Skip to main content

Cemburu Membunuh Ku, Dia dan Mereka

Isi hati kepada suami,

Bila kita sedang bercinta, aku baru mengetahui, bahawa dia sudah dahulu di hati mu kerana dia dekat dengan mu. Bila dia tahu kuatnya dengkuran tidur mu, aku cemburu, aku tahan. Namun, aku telah berjaya memaut hati mu dan menikah bersama mu. Walaupun semua itu dilakukan dalam serba kekurangan, aku tetap mahu bersama dengan mu, kerana aku cinta dan telah memberikan seluruh jiwa dan raga ku kepada mu. Bila kamu mengatakan bahawa perasaan itu berlainan, aku cemburu, aku tahan, adakah dia lebih baik? 

Bila kita menikah, malam itu kamu berjumpa dengan dia, memakai baju putih yang ku berikan. Aku cemburu, aku tahan. Bila kamu jujur dengan ku dan mengatakan bahawa kekotoran di baju mu adalah kerana kamu berdua-duaan dengannya, aku cemburu, aku tahan. 

Aku mengandungkan seorang anak untuk kamu, aku menjaga kandungan ku dengan baik sekali. Setelah dia lahir, kita bahagia seketika. Sehingga, bila dia mengandung, dan menjualkan anaknya kepada orang lain. Kamu gelisah, hampa dan marah, kerana kamu mengatakan seperti mungkin itu anak kamu. Aku cemburu, aku tahan.

Bila kamu gagal dalam pekerjaan, dan ingin menamatkan riwayat mu, aku berkata, "bawa juga lah kami bersama, kerana kami tidak mungkin hidup tanpa mu." Bila kamu sudah bangkit semula, kamu hanya bersama dengan kawan-kawan kamu, berjoli. Aku cemburu, aku tahan.

Bila mendengar kisah orang lain pergi mengelilingi dunia, kisah mereka sangat menarik, walaupun kita tidak mampu, aku yakin satu hari nanti, kita akan mampu juga. Aku cemburu, aku tahan. Bila aku melihat kawan-kawan ku yang lain menghiasi diri mereka dengan barang perhiasan/kemas, aku cemburu, aku tahan kerana engkau masih belum mampu. 

Bila kita sudah berjauhan, kamu di tempat yang jauh dari ku, aku mendapat tahu satu cara untuk mendapatkan apa yang terbaik untuk menambahkan perbelanjaan keluarga, iaitu dengan bekerja. Apabila kamu, jauh dari ku, aku tidak memberi engkau belanja yang cukup kerana kamu tidak pernah merungut, mungkin ada orang yang menjaga kamu di sana, aku juga tidak tahu kerana aku tidak melihat. Aku cemburu, aku tahan. 

Setelah itu, aku mula menyimpan segala wang simpanan kita dan membeli barang perhiasan, walaupun kita hampir tidak mampu, tapi kamu tidak boleh salahkan aku, kerana aku perlukan semua itu untuk mengekalkan kecantikan yang sedia ada pada ku. Bila aku melihat kamu masih tidak mesra dengan aku kerana anak-anak kita hampir ikat perut disebabkan aku, mereka menjadi lebih rapat dengan kamu berbanding aku. Aku cemburu, aku tahan. 

Bila aku sudah lanjut usia, aku diberhentikan kerja. Tapi kamu masih bekerja dan dikelilingi perempuan, aku cemburu, aku tahan. Apabila kawan kamu memberitahu bahawa kamu membawa perempuan balik ke rumah, aku cemburu, aku tahan. 

Apabila aku bertekad untuk memeriksa kamu, anak pertama kamu yang ku kandungkan membuktikan bahawa kamu benar-benar curang. Aku cemburu, aku marah. Aku terus mengikut kamu dan menjaga kamu senantiasa. 

Walaupun aku sudah menjadi seorang ibu, seorang isteri, aku masih seorang anak. Aku ada tanggungjawab yang perlu dilakukan untuk ibu ku. Aku meninggalkan dia bersama anak kita yang kedua. Walaupun anak kita itu hampir tersesat, namun, kita masih berjaya membawa dia ke pangkal jalan. Jalan remaja yang sangat berliku dan penuh cabaran terpaksa ditempuhi anak kita itu. Aku terpaksa kerana aku cemburu, aku marah. 

Apabila kita sudah berbaik semula, kamu masih tidak menghargai aku dengan seadanya. Aku sering ditinggalkan, dan diabaikan kerana aku sudah tua. Aku sudah tidak muda seperti dahulu lagi. Sehingga kamu mengulangi kesilapan kamu untuk yang sekian kali nya. Aku cemburu lagi, aku marah lagi. 

Apabila kali ini, anak kedua kita yang membuktikan bahawa kamu curang sekali lagi dengan aku. Aku cemburu, marah yang amat sangat. Kali ini, aku sudah tidak tahan lagi, aku sudah nekad untuk menghancurkan kamu. 

Maafkan aku sekiranya aku menyulitkan keadaan ini, namun aku ingin membuat ini sebagai pengajaran. Aku mulai sedar kembali apabila aku menyedari CEMBURU MEMBUNUH KU, DIA DAN MEREKA. Aku buntu, aku masih dalam dilema sebagai seorang wanita, dan bagaimana lagi aku harus terus bertahan?


Seikhlas hati seorang isteri. 


Comments

Popular posts from this blog

Tips-Tips Sebelum, Semasa, Selepas Menduduki Peperiksaan

Hai Kawan2... Baru2 ni, ada sorang kawan Nanai minta tips camne nak menduduki peperiksaan.... Dia ni nak duduki SPM tahun ni.. Nak bagi tips soalan apa yang keluar, Nanai tak berani nak confirm pula... Jadi, senarai dibawah ni lah yang Nanai mampu tolong yer... Hehehe.. Kepada sesiapa yang akan mengambil PMR/SPM/STPM tahun ni, bolehlah manfaatkan tips yang kat bawah nanti yer.. bagi yang tak ambil peperiksaan tergempar camtu, boleh juga praktikan semasa peperiksaan biasa, supaya nanti bolehlah dijadikan tabiat yang baik..... Sebelum, Semasa dan Selepas Menduduki Peperiksaan.. . Jom, kita tengok apa yang patut ker tak patut atau perlu ke tak perlu dibuat yer... {SEBELUM MENDUDUKI  PEPERIKSAAN} Beberapa bulan sebelum peperiksaan, (seteruk-teruknya bermula bulan Jun, ni untuk pelajar yang malas buat persediaan awal lah) .. Nanai nasihatkan supaya: Minta maaf kepada semua cikgu yang mengajar korang. Yang ni lah kunci utamanya, sebab, pelajaran tu semua datang dari cikgu, ka...

Why Cats In Kuching Have Short Tails An Old Iban Folk Tale

Hello everyone, here I want to share one article that I take a shoot at The Cat Museum Petrajaya Kuching Sarawak. TITLE: WHY CATS IN KUCHING HAVE SHORT TAILS AN OLD IBAN FOLK TALE, Daylight Lautern By O.T.LI~  The story begin,             Long long ago, before anybody can remember, there weren't any cats in Kuching. But one day, a smart young tabby Tom Cat who lived in Singapore heard of a town named after his deceased great-aunt, a lady to whom he had been affectionately attached.             "I must make a pilgrimage to this place," he decided, waving his magnificent tail as he spake, "and place offerings at the foot of the monument they are certain to have erected in her pious memory."            He was, like many a young Tom, a man of a practical mind. He figured (correctly) that he would be the Cat of the Walk once he got to Kuching, and he assumed (also correctly...

Schedule Planning

Haar... Ni nak planning indah kalau balik ni... Yang Nanai rasa yang Nanai akan buat bila balik Sarawak nanti, mestilah antara perkara2 berikut..  Jumpa keluarga dulu... sayang mak n abak~  Mesti makan nasi goreng yang mak buat...  Keluar sekeluarga beli handphone baru untuk Nanai.. hehe.. Shopping dengan mak kat Satok@Saberkas@mana2.. Pergi Hopoh ambil kain lebihan..  Nak makan kolo mee.. Hari Ahad makan bak kut teh! (banyak dan sedap) Pergi gumpul tin, jana pendapatan.. Jumpa dengan kengkawans lama dan baru. Jumpa nenek dan datuk kat menua.  Ini sub scop perkara yang akan berlaku.. minor punya akan didalam apa yang patut... haha~ I LOVE SARAWAK! *~Jesus, bless my journey~*