Baru-baru ni, aku mengikuti satu bengkel bersama rakan-rakan sekerja ku. Di sini, aku menjadi pemerhati dan fikiran ku mulai terbuka untuk hanya mendengar. Tetapi, di dalam aku mendengar itu, aku tersedar tentang siapa aku diri ini. Aku mengaku aku bukan seorang pendendam, namun aku sentiasa menjadikan apa yang terjadi kepada ku sebagai satu pedoman bagi orang lain. Selain itu, aku cuba meletakkan "sekiranya" aku di tempat seseorang itu. Kadang-kadang masalah buat kita rasa teruk dan ingin berputus asa. Tapi janganlah pula terus nak bunuh diri bila ada masalah tu. Kematian memang tidak menyelesaikan apa-apa, namun, hidup pasti juga lelah untuk berusaha menyelesaikan "apa-apa" itu kan? Ya, aku yang menaip ini memang senang sebab ini hanya apa yang dibenak fikiran ku. Pasti ada yang mengatakan "Cuba kalau kena batang hidung sendiri??" Maaflah bila aku downgrade orang lain. Rasa macam orang itu dah tinggi sangat pendidikan, namun pemikirannya amat cetek. ...
Covered by Your Grace