Skip to main content

Keluarga Nanai

aa.. Ni Nanai nak kongsikan pengalaman dengan keluarga Nanai pula.. 


Bapa Nanai seorang yang tegas tapi dia penyayang. Nanai panggil bapa Nanai "abak". Kalau Nanai merajuk, pandai dia pujuk. Beli ayam KFC lah, bawa Nanai jalan2 kat pasar la, ajak Nanai pergi mana2. Pernah sekali, masa tu Nanai belajar drive kereta kat Kompleks Sukan, masa kat atas bukit, Nanai tak tahu nak main brek dengan klas, lepastu, berkali-kali enjin padam. Diajar nya Nanai, masih juga tak faham, lepas tu, dia marah karna geram; "takkan itu pun tak tahu!" 







Nanai yang congek ni mestilah tak boleh ditengking.. Apa lagi, Nanai terus nangis. Lepas tu, Nanai keluar dari kereta, suruh bapa pergi tempat memandu, lepas tu Nanai kata nak balik, tak nak belajar lagi.. Dalam kereta, masing2 tak bercakap. Smpai je kat rumah, mak tanya lah, kenapa Nanai nangis. Hehe.. Nanai tak jawab, terus masuk dan nangis dalam bilik. Lepas tu abak pergi beli ayam KFC, lauk kami malam tu. Hehehe.. Sehingga saya belajar kat institut memandu, sehingga itu juga saya tidak menyentuh pun stering kereta. Hahaha.. Lucu betul lah.. Sekarang ni, masih lagi bergurau dengan dialog ini, "nti nenen hu dh neshai nya, ek na asut epak, alu biba biba." hahahahaha....


Masa tu, mak cakap dengan bapa Nanai, "itulah, dia kan masih kecil, yang kamu nak ajar dia bawa kereta tu kenapa?" hehe... siapalah kata masih kecil. Tingkatan 4 sudah.. Cerita pasal mak Nanai, dia ni garang.. tapi loving caring.. hehe.. kalau Nanai malas cuci pakaian, malas buat kerja, mmg dimarah..hehe.. anak dara yg pemalas.. Masa remaja dulu, tak rapat sangat dengan mak, sebab Nanai tinggal dengan nenek, mak ikut abak pergi kerja kat Sibu, pastu kat Kuching. Takut abak macam2. Skrang dah besar, kamcheng sangat dah.. hehe.. Kalau Nanai ada balik cuti, mmg confirm pergi shopping dengan mak, takde duit pun boleh juga pergi shopping. Mak sekarang jadi baby sitter.  Perkara yang Nanai sering buat dengan mak ialah karaoke le... Karaoke kat rumah klassin, lepas tu, rakam.. boleh buat album.. hehe.. Christmas lepas Nanai tak balik Sarawak, mak adalah kirim barang kat Nanai. Kirim tempoyak, ikan goreng dan biskut beras. Nangis Nanai makan ikan goreng. Hehehe.. siapa tak suka masakan ibu? Dulu mak tak pernah cerita pasal dia muda2 dulu, takut Nanai ikut jejak kot... hehe.. sekarang ni, selalu jugalah dia cerita.. tapi tak nak kongsi dengan korang.. Mak juga selalu ingat Nanai ni masih kecil.. hehehe... 


Abang Nanai pula.. dikelilingi perempuan je... tapi tak pula couple dengan mereka, yang jauh tu pula pilihannya. Dia ni gemar main game, kumpul komik, komputer dan komputer. Dulu mmg takde dia nak main kat luar. Terperap kat rumah jer.. main ps1 dan sewaktu dengannya. Nanai pun tak tahu. Abang Nanai ini selalu juga lah bawa kawan2 dia balik rumah kami. Kdg2 terasa macam "bila mak Nanai lahirkan mereka ini?" hehe.. dulu dia kurus macam lidi, tapi sekarang dah selalu exercise, tuff sikit lah badannye tu. Satu kelemahan abang Nanai ni, dia tak boleh memandu kalau dia mengantuk. Tapi Nanai boleh. Hehehe... bahaya kan? Under alcohol pun, Nanai boleh lagi memandu. Kelebihan dia pula, boleh main gitar, nyanyi, boleh buat album.. selalu sangat post ntah ape2 ntah kat fb dia tu, yang peliknya, banyak pula orang nak komen.. hehe.. popular lah tu. Nanai pun kadang2 tumpang popular juga. Kalau Nanai banyak berkawan dengan "gengster", dia ni banyak kenalan "gereja". Kalau dah bercakap, mmg macam falsafah.. Nasiblah abang Nanai ni tak macam William Shakespeare. Kalau tak, pasti emo sangat..berjiwang karat.. Statement yang sesuai utk abang Nanai, "handsome and adorable." 


Setakat tu lah yang Nanai boleh kongsikan~ ^^ Keluarga korang camne pula??

Comments

Popular posts from this blog

Tips-Tips Sebelum, Semasa, Selepas Menduduki Peperiksaan

Hai Kawan2... Baru2 ni, ada sorang kawan Nanai minta tips camne nak menduduki peperiksaan.... Dia ni nak duduki SPM tahun ni.. Nak bagi tips soalan apa yang keluar, Nanai tak berani nak confirm pula... Jadi, senarai dibawah ni lah yang Nanai mampu tolong yer... Hehehe.. Kepada sesiapa yang akan mengambil PMR/SPM/STPM tahun ni, bolehlah manfaatkan tips yang kat bawah nanti yer.. bagi yang tak ambil peperiksaan tergempar camtu, boleh juga praktikan semasa peperiksaan biasa, supaya nanti bolehlah dijadikan tabiat yang baik..... Sebelum, Semasa dan Selepas Menduduki Peperiksaan.. . Jom, kita tengok apa yang patut ker tak patut atau perlu ke tak perlu dibuat yer... {SEBELUM MENDUDUKI  PEPERIKSAAN} Beberapa bulan sebelum peperiksaan, (seteruk-teruknya bermula bulan Jun, ni untuk pelajar yang malas buat persediaan awal lah) .. Nanai nasihatkan supaya: Minta maaf kepada semua cikgu yang mengajar korang. Yang ni lah kunci utamanya, sebab, pelajaran tu semua datang dari cikgu, ka...

Why Cats In Kuching Have Short Tails An Old Iban Folk Tale

Hello everyone, here I want to share one article that I take a shoot at The Cat Museum Petrajaya Kuching Sarawak. TITLE: WHY CATS IN KUCHING HAVE SHORT TAILS AN OLD IBAN FOLK TALE, Daylight Lautern By O.T.LI~  The story begin,             Long long ago, before anybody can remember, there weren't any cats in Kuching. But one day, a smart young tabby Tom Cat who lived in Singapore heard of a town named after his deceased great-aunt, a lady to whom he had been affectionately attached.             "I must make a pilgrimage to this place," he decided, waving his magnificent tail as he spake, "and place offerings at the foot of the monument they are certain to have erected in her pious memory."            He was, like many a young Tom, a man of a practical mind. He figured (correctly) that he would be the Cat of the Walk once he got to Kuching, and he assumed (also correctly...

Schedule Planning

Haar... Ni nak planning indah kalau balik ni... Yang Nanai rasa yang Nanai akan buat bila balik Sarawak nanti, mestilah antara perkara2 berikut..  Jumpa keluarga dulu... sayang mak n abak~  Mesti makan nasi goreng yang mak buat...  Keluar sekeluarga beli handphone baru untuk Nanai.. hehe.. Shopping dengan mak kat Satok@Saberkas@mana2.. Pergi Hopoh ambil kain lebihan..  Nak makan kolo mee.. Hari Ahad makan bak kut teh! (banyak dan sedap) Pergi gumpul tin, jana pendapatan.. Jumpa dengan kengkawans lama dan baru. Jumpa nenek dan datuk kat menua.  Ini sub scop perkara yang akan berlaku.. minor punya akan didalam apa yang patut... haha~ I LOVE SARAWAK! *~Jesus, bless my journey~*