Skip to main content

Hampir Mati!!!

Selamat malam semua. Harini hujan agak lebat, tambah lagi ada beberapa bunyi guruh, dan datanglah ilham ku nak coretkan kisah "kematian" aku ni. Korang janganlah terkejut sangat, kenapa tiba-tiba dengan aku ni... Bukan maksudnya aku ada sakit apa-apa, cuma untuk luahan perasaan sahaja. Begini kisahnya, aku dah pendekkan dah pun, tinggal korang baca jer. 

Pada beberapa hari yang lepas, aku join budak-budak mandi kat sungai.... Sebenarnya aku dah janji dengan diorang pada minggu yang lepas sebelum tu, tapi disebabkan dah janji, aku turutkan je lah hari Selasa ni tadi. 

Ok, mula cerita macam ni. Lepas aku balik kerja tu, budak-budak mengerumi aku dan ajak aku mandi di sungai. Bila kami dah sampai kat situ, aku rasa sejuk semacam saja, sampai bergetar seluruh tubuh ku. Entah kenapa, takkan la pula "pass by thing".. Lalu aku teman diorang sambil duduk kat tebing saja, diorang mandi la.. tapi lepas tu, kesejukan itu terasa menusuk ke dalam tulang dan hingga ke kepala. Rasa macam nak pitam.... 

Kemudian, aku gagahkan diri dan balik ke kuaters, jarak lebih 200 meter la, aku dah terhuyung hayang macam orang yang mabuk... Kalaulah aku pengsan, memang orang tak tahu langsung! Berjaya juga aku sampai di rumah, tukar baju, kemudian cuci kaki.

Pastu, bupp! Aku baringkan diri atas tilam, aku tengok dinding pun macam berpusing, nak on kipas pun aku tak larat lagi. Macam mana nak on? Aku dah sejuk tahap dewa. Memang aku pelik dengan keadaan tu, kenapa la boleh jadi macam tu. Dalam ketidaksedaran aku, aku sempat berdoa,  Mohon kepada Tuhan agar semuanya dipermudahkan, sembuhkanlah aku jika aku sakit dan ubatilah aku. Dalam Nama Jesus, Amen. 

Masa tu agak-agak dalam pukul 5:30pm... Badan aku rasa lenguh saja, jantung rasa macam tidak mampu nak pump darah.... Dan aku baring dalam position orang mati... Nasib baik rumah aku dah kemas elok-elok, kot-kot kalau meninggal, roh aku tak berkeliaran bersihkan kawasan rumah ni... Hehe, boleh ketawa pula...

Tapi serius beb, aku rasa memang mati petang tu, tambah lagi aku memang dah demam beberapa hari yang lepas, tapi rasa malas nak pergi klinik, bukan apa... Sehingga harini aku tak jumpa lagi klinik yang betul-betul nak cek kesihatan aku... Kalau pergi je klinik, doktor tanya, "sakit  apa?" "lama sudah?" "ada makan ubat?" "cek tekanan darah..." pam pam pam, cus cus cus.... "ok, ambil ubat." Bukan satu, bukan dua.... malah mungkin setiap klinik yang pernah aku masuk... kot... Aku ni jarang pergi klinik, kalau beli ubat, kat farmasi luar jer. Kalau nak harapkan aku pergi gomen punya klinik, huh, sampai ke petangla menunggu.... Dah tu, memang tak larat nak drive berbukit bukau, kononnya nak selamatkan diri dari sakit penyakit, last-last musibah lain la pula... Dah offtrack pula ni...

Aku tak tahu macam mana aku boleh tertidur dan terbangun jam 8:40pm kemudian rasa macam nak makan burger pula. Mungkin orang nak mati ni macam-macam permintaan terakhir, dengan badan yang lemah, aku dapat capai handphone dan text kat kawan kat kampung suruh dia belikan burger. Namun, dia tak tengok handphone dia masa tu. Jadi no respon... Aku sambung tidur....

Bangun lagi.... jam 10:30pm..... entah apa yang aku mimpi..... Lupa dah.....

Aku rasa seluruh badan penat dan letih... Rasa letih macam lenguh seluruh badan.. Tapi rasanya masih ada sedikit lagi tenaga.... Badan aku dah basah peluh.... Kalau buat adegan digoyang basah, badan basah semua.... boleh tu... Last, aku bangun, capai towel dan mandi. Lepas tu, aku dryer rambut sampai kering, keringkan juga badan dengan tu supaya badan menjadi panas sikit. 

ISh. Sempat aku text dengan abang ku, ceritakan kisah ini... Mana la tahu kan? Kot-kot sambung tidur, terus GOAL!

Comments

Popular posts from this blog

Tips-Tips Sebelum, Semasa, Selepas Menduduki Peperiksaan

Hai Kawan2... Baru2 ni, ada sorang kawan Nanai minta tips camne nak menduduki peperiksaan.... Dia ni nak duduki SPM tahun ni.. Nak bagi tips soalan apa yang keluar, Nanai tak berani nak confirm pula... Jadi, senarai dibawah ni lah yang Nanai mampu tolong yer... Hehehe.. Kepada sesiapa yang akan mengambil PMR/SPM/STPM tahun ni, bolehlah manfaatkan tips yang kat bawah nanti yer.. bagi yang tak ambil peperiksaan tergempar camtu, boleh juga praktikan semasa peperiksaan biasa, supaya nanti bolehlah dijadikan tabiat yang baik..... Sebelum, Semasa dan Selepas Menduduki Peperiksaan.. . Jom, kita tengok apa yang patut ker tak patut atau perlu ke tak perlu dibuat yer... {SEBELUM MENDUDUKI  PEPERIKSAAN} Beberapa bulan sebelum peperiksaan, (seteruk-teruknya bermula bulan Jun, ni untuk pelajar yang malas buat persediaan awal lah) .. Nanai nasihatkan supaya: Minta maaf kepada semua cikgu yang mengajar korang. Yang ni lah kunci utamanya, sebab, pelajaran tu semua datang dari cikgu, ka...

Why Cats In Kuching Have Short Tails An Old Iban Folk Tale

Hello everyone, here I want to share one article that I take a shoot at The Cat Museum Petrajaya Kuching Sarawak. TITLE: WHY CATS IN KUCHING HAVE SHORT TAILS AN OLD IBAN FOLK TALE, Daylight Lautern By O.T.LI~  The story begin,             Long long ago, before anybody can remember, there weren't any cats in Kuching. But one day, a smart young tabby Tom Cat who lived in Singapore heard of a town named after his deceased great-aunt, a lady to whom he had been affectionately attached.             "I must make a pilgrimage to this place," he decided, waving his magnificent tail as he spake, "and place offerings at the foot of the monument they are certain to have erected in her pious memory."            He was, like many a young Tom, a man of a practical mind. He figured (correctly) that he would be the Cat of the Walk once he got to Kuching, and he assumed (also correctly...

Schedule Planning

Haar... Ni nak planning indah kalau balik ni... Yang Nanai rasa yang Nanai akan buat bila balik Sarawak nanti, mestilah antara perkara2 berikut..  Jumpa keluarga dulu... sayang mak n abak~  Mesti makan nasi goreng yang mak buat...  Keluar sekeluarga beli handphone baru untuk Nanai.. hehe.. Shopping dengan mak kat Satok@Saberkas@mana2.. Pergi Hopoh ambil kain lebihan..  Nak makan kolo mee.. Hari Ahad makan bak kut teh! (banyak dan sedap) Pergi gumpul tin, jana pendapatan.. Jumpa dengan kengkawans lama dan baru. Jumpa nenek dan datuk kat menua.  Ini sub scop perkara yang akan berlaku.. minor punya akan didalam apa yang patut... haha~ I LOVE SARAWAK! *~Jesus, bless my journey~*