Skip to main content

Posts

Happy Wife, Happy Life!

Siapa tak sayang bini oi? Dalam blog kali ini, Nanai nak kisahkan tentang cerita ibu bapa Nanai. Alkisah, pada Jun tahun lepas, bapa Nanai telah dimasukkan ke wad kat Hospital Sri Aman. Tapi, bukan sebab dia yang nak masuk, itu sebab abang Nanai yang paksa selepas dipujuk macam budak kecik, kononnya, kalau tak pergi, nanti orang potong kaki tu kang! Siap! Pagi-pagi lagi dah jenguk bapa.. Jadi, pada suatu hari, bapa Nanai pergi ke kebun dan terlanggar pohon kayu yang telah terlantar berkurun lamanya, yang langsung takda kacau hidup dia, dia pergi langgar pula... Pastu, kaki dia bengkak..... Kira dalam seminggu cam tu, dia diamkan saja.. Sehinggakan satu minggu tu, abang Nanai ada balik kampung, yang kerja nurse tu, ah, dia lah tu, yang korang selalu cakap hensem tu, pagi tu sempat lagi diorang bertiga makan mee kat pasar... Sekembali ke rumah, abang Nanai tengok kaki bapa dah berair, tembus dari seluar yang dia pakai.. Kemudian, abang cek lah suruh tengok luka tu, bila bapa ...

A Year And Half

It's year and half from the day we separated by time and universe. Many talks about us, some of it hurts the feeling, while some was concerned courage from people who knows us. But, it's not yet clear how much you and I know the real reason what's going on now. People can talk whatever they wanted. But after, no ones will admit the talk was they started it. Pointing each other; Blaming each others. What's up now, no one dare to talk anything. Ignoring me was the best parts of these. Talking about me was fun. Teasing on me, it's their favourite. Add caption

TOXIC!!!

Semakin hari semakin canggih sistem perubatan sekarang ni. Mesin kurus lah, mesin mandi spa lah, mesin runcingkan dagu lah... Belum kira ubat-ubatan yang ada di pasaran lagi... Nak putih ke, nak gempal lagi ke, nak kurus ke, semua ada sekarang... Belum lagi saya sebut yang gagah teruna, kembali dara... Amboi.. Macam-macam strategi untuk memasarkan produk masing-masing kan? Jadi, baru-baru ini, saya dan mak ada pergi ke mall baru yang terletak di Sri Aman. Pastu ada promosi@service berbayar untuk membuang toxic dari kaki, nak guna footpatch, leceh pula.. JADI, sekarang ni dah ada machine, diorang pun nak kerja senang juga, gunakan plastik jer, pastu masukkan air dalam plastik tu, jadi tak lah diorang nak berus mesin diorang tu. Dah beberapa kali kami lalu kawasan tu, ada juga tengok orang lain buat, tapi rasa takut nak cuba sebab dia masukkan elektrik dalam bekas air tu, kalau kena elektrik shock macam mana? Belum beli insurans lagi ni.... Dipendekkan cerita, try lah ni. Biarlah g...

Aku Anak Urang Bumai (Aku Anak Petani)

Selamat malam!  selamat menuai! Harini masa aku nak pergi pasar, aku nampak beberapa kumpulan orang yang sedang membakar ranting-ranting buluh atau lebih kepada kawasan bertanam padi huma @ padi bukit.  Teringat pula pengalaman bila aku ikut ngetau sebelum gawai tahun ini tadi. Sejak dari darjah 3, aku dah tak buat lagi "ngetau" atau lebih kita cakap menuai padi.  Dewasa ni, bukannya tak reti nak buat, tapi kadang-kadang kita sekarang jarang dah nak berbudi dengan tanah, lebih-lebih kerja ni lebih memerah keringat, kan? Ye la, sekarang semua orang dah belajar tinggi-tinggi, bukan belajar atas bukit, tapi, lebih berpelajaran la.. Jadi, memang masing-masing nak mengejar impian lah, cita-cita kalau jadi cikgu/ pegawai/ polis/ bomba/ jururawat/ dll ; paling best bila kerja dalam ofis yang guna penghawa dingin itu. Betul kan? Jadi, walaupun parents aku bekas pekerja gomen, sekarang diorang dah pencen, jadi mulai lah bertanam, menternak binatang, menanam bung...

Hampir Mati!!!

Selamat malam semua. Harini hujan agak lebat, tambah lagi ada beberapa bunyi guruh, dan datanglah ilham ku nak coretkan kisah "kematian" aku ni. Korang janganlah terkejut sangat, kenapa tiba-tiba dengan aku ni... Bukan maksudnya aku ada sakit apa-apa, cuma untuk luahan perasaan sahaja. Begini kisahnya, aku dah pendekkan dah pun, tinggal korang baca jer.  Pada beberapa hari yang lepas, aku join budak-budak mandi kat sungai.... Sebenarnya aku dah janji dengan diorang pada minggu yang lepas sebelum tu, tapi disebabkan dah janji , aku turutkan je lah hari Selasa ni tadi.  Ok, mula cerita macam ni. Lepas aku balik kerja tu, budak-budak mengerumi aku dan ajak aku mandi di sungai. Bila kami dah sampai kat situ, aku rasa sejuk semacam saja, sampai bergetar seluruh tubuh ku. Entah kenapa, takkan la pula " pass by thing ".. Lalu aku teman diorang sambil duduk kat tebing saja, diorang mandi la.. tapi lepas tu, kesejukan itu terasa menusuk ke dalam tulang dan hingga ke ...

2015 Milik Ku

Wow! Dah lebih setahun aku dah berhenti menulis. Untuk tahun 2015, langsung tiada sebarang kisah yang aku paparkan tentang hidup ku. Bukan apa, tahun 2015 yang lepas, boleh dikatakan tahun "Tercalarnya Aku Yang Teramat Sangat"! Tengok tu, dah guna "amat"; guna lagi "sangat". Agak-agak apa kah yang terjadi pada tahun 2015 ni ye? Ada Apa Dengan 2015? Hilangnya segala karya kerana aku rasa malas nak fikir dan tuliskan segala macam tentang putaran hidup ini, lebih-lebih lagi masa aku masih di tahun 2015 tu. Tapi harini aku nak tulis tentang segala yang masih terpahat dalam kepala hotak ni yang mungkin bakal dibawa arus kedewasaan hilang dek zaman. Maklumlah, hidup ini tak selalu indah dan tak selamanya dimiliki. Dengan ini, pendahuluan untuk kisah ku <<2015 MilikKu>> sudah siap.. Perh! Macam karangan la pula... OK, ketepikan semua protokol tatabahasa, biar senang aku nak citer ni. (Maaf jika aku menggunakan bahasa ibunda yang tunggang langgang....