Skip to main content

Posts

Showing posts from 2016

Ingatkan Dia

Ok! Sekarang ni, saya tengah dengar lagu Wings - Ingatkan Dia sambil menulis entry ini. Entah kenapa malam ini, rasa kuat sangat untuk saya tulis tentang ini. Dan pada 28 jun, saya telah tweetkan seperti yang di atas. Korang pernah tak bila terbaca sesuatu artikel @ quotes @ dengar lagu @ tengok drama.. Tiba-tiba teringat kat seseorang? Ini lah yang terjadi kat saya sekarang.. Bila seseorang itu tiba-tiba datang dalam fikiran, perasaan tu bercampur kan? Rasa rindu ada, marah pun ada, rasa sebak pun ada, entah-entah korang dengar lagu tu terus nyanyi serta dengan gimik-gimik microphone kat tangan kan? Hehe, perasan artis gitu! Dan terasa sangat bila orang tu tengah jauh sekarang kan? Erm. Tiba-tiba pula ada idea, nak listkan dalam diary... agak-agak kalau dengar lagu yang ada dalam laptop ini... Berapa banyak orang yang boleh lintaskan diri dalam benak fikiran ni yer? Entah kenapa... dalam lagu ini, ada tiga orang yang boleh dikisahkan dalam lagu ini......

Pelampung Bocor

"berakit ke hulu, berenang ke tepian, jumpa dia dahulu, jangan dikemudian." Melihat ke arah terbitnya matahari, tidak terasa aku sudah berada di sini lebih dari 1 tahun. Andainya kau ada bersama ku di sini, mungkin hidup tidak sesunyi begini. Oh! Entah kenapa harini, perasaan ku terasa bak berdebar dan ingin berjumpa. Dan bila ku pejamkan mata dan berdoa, si dia yang lain datang mengetuk pintu hati ini. Mengapa bukan engkau? Hidup kita berdua dipisahkan oleh lautan yang amat dalam dan jauh. Bagi orang yang bercinta, adakah lautan ini dapat direnangi? Mungkin kita dulu pernah menjanjikan "Lautan api pun sanggup ku renangi..." Namun, ternyata, kopi panas kau tiup juga sebelum menghirupnya...  Ya, aku mampu untuk datang dan menyempurnakan apa yang kurang pada engkau. Tapi, maafkan aku. Pelampung yang aku miliki kian bocor, menanti engkau di lautan ini dengan hasrat kau akan datang kembali. Bagaikan menanti lautan yang berapi.  Pelampung ku kian b...

Bekas, Bakal Bekas & Aku Yang Akan Dibekaskan!

Bekas apa tu? Banyak sangat bekas nih? Bekas macam container tu ke? Kalau korang yang tak pernah bercinta banyak kali tu, biasa orang panggil bekas kekasih atau bekas cinta ataupun nak lebih nak mantap lagi "EX". Ha, itu dia. Bagi orang yang memang banyak pengalaman bercinta ni, biasalah tu,  j ika  mempunyai banyak kekasih lama. Nak buat macam mana kan? Dah tiada  jodoh sebelum ni.  Dalam kes aku ni pula, aku dan bekas memang takda apa-apa lagi. Dah habis kan? Lagipun nak tengok atau ru juk  apa lagi, dah tahu perangai masing-masing. Tapi malam ni, aku tak rasa nak cakap banyak tentang bekas yang itu. Bekas ramai sangat, mungkin sebab dulu tu memang tip-top punya girl   jadi banyak peminat, tapi, boy  pun tak kurang hebatnya. Kira cerita top girl dan top boy lah nih.  Ada seorang bekas ni, tiba-tiba wu jud dalam hidup ini. Kitaorang dah happy-happy hidup bahagia, tiba-tiba datang mengacau hidup ini lagi. Dah selama ni, boleh duduk diam, diam...

Happy Wife, Happy Life!

Siapa tak sayang bini oi? Dalam blog kali ini, Nanai nak kisahkan tentang cerita ibu bapa Nanai. Alkisah, pada Jun tahun lepas, bapa Nanai telah dimasukkan ke wad kat Hospital Sri Aman. Tapi, bukan sebab dia yang nak masuk, itu sebab abang Nanai yang paksa selepas dipujuk macam budak kecik, kononnya, kalau tak pergi, nanti orang potong kaki tu kang! Siap! Pagi-pagi lagi dah jenguk bapa.. Jadi, pada suatu hari, bapa Nanai pergi ke kebun dan terlanggar pohon kayu yang telah terlantar berkurun lamanya, yang langsung takda kacau hidup dia, dia pergi langgar pula... Pastu, kaki dia bengkak..... Kira dalam seminggu cam tu, dia diamkan saja.. Sehinggakan satu minggu tu, abang Nanai ada balik kampung, yang kerja nurse tu, ah, dia lah tu, yang korang selalu cakap hensem tu, pagi tu sempat lagi diorang bertiga makan mee kat pasar... Sekembali ke rumah, abang Nanai tengok kaki bapa dah berair, tembus dari seluar yang dia pakai.. Kemudian, abang cek lah suruh tengok luka tu, bila bapa ...

A Year And Half

It's year and half from the day we separated by time and universe. Many talks about us, some of it hurts the feeling, while some was concerned courage from people who knows us. But, it's not yet clear how much you and I know the real reason what's going on now. People can talk whatever they wanted. But after, no ones will admit the talk was they started it. Pointing each other; Blaming each others. What's up now, no one dare to talk anything. Ignoring me was the best parts of these. Talking about me was fun. Teasing on me, it's their favourite. Add caption

TOXIC!!!

Semakin hari semakin canggih sistem perubatan sekarang ni. Mesin kurus lah, mesin mandi spa lah, mesin runcingkan dagu lah... Belum kira ubat-ubatan yang ada di pasaran lagi... Nak putih ke, nak gempal lagi ke, nak kurus ke, semua ada sekarang... Belum lagi saya sebut yang gagah teruna, kembali dara... Amboi.. Macam-macam strategi untuk memasarkan produk masing-masing kan? Jadi, baru-baru ini, saya dan mak ada pergi ke mall baru yang terletak di Sri Aman. Pastu ada promosi@service berbayar untuk membuang toxic dari kaki, nak guna footpatch, leceh pula.. JADI, sekarang ni dah ada machine, diorang pun nak kerja senang juga, gunakan plastik jer, pastu masukkan air dalam plastik tu, jadi tak lah diorang nak berus mesin diorang tu. Dah beberapa kali kami lalu kawasan tu, ada juga tengok orang lain buat, tapi rasa takut nak cuba sebab dia masukkan elektrik dalam bekas air tu, kalau kena elektrik shock macam mana? Belum beli insurans lagi ni.... Dipendekkan cerita, try lah ni. Biarlah g...

Aku Anak Urang Bumai (Aku Anak Petani)

Selamat malam!  selamat menuai! Harini masa aku nak pergi pasar, aku nampak beberapa kumpulan orang yang sedang membakar ranting-ranting buluh atau lebih kepada kawasan bertanam padi huma @ padi bukit.  Teringat pula pengalaman bila aku ikut ngetau sebelum gawai tahun ini tadi. Sejak dari darjah 3, aku dah tak buat lagi "ngetau" atau lebih kita cakap menuai padi.  Dewasa ni, bukannya tak reti nak buat, tapi kadang-kadang kita sekarang jarang dah nak berbudi dengan tanah, lebih-lebih kerja ni lebih memerah keringat, kan? Ye la, sekarang semua orang dah belajar tinggi-tinggi, bukan belajar atas bukit, tapi, lebih berpelajaran la.. Jadi, memang masing-masing nak mengejar impian lah, cita-cita kalau jadi cikgu/ pegawai/ polis/ bomba/ jururawat/ dll ; paling best bila kerja dalam ofis yang guna penghawa dingin itu. Betul kan? Jadi, walaupun parents aku bekas pekerja gomen, sekarang diorang dah pencen, jadi mulai lah bertanam, menternak binatang, menanam bung...

Hampir Mati!!!

Selamat malam semua. Harini hujan agak lebat, tambah lagi ada beberapa bunyi guruh, dan datanglah ilham ku nak coretkan kisah "kematian" aku ni. Korang janganlah terkejut sangat, kenapa tiba-tiba dengan aku ni... Bukan maksudnya aku ada sakit apa-apa, cuma untuk luahan perasaan sahaja. Begini kisahnya, aku dah pendekkan dah pun, tinggal korang baca jer.  Pada beberapa hari yang lepas, aku join budak-budak mandi kat sungai.... Sebenarnya aku dah janji dengan diorang pada minggu yang lepas sebelum tu, tapi disebabkan dah janji , aku turutkan je lah hari Selasa ni tadi.  Ok, mula cerita macam ni. Lepas aku balik kerja tu, budak-budak mengerumi aku dan ajak aku mandi di sungai. Bila kami dah sampai kat situ, aku rasa sejuk semacam saja, sampai bergetar seluruh tubuh ku. Entah kenapa, takkan la pula " pass by thing ".. Lalu aku teman diorang sambil duduk kat tebing saja, diorang mandi la.. tapi lepas tu, kesejukan itu terasa menusuk ke dalam tulang dan hingga ke ...

2015 Milik Ku

Wow! Dah lebih setahun aku dah berhenti menulis. Untuk tahun 2015, langsung tiada sebarang kisah yang aku paparkan tentang hidup ku. Bukan apa, tahun 2015 yang lepas, boleh dikatakan tahun "Tercalarnya Aku Yang Teramat Sangat"! Tengok tu, dah guna "amat"; guna lagi "sangat". Agak-agak apa kah yang terjadi pada tahun 2015 ni ye? Ada Apa Dengan 2015? Hilangnya segala karya kerana aku rasa malas nak fikir dan tuliskan segala macam tentang putaran hidup ini, lebih-lebih lagi masa aku masih di tahun 2015 tu. Tapi harini aku nak tulis tentang segala yang masih terpahat dalam kepala hotak ni yang mungkin bakal dibawa arus kedewasaan hilang dek zaman. Maklumlah, hidup ini tak selalu indah dan tak selamanya dimiliki. Dengan ini, pendahuluan untuk kisah ku <<2015 MilikKu>> sudah siap.. Perh! Macam karangan la pula... OK, ketepikan semua protokol tatabahasa, biar senang aku nak citer ni. (Maaf jika aku menggunakan bahasa ibunda yang tunggang langgang....