Wow! Dah lebih setahun aku dah berhenti menulis. Untuk tahun 2015, langsung tiada sebarang kisah yang aku paparkan tentang hidup ku. Bukan apa, tahun 2015 yang lepas, boleh dikatakan tahun "Tercalarnya Aku Yang Teramat Sangat"! Tengok tu, dah guna "amat"; guna lagi "sangat". Agak-agak apa kah yang terjadi pada tahun 2015 ni ye? Ada Apa Dengan 2015?
Hilangnya segala karya kerana aku rasa malas nak fikir dan tuliskan segala macam tentang putaran hidup ini, lebih-lebih lagi masa aku masih di tahun 2015 tu. Tapi harini aku nak tulis tentang segala yang masih terpahat dalam kepala hotak ni yang mungkin bakal dibawa arus kedewasaan hilang dek zaman. Maklumlah, hidup ini tak selalu indah dan tak selamanya dimiliki. Dengan ini, pendahuluan untuk kisah ku <<2015 MilikKu>> sudah siap.. Perh! Macam karangan la pula... OK, ketepikan semua protokol tatabahasa, biar senang aku nak citer ni. (Maaf jika aku menggunakan bahasa ibunda yang tunggang langgang.. nonhonorific.)
Tahun 2015, aku totally memang guna "weechat", pembaca terhormat yang rasa-rasa ada follow moments aku tu, terima kasih lah yer. Tapi mesti korang yang lain rasa macam, "Ek'eleh... macam orang nak kisah sangat pasal hidup ko.. artis pun bukan.." Yer.. aku faham ler, siapalah aku ni tanpa follower dan haters. Kepada haters yang tidak ku kenali, silakan baca la blog ni yer, ada la point bakulkan dosa banyak2 dengan kutuk aku. Tapi, mulut orang kita tak boleh tutup, otak orang kita tak boleh sekat dan tangan keyboard worrier pun kita bukan boleh potong pun. Hehe, jadi, pilihlah samada nak teruskan baca atau klik padam jer. Bagus korang tengok benda lain. Aku harap kisah yang bakal aku coretkan pada blog aku selepas ni, bakal memberi pedoman dan dijadikan buku muzium, tak lah... agak-agak masuk tak dalam buku teks tahun depan? Amboi, mencalut jer aku ni lebih..
Kegemilangan aku! YES!! Mestilah aku gemilang dalam tahun ni.... Nak tahu kenapa? Sebab dinaikkan pangkat setelah 2 Tahun berkecimpung dalam dunia perakaunan, dari seorang account associates up satu level ke account supervisor.. Namun, aku cuma sempat merasa jawatan tu dalam 3 bulan probation saja, esok tamatnya probation, hari aku dapat tawaran kerja lain... kerja gomen yang dinanti-nantikan oleh ibu bapa ku... Aish, mula-mula rasa sayangnya nak tinggalkan pekerjaan ni, last2, demi keluarga tercinta, oklah, anggaplah ni sebagai satu permulaan baru. Bukan tu saja, ada juga kisah-kisah lain yang tercucuk dalam pemilihan kerja ni. Bukan senang seorang anak Iban nak dapatkan kerja gomen ni, tapi, kalau mak ayah masing2 kerja gomen, mestilah nak anak diorang ikut jejak juga kan... Tapi, harini pada tahun 2016 ni, aku bersyukur juga telah memilih pekerjaan ni sebab setiap hujung minggu aku dapat tatap muka parents aku. Kalau lah masih berada di Miri, mungkin perayaan sahaja lah kami berjumpa. Itu pun kalau hari cuti 3 hari, 1 hari driving, esok tidur, lusa dah bergegas nak balik.
Susah bernafas. Memang lah susah nak bernafas bila hidung ni asyik mengalirkan air mata. Opps, hidung mengalirkan air mata? Eh? Bukan mata ke? Mana ada..... Mata berlinang air mata..... Oh, apa2 je lah. Tapi apa cerita pula yang ni? Dah jatuh, ditimpa tangga, dah tu terhantuk pula, baru terngadah. Yang ni pula kisah ditipu oleh seorang yang telah vow akan sehidup semati. Susah betul kalau percaya sangat kat orang kan? Apakan daya, salah aku juga sebab percaya sangat kat orang ni... Tapi harini, bila aku kenangkan kembali saat tu, rasa macam drama pula... Dulu bila tengok drama/filem orang nak bunuh diri, rasa macam "apa ke bangang nak bunuh diri? banyak lagi orang lain ooiiii..." Bila kena batang hidung sendiri, baru tahu... Ye lah, bila masih dalam dilema memilih pekerjaan, datang lagi musibah yang bakal meruntuhkan rumah tangga. Yet, yes, hampir nak roboh dah. Makin banyak lagi orang yang mencucuk sana, mencucuk sini, entah dorang ni memang hobi nak mengata orang saja, tapi aku yang hati batu dan masih kuat bertahan, masih tetap bertahan masa tu, langsung tidak endahkan kata-kata dusta yang berbisa tu, sehinggalah si dia mengaku. Akhirnya, kepala ni rasa macam kena hentak dengan benda keras dalam hati tu lagi lah rasa sakit, rasa macam senak jer.... Pastu, degupan jantung menjadi sangat laju seperti baru habiskan larian pecut 100 meter. Otak berpusing pening macam dah berpusing 20 kali dan yang air mata berlinang macam baru mula putus cinta kali yang pertama dahulu. Rasa macam memang tak nak hidup lagi, pada saat itu, memang rasa macam SIA-SIA. Kemudian, macam mana cara aku recover dari semua tu? Erm.. aku pun tak tahu, yang aku masih ingat, aku hidup macam orang yang tiada perasaan tapi penuh dengan dendam yang kuat mengatakan apa salah aku? Tapi... tak lama, 3 hari sahaja. Totally 3 hari cun. Aku recover balik dari semua tu. Nak tahu macam mana aku buat? Seperti aku yang "shutdown" pada tahun 2014, aku anggap diorang semua dah mati dan aku ingat aku tak kenal diorang siapa. Paling tersentuh bagi aku, walaupun orang luar yang kita anggap cintakan kita sepenuh hati, tidak ada seorang pun yang boleh melebihi kasih sayang seorang bapa dan seorang ibu kepada anaknya. Ibu bapa orang lain aku tak tahu lah... Tapi parents aku memang terbaik! Orang yang sentiasa berfikiran positif dalam menangani jiwa anaknya.
Pada suatu malam, bila aku tengah "mental down", aku kol parents... kemudian cakap yang aku nak mati, rasa tak dapat hidup lagi sebab ditipu oleh orang yang aku cintai. Masih terngiang-ngiang di telinga ku sehingga ke harini, aku masih ingat emak ku berkata, "Pulai kitu, kami agi ka ke nuan. Anang mikir utai kenya, ingat Tuhan." ; ayah ku berkata, "Anang stress, mandi dulu dahnya tinduk. Tuhan dah muka jalai ngambika mula kan hidup baru, guna peluang tu enggau manah, anang macam-macam ngaga pengawa enda manah." Aku dihujung panggilan hanya mampu menangis dan esoknya bila aku bangun tidur, mata ku dah kembang, muka ku kembang, hidung ku kembang..... Dan, aku sempat selfie dan hantar kepada my brother. Muka ku yang paling hodoh tu ku rasa....
Macam tu saja, setengah tahun 2015 ku berlalu.... Dan selepas aku recover dari "accident" tu, aku jalani hidup yang biasa saja. Kemudian, aku sedar, hidup ini bukan untuk itu sahaja. Apa yang itu tu? Itu-itu lah. Itu tu maksudnya apa-apa yang kamu buat sehingga boleh buat kamu frust menonggeng.
Banyak orang tidak tahu dimana aku berada selepas tu, kira nak hilangkan diri dari orang lain lah ni.. Nama dah mulakan hidup baru. Tapi, aku bersyukur sebab telah melangkah jauh dari ambang dosa itu. Bosan lah para haters yang tiada topik lagi tentang berita dari aku. Namun demikian, bila aku toleh kembali, aku sedar kalau orang lain yang berada di tempat aku ni, belum tentu mampu bangun semula. Aku masih seorang insan biasa, tidak luput dari mangsa dosa dan sentiasa bersyukur setiap yang berlaku pasti ada hemahnya. Perh!
Nasihat aku kepada orang di luar sana... Yang boleh aku simpulkan dalam kisah hidup aku ni. Ada quotes yang pernah aku baca dan ini adalah antaranya.
1. Gemuk bukan satu dosa, yang menjadi dosa, orang yang mengutuk orang yang gemuk.
2. Jangan mengata orang kalau tak lihat dengan mata sendiri. Orang kan kata, fitnah itu lebih besar dosa dari membunuh. Tapi, siapalah kita nak timbang dosa orang. Dosa sendiri pun tidak terhitung. Perkara yang kita tak buat, tapi dituduh buat, orang fitnah lah tu... Tapi, mungkin orang tu terbuat dengan tidak sengaja, jadi, maafkan lah wahai manusia.
3. Hargai hidup ini sebaiknya, jalanilah bagaikan esok masih ada harapan.
Semoga korang semua hidup bahagia dalam dunia yang korang impikan.

Comments