Skip to main content

Kenapa Kahwin? Bila Kahwin?

*Warning.. Read it without judgement.*

Harini Nai dan rakan sekerja pergi bandar sebab nak beli lauk pauk untuk jamuan esok. Dalam perjalanan tu, kitaorang dengar siaran Radio entah frequency apa. Tapi yang penting, diorang yang banyak celoteh itu lah. Topik yang dicelotehkan oleh Dj dan beberapa pemanggil tu berkenaan dengan "Bila Umur Berkahwin.." Ada lah sebut lelaki paling bagus kahwin bila umur 28 tahun.. Banyak lagi... Maaflah sebab tak berapa jelas nak terangkan sebab bila tengah dengar tu, borak pula dalam kereta, dah tu, beberapa kali keluar dari kereta sebab masuk kedai. Nak terus duduk dalam kereta tak boleh pula, kang tutup kedai, alamatnya tak makanlah kami esok..

Sambil tu, teringat lah kenangan dua tahun dulu. Tentang, kenapalah Nai kahwin awal. Banyak kawan ingat masa itu Nai pregnant, sebab tu kahwin awal. Sampai harini tak pregnant juga. Maklumlah, belum ada rezeki Tuhan bagi. Dalam hidup Nai, Nai letak kahwin sebagai matlamat hidup.

Biasalah, jadi perempuan ini. Idamkan perkahwinan yang begini, begitu, macam-macam lah. Tapi, bila Nai kahwin dulu, takda pun buat semua itu. Simple and blessed day masa itu. Nai tak pernah menyesal pun kahwin awal. Masa tu umur 22 tahun.

Dah habis diploma dulu, baru Nai mula bercinta. Masa tu, Nai dah bekerja. Habis belajar, terus bekerja. Lepas tu, bercinta. Bila rasa stabil sikit dalam kerjaya. Dilamar pula oleh si dia. Bukan ajak macam tu saja tau. Ada scene lamar melamar yang suprise. Sebab itu lah Nai setuju. Masa tu, Nai memang cinta sangat kat dia. Semua dah hampir lengkap, nak tunggu apa lagi?

Tapi, siapa sangka kan? Perkahwinan ini tak lama. Bercinta lebih 2 tahun; Kahwin tak sampai 1 tahun. Percintaan jarak jauh dan perkahwinan jarak jauh memang penuh dengan dugaan. Nai kuat sebenarnya. Tapi dah tak nak hidup macam ini, cerai lah. Apa guna hidup suami isteri atas kertas sahaja? Sebelum akhlak dan pedomen menjadi semakin teruk oleh Pjj ni.

Sekarang, Nai hidup sendiri sahaja. So, as people surround me, you could see how I view Pjj marriage kan? SUPER TYPICAL and cheesy.

"There will be a constant waiting for the "One" to come by and you thought the one come by, it's turns out wasn't him."

Comments

Popular posts from this blog

Tips-Tips Sebelum, Semasa, Selepas Menduduki Peperiksaan

Hai Kawan2... Baru2 ni, ada sorang kawan Nanai minta tips camne nak menduduki peperiksaan.... Dia ni nak duduki SPM tahun ni.. Nak bagi tips soalan apa yang keluar, Nanai tak berani nak confirm pula... Jadi, senarai dibawah ni lah yang Nanai mampu tolong yer... Hehehe.. Kepada sesiapa yang akan mengambil PMR/SPM/STPM tahun ni, bolehlah manfaatkan tips yang kat bawah nanti yer.. bagi yang tak ambil peperiksaan tergempar camtu, boleh juga praktikan semasa peperiksaan biasa, supaya nanti bolehlah dijadikan tabiat yang baik..... Sebelum, Semasa dan Selepas Menduduki Peperiksaan.. . Jom, kita tengok apa yang patut ker tak patut atau perlu ke tak perlu dibuat yer... {SEBELUM MENDUDUKI  PEPERIKSAAN} Beberapa bulan sebelum peperiksaan, (seteruk-teruknya bermula bulan Jun, ni untuk pelajar yang malas buat persediaan awal lah) .. Nanai nasihatkan supaya: Minta maaf kepada semua cikgu yang mengajar korang. Yang ni lah kunci utamanya, sebab, pelajaran tu semua datang dari cikgu, ka...

Why Cats In Kuching Have Short Tails An Old Iban Folk Tale

Hello everyone, here I want to share one article that I take a shoot at The Cat Museum Petrajaya Kuching Sarawak. TITLE: WHY CATS IN KUCHING HAVE SHORT TAILS AN OLD IBAN FOLK TALE, Daylight Lautern By O.T.LI~  The story begin,             Long long ago, before anybody can remember, there weren't any cats in Kuching. But one day, a smart young tabby Tom Cat who lived in Singapore heard of a town named after his deceased great-aunt, a lady to whom he had been affectionately attached.             "I must make a pilgrimage to this place," he decided, waving his magnificent tail as he spake, "and place offerings at the foot of the monument they are certain to have erected in her pious memory."            He was, like many a young Tom, a man of a practical mind. He figured (correctly) that he would be the Cat of the Walk once he got to Kuching, and he assumed (also correctly...

Sampah menjadi Duit $$$

Hello semua!!! Pelik ker dengan tajuk tu??? Sampah menjadi duit??? $.,$ Duit memang penting... Hehehe... Tapi jangan sampai mengadaikan maruah diri, carilah dengan cara yang halal.... Tahu?? Contohnya.. jadi macam mak dan Nanai.. Hehehe.. Kalau jalan2 tepi jalan tu, jumpa tin kosong, mesti mak Nanai ambil.. hehehe... apa??? siapa cakap tak ada kelas?? Ada lah.. Kelas tu adalah rezeki tu halal ... Ye lah... lebih baik kita jual tin kosong daripada mencuri kan?? Kami tak curi, cuma ambil sampah yang korang buang sesuka hati..... ada yang kami kumpul sendiri... lepas minum kat kedai, tapau tin tu bawa balik ke rumah..  Mak cakap, kalau yang orang buang tepi jalan, kamu boleh ambil... Kalau yang dalam tong sampah.. Jangan... tapi cuma ambil bila kamu sudah mahu balik dari pasar.. Sebab kalau kamu ambil sekarang, takkan kamu nak pegang jer sepanjang kamu shopping nanti.. Lainlah kalau kamu ada bawa plastik.. Kadang2 tu, kalau tengok ada orang yang biasa gumpul tin kat pasar t...