"Tamatlah Pernantian" menceritakan tentang kisah percintaan seorang gadis bernama Aulia Myrna yang dalam keraguan untuk menerima cinta yang dihulurkan oleh seseorang lelaki yang bernama Sebastian Evans. Kedatangan Aulia ke rumah Harrison Garry telah membuat Harrison mengimbau kembali kenangan percintaan mereka semasa di zaman persekolahan dan perbuatannya yang meninggalkan Aulia sendirian di perhentian bas dan tidak menghubunginya lagi. Adakah Aulia masih terikat dengan janji-janji nya dengan Harrison sehingga susah untuk dirinya meyakinkan dirinya untuk belajar mencintai Sebastian yang mengetahui setiap kesukaannya dan melengkapkan hidupnya? Bagaimana pula perasaannya terhadap Harrison, masih sama seperti dahulu ataupun berdendam dengan Harrison yang telah mungkir pada janji mereka terlebih dahulu? Adakah Harrison akan meninggalkan kekasihnya, Gwen Nish setelah mengetahui Aulia telah dijumpainya kembali? Adakah Aulia dapat mencintai Sebastian dengan sepenuh hatinya? Mampukah Sebastian terus mencintai Aulia setelah mengetahui hubungan lama adiknya dengan Aulia?
Itulah yang membuatkan Aulia boleh ketawa sehingga setiap mata memandangnya. Aulia hanya ketawa melihat karenah kawannya yang suka bercakap sedap mulut dia jer. Setiap hari, Sebastian pasti akan membuat Aulia tersenyum. Ada-ada saja benda yang boleh dibuatnya sehingga gadis yang bernama Aulia yang selalu bermasam muka tu boleh senyum. Sebenarnya, Sebastian sendiri pun tidak tahu kenapa Aulia boleh menjadi begitu kedekut dengan senyuman. Kadang-kadang, kalau Aulia boleh membuat bunyi "heh" dan senyum dengan bibir yang senget ke kanan tu sudah memandai baginya menunjukkan betapa dia kedekut dengan senyuman ataupun lebih senang kita sebut, senyum paksa.
Sebastian nak berkawan dengan Aulia sebab Aulia tak punya banyak kawan kat kolej tu. Mungkin sebab Aulia yang tidak suka bergaul dengan orang lain ataupun tidak ramah dengan orang sekeliling. Semasa membuat kerja kumpulan pun Aulia sering mengelamun jauh. Namun demikian, Aulia mempunyai banyak idea untuk membantu kawan-kawan yang lain menyiapkan kerja kursus yang diberikan. Sepatah yang ditanya, sepatah yang dijawab; satu soalan ditanya, sepuluh ayat dia jawab. Aulia ni datangnya dari keluarga yang sederhana. Tidak miskin tidak juga berada, pokoknya, dia ni anak manja. Walaupun anak manja, tidak semua yang dipintanya akan dia dapat, sebab keluarganya agak tegas dengannya dan baginya kadang-kadang mereka mengongkong Aulia supaya menjadi apa yang mereka kehendaki. Contoh yang baik adalah mengambil Jurusan Perakaunan bukanlah menjadi minatnya tapi apa yang boleh dibuatnya, hanya menurut kehendak keluarga. Aulia sebenarnya bercita-cita menjadi pramugari. Melancong ke sana ke mari, melihat Eiffel Paris, London, Hong Kong, dan sebagainya. Dengan dilahirkan dengan susuk tubuh yang menawan, ketinggian 166cm, raut wajah yang cantik adalah pakej yang sempurna. Namun sekiranya dia menjadi akauntan, itu juga merupakan kerja yang agak baik memandangkan menjadi pramugari boleh menyebabkannya mati terhempas sekiranya kejadian tidak baik berlaku. Maklumlah, malang tidak berbau.
Berlainan pula dengan Sebastian, anak orang kaya yang dididik dengan baik dan tidak menyombong diri. Dia masuk ke kolej yang sama dengan Aulia adalah kerana dia tidak ingin orang lain mengetahui bahawa dia adalah anak orang kaya. Sekiranya orang lain mengetahuinya, dia tidak tahu membezakan kawan sejati ataupun kawan sejoli. Oleh itu, dia hanya berpakaian sederhana, standard-lah baju koleksi Branded Outlet. Oleh kerana asal usulnya yang tidak diketahui oleh pelajar yang lain, maka kuranglah orang yang hendak menjadi kawannya, selain Aulia. Itu pun setelah dia melihat Aulia selalu bersendirian di perpustakaan. Jadi, dia pun memberanikan diri berkawan dengan Aulia.
Dan hari ini, mereka menjadi sahabat baik. Dalam diam-diam, Sebastian mulai menyukai Aulia walaupun Aulia hanya menggunakan T-shirt RM10 yang dijual kat pasar malam dan seluar jeans Levis atau Lavigne Skinny yang asyik sama jer setiap minggu. Sebastian mulai menyedari dia menyukai Aulia setelah memahami keperibadian gadis itu. Perasaan suka itu lama-kelamaan menjadi cinta. Agak lama Sebastian memendam rasa cinta itu terhadap Aulia sebab Aulia pernah memberikan syarat sebelum berkawan dengannya dulu di perpustakaan. Iaitu, tak boleh bercinta dengan Aulia kerana Aulia nak belajar.
Walaupun mereka kelihatan seperti belangkas di kolej, namun status mereka hanyalah kawan karib. Apabila setiap kali perbualan mereka menuju ke percintaan, Aulia seolah-olah menolah topik itu, dan menukar topik yang lain. Sebastian dapat merasakan bahawa ada sesuatu di dalam Aulia yang dia tidak ketahui. Sehinggalah satu petang, semasa ulang tahun hari jadi Sebastian, Aulia mengatakan bahawa dia tidak tahu apakah hadiah yang patut diberikan kepada Sebastian, kerana tidak pernah membelikan apa-apa untuk lelaki sebelum ini. Tidak juga kepada Harrison Garry yang pernah menjadi kekasihnya pada zaman persekolahan. Sebastian dengan rendah hati meminta kepada nya..
Sebastian: "Hadiah yang ingin aku dapat adalah bukanlah sesuatu yang boleh dibeli dengan wang ringgit, ataupun wang dolar amerika, juga tidak boleh dibeli dengan kulit rusa, ataupun parfum dari India."
Aulia: "Haha, ala lirik lagu dangdut Indonesia, aku minat tu~ Sepatu dari kulit rusa, itu bukan yang ku pinta. Tas Hitam kulit buaya, itu juga ku tak minta."
Aulia tergelak kecil dan menyanyikan sedikit lirik lagu dendangan Ria Resty Fauzi-Sepatu dari kulit rusa.
Sebastian: "Aku serius ni, dia buat main pula.. Ish!"
Aulia: "Okey, okey, ni aku buat muka serius.. Urm~"
Dua-dua mereka tergelak dengan karenah Aulia yang berpura-pura membuat muka serius dan Sebastian membuat muka merajuk. Tiba-tiba keadaan sekeliling menjadi seram sejuk apabila, Sebastian..
Sebastian: "Sebenarnya, aku ingin mengetahui isi hati awak Aulia.. Bolehkah aku berada di dalam sana, menakluki hati kamu. Sebenarnya... "
Aulia: "Sebast, kan kita dah janji takkan cakap tentang topik ni.. "
Sebastian: "Aku minta maaf Aulia. Dah hampir dua tahun aku pendamkan perasaan ini, setiap peribadi Aulia, Sebast dah tahu, cuma Sebast tak tahu, kenapa Aulia masih tidak mahu membuka hati itu, untuk Sebast."
Aulia: "Sebab, kalau aku buka hati aku, nak pergi hospital, nak buat operation lagi, Mana boleh ambil kapak pastu buka jer.."
Aulia membuat lawak yang sejuk apabila Sebastian tidak ketawa mendengar lawaknya itu.. Sebastian tahu, Aulia akan membuat begitu sekiranya dia tidak ingin menceritakan hal tersebut.
Sebastian: "Sebenarnya Aulia, Sebast sayangkan Aulia."
Aulia: "Hehe, Aulia pun sayangkan Sebast juga, sebagai kawan, kita mesti sayang kawan kita kan?"
Sebastian: "Aulia! Sebastian cintakan Aulia!!"
Aulia: "Cinta? Hehe, dulu pun pernah ada orang cakap dia cintakan Aulia. Aulia hampir melarikan diri dari rumah apabila dia mengajak Aulia tinggalkan kediaman Aulia dan sama-sama menetap di bandar setelah perhubungan cinta kami dilarang oleh keluarga, dia dari keluarga berada, aku dari keluarga sederhana, kami tidak setaraf. Dengan berbekalkan baju beberapa helai dan wang RM800 ditangan. Aku menunggu dia di perhentian bas, tapi dia... "
Aulia menyeka air matanya yang mulai jatuh. Sebastian terus menumpukan perhatiannya kepada cerita Aulia.
Sebastian: "Teruskan.. luahkanlah.. "
Aulia: "Aku tak pernah ceritakan hal ni kepada sesiapa. Hehe (senyum). Aku menunggu dia di perhentian bas, tapi dia tak sampai-sampai. Sehingga Pak Guard yang menjaga kat perhentian bas itu berkata-kata dengan aku. 'Anak tunggu siapa sekarang ni? Sekarang masih awal pagi lagi.. Anak nak pergi mana dengan beg pakaian ini?' Aku tak berkata apa-apa. Sudah 2 jam menunggu, pukul 2pagi. Sepatutnya, kami berjumpa jam 12 tengah malam itu. Tapi sudah 2 jam, dia masih tidak muncul, kemudian, Pak Guard tu datang lagi kepada ku dan duduk di sebelah kanan ku dan mulai bercerita tentang anaknya."
Aulia: "Kemudian, pak cik tu pun berlalu meninggalkan Aulia sendiri, Aulia menangis dan lemah sangat kaki ni melangkah balik ke rumah. Walaupun ahli keluarga tidak mengetahui hal itu, Aulia masih rasa sedih. Mulai dari hari itu, semua yang Aulia lakukan adalah 'menurut ahli keluarga'. Aulia dah tak ada cita-cita lagi, apa nak jadi dengan Aulia, itu lah."
Sebastian: "Oh, begitu rupanya. Sebast pun sangat sedih mendengar cerita itu, rupa-rupanya itu yang membuat Aulia menutup hati itu. Aulia, kalau satu tangan kita busuk, tak bermakna tangan yang satu lagi tu busuk. Kalau kita dah menyesal dengan perbuatan kita, cepat-cepatlah taubat."
Aulia: "Begitulah itu."
Dengan semangat, dan kembali serius.
Sebastian: "Okey! Today is my birthday! So, no crying crying no sad sad story. Aulia.."
Aulia: "Ya, patik, tuan hamba."
Sebastian: "Sudikah adinda menjadi penyeri hidup kakanda? Will you become my girlfriend?"
Aulia: "Haha, let's me thinks about it first! I have been so long away from this."
Sebastian: "Okey, take your time. But only until tomorrow morning. Wear this bangle on your right hand if you agree, if you don't, wear it on your left hand. Aku akan biarkan kamu membuat keputusan itu. Okey, jom, makan kek ni, aku tahu awak suka makan cheese cake kan?"
Aulia: "Ni kan birthday awak, kenapa beli kek kesukaan aku pula?"
Sebastian: "You are my all."
Aulia: "Dah, makan."
Malam itu, Sebastian menyambut sekali lagi ulang tahun kelahirannya pada hari yang sama untuk kedua kali, kali ini bersama ahli keluarganya di kampung, itu adalah atas permintaan Sebastian supaya mereka keluarga dapat merasai suasana kampung yang bebas dari bingit kota. Dia tidak dapat membawa Aulia bersamanya, kerana Aulia masih tidak mengetahui latar belakangnya yang sebenar. Namun, dia meyakinkan dirinya supaya memberitahu Aulia perkara sebenar sebelum terlambat, kerana dia tidak ingin kisah lama Aulia menghantui Aulia semula sekiranya Aulia mendapat tahu siapa dirinya yang sebenar. Setiap kali aku mendengar gelak tawanya.. setiap kali itu juga jantung ku berdetak kuat dan mengepam dengan laju sekali mengalahkan enjin generator yang ada kat kampung tu.. Oh Tuhan, aku ingin memiliki cintanya yang tulus itu.
Bahagian I- Tamat.
Nantikan Bahagian II. Kisah ini adalah rekaan Armia Merlin semata-mata. Tidak ada kaitan dengan yang hidup atau yang telah mati mahupun yang sedang koma. All rights belong to Armia Merlin. Thank you for reading.
Prolog
Keserasiannya dengan Sebastian telah membuat bibirnya sentiasa mengukir senyuman setelah sekian lama dia hampir lupa makna apakah itu C.I.N.T.A. -Aulia Myrna-
Setiap kali aku mendengar gelak tawanya.. setiap kali itu juga jantung ku berdetak kuat dan mengepam dengan laju sekali mengalahkan enjin generator yang ada kat kampung tu.. Oh Tuhan, aku ingin memiliki cintanya yang tulus itu. -Sebastian Evans-
Aku sudah ada Gwenish, dia sentiasa ada disamping ku, semasa aku sakit, semasa aku ingin meluahkan perasaan ku... Gwen memang sempurna, tapi untuk menebus segala silap ku dahulu, aku sanggup.. Adakah aku benar sanggup? -Harrison Garry-
Oh.. itukah dia Aulia... Harry tahu kan yang Gwen sentiasa inginkan yang terbaik untuk Harry... Jika itu keputusannya... Pergilah... -Gwen Nish-
Pensyarah yang sedang mengajar di hadapan seolah-olah sedang bermonolog sendiri, kelihatan beberapa pelajar sedang menguap mengantuk dan beberapa lagi tidak memberikan perhatian kepada apa yang diajarkan dalam subjek Mass Communication di dalam kelas pagi itu. Maklumlah, kelas di waktu pagi adalah sangat membosankan kerana semua masih dalam mood nak tidur. Sarapan pagi pun mungkin belum lagi.
"Hahaha!!!" gelak tawa Aulia telah memecahkan suasana yang bosan di dalam kelas. Dengan muka yang terasa berapi panas, Aulia menutup mulutnya dengan tangan dan menundukkan mukanya. Sebastian yang berada di sisi nya hanya ketawa kecil melihat kawannya itu memberikan respon yang agak hebat untuk lawak yang tidak seberapa dibuatnya itu. Semua mata memandang ke arah mereka, akhirnya pensyarah pun mengatakan: "Today class dismiss, thank you for your attention and make sure you summit your assignment before the due date next week."
Aulia terus mencuit lengan Sebastian. "Tengok tu, pensyarah sindir saya tu. 'Thank you for your attention'." Sebenarnya, lawak yang disampaikan oleh Sebastian itu adalah berkaitan dengan tajuk assignment yang diberikan oleh pensyarah itu tadi, iaitu berkaitan dengan Perbandingan Syarikat Penerbangan di Malaysia.
Sebastian: "Okey, assignment ni individu, so, awak nak pilih syarikat penerbangan mana? AirAsia ataupun MAS?"
Aulia: "Mungkin MAS kot.."
Sebastian: "Oh, kalau awak ambil mas(MAS), saya mungkin ambil Syarikat Perak atau Gangsa."

"Anak nak tahu kenapa pak cik sanggup kerja kat sini? Sebenarnya, pak cik ni memang dah tua, pak cik masih punya lagi harta kekayaan untuk menampung hidup pak cik yang sebatang kara ni. Tapi pak cik kerja kat sini ada sebab. Pak cik sedang tunggu anak pak cik. Sudah 8 tahun dia pergi, dia marahkan pak cik sebab pak cik suruh dia tinggalkan kekasih dia, masa tu, dia masih bersekolah lagi, SPM pun belum lagi. Takkan pak cik nak lihat dia rosakkan dirinya, lagipun dia sudah kehilangan emaknya semasa dia dilahirkan lagi. Mungkin pak cik yang sibuk bekerja, tidak ada masa untuknya, dan membuat dia menjadi insan yang melawan ibu bapa. Setahun selepas dia pergi, dia ada telefon kat pak cik, yang dia kata dia akan pulang. Dia sudah tidak tahan hidup kat luar, tak ada makanan, susah mencari duit apabila tidak ada pelajaran yang tinggi. Dia sangat menyesal dan ingin pulang. Pak cik dengan senang hati, menunggu ketibaan basnya. Tapi, dia masih tidak sampai-sampai lagi. Oleh sebab itu, pak cik pun minta kerja sebagai penjaga kat perhentian bas ini. Walaupun gajinya tidak besar, cukuplah untuk menampung sisa hidup pak cik ni. Pak cik harap, anak berfikirlah baik-baik, sebelum melakukan sesuatu perkara yang anak akan menyesal seumur hidup."

Comments