajar yang malas buat persediaan awal lah) .. Nanai nasihatkan supaya: Minta maaf kepada semua cikgu yang mengajar korang. Yang ni lah kunci utamanya, sebab, pelajaran tu semua datang dari cikgu, ka...

Why Cats In Kuching Have Short Tails An Old Iban Folk Tale

Hello everyone, here I want to share one article that I take a shoot at The Cat Museum Petrajaya Kuching Sarawak. TITLE: WHY CATS IN KUCHING HAVE SHORT TAILS AN OLD IBAN FOLK TALE, Daylight Lautern By O.T.LI~  The story begin,             Long long ago, before anybody can remember, there weren't any cats in Kuching. But one day, a smart young tabby Tom Cat who lived in Singapore heard of a town named after his deceased great-aunt, a lady to whom he had been affectionately attached.             "I must make a pilgrimage to this place," he decided, waving his magnificent tail as he spake, "and place offerings at the foot of the monument they are certain to have erected in her pious memory."            He was, like many a young Tom, a man of a practical mind. He figured (correctly) that he would be the Cat of the Walk once he got to Kuching, and he assumed (also correctly...

Schedule Planning

Haar... Ni nak planning indah kalau balik ni... Yang Nanai rasa yang Nanai akan buat bila balik Sarawak nanti, mestilah antara perkara2 berikut..  Jumpa keluarga dulu... sayang mak n abak~  Mesti makan nasi goreng yang mak buat...  Keluar sekeluarga beli handphone baru untuk Nanai.. hehe.. Shopping dengan mak kat Satok@Saberkas@mana2.. Pergi Hopoh ambil kain lebihan..  Nak makan kolo mee.. Hari Ahad makan bak kut teh! (banyak dan sedap) Pergi gumpul tin, jana pendapatan.. Jumpa dengan kengkawans lama dan baru. Jumpa nenek dan datuk kat menua.  Ini sub scop perkara yang akan berlaku.. minor punya akan didalam apa yang patut... haha~ I LOVE SARAWAK! *~Jesus, bless my journey~*