Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2017

Waktu Ini Bukan Waktu Ku

Hari ini, aku tidak pernah menyedari yang aku telah menyedari semua ini.  Ya, aku masih boleh belajar untuk terus setia. Waktu Tuhan By janice charlene & ruth julia Inspirational Worship Ada waktunya; Aku tak mempunyai sesiapa untuk mendengar apa kisah yang terjadi dalam hidup ku seharian. Dan bila ku pulang ke keluarga ku, mulut ku tidak terhenti untuk menceritakan semua yang terjadi pada sepanjang minggu itu kepada kedua orang tua ku. Bahkan, kadang-kadang otak ku menjadi keliru sebentar, entah dari mana aku ingin memulakan semua cerita itu. Ada juga hari bila; Aku harus membuat banyak perkara secara sendirian. Antaranya, makan sendiri, minum sendiri, tidur sendiri dan memandu sendiri dalam perjalanan 3 jam ke kampung halaman. Ada kalanya; Aku sangat sedih dengan keadaan sekeliling ataupun hati ku terguris dengan percakapan yang berkisarkan kurangnya kasih sayang. Super sad tapi tiada bahu untuk ku sandarkan kepala yang berbeban ini. Mengalirlah air m...

Kenapa Kahwin? Bila Kahwin?

*Warning.. Read it without judgement.* Harini Nai dan rakan sekerja pergi bandar sebab nak beli lauk pauk untuk jamuan esok. Dalam perjalanan tu, kitaorang dengar siaran Radio entah frequency apa. Tapi yang penting, diorang yang banyak celoteh itu lah. Topik yang dicelotehkan oleh Dj dan beberapa pemanggil tu berkenaan dengan "Bila Umur Berkahwin.." Ada lah sebut lelaki paling bagus kahwin bila umur 28 tahun.. Banyak lagi... Maaflah sebab tak berapa jelas nak terangkan sebab bila tengah dengar tu, borak pula dalam kereta, dah tu, beberapa kali keluar dari kereta sebab masuk kedai. Nak terus duduk dalam kereta tak boleh pula, kang tutup kedai, alamatnya tak makanlah kami esok.. Sambil tu, teringat lah kenangan dua tahun dulu. Tentang, kenapalah Nai kahwin awal. Banyak kawan ingat masa itu Nai pregnant, sebab tu kahwin awal. Sampai harini tak pregnant juga. Maklumlah, belum ada rezeki Tuhan bagi. Dalam hidup Nai, Nai letak kahwin sebagai matlamat hidup. Biasalah,...

Bercuti

Curiosity = Terlebih Caring

Malam ni kuat sangat rasanya nak bercerita tentang sorang mak cik ni. Tak pa lah kalau harini dia jadi watak utama yang berligar dalam fikiran aku ni. Nak kata aku rapat; tidak juga dengan mak cik ni, tapi kenal lah juga sebab nama dah mak cik aku..  Bukan mak cik yang kita jumpa kat pasar tu. Yang ini memang saudara.. Dan antara golongan busybody a.k.a. entena TV a.k.a. wartawan kawasan setempat. Kalau tak tengok dia awal pagi dah cari bahan berita memang tak sah... Tak nak lah busukkan mak cik ni, dah sedia busuk dah, nak tegur tak boleh pula, kang aku pula jadi bahan beritanya... Fuh! Minta jauh simpang 44.... Kita ni kadang-kadang memang perlu tahu mana satu curiosity dan mana satu caring. Haha.. Kalau korang baca ikut BM, confirm baca "C.A. - RING" caring.. Kayring ok... Caring. Aku fahamlah bila dah lama tak jumpa memang nak tanya berita apa semua kan? Biasanya pihak keluarga ini memang nak ambil tahu hal kita luar dan dalam. Kalau boleh,...

REDHA DOWNGRADING

Baru-baru ni, aku mengikuti satu bengkel bersama rakan-rakan sekerja ku. Di sini, aku menjadi pemerhati dan fikiran ku mulai terbuka untuk hanya mendengar. Tetapi, di dalam aku mendengar itu, aku tersedar tentang siapa aku diri ini. Aku mengaku aku bukan seorang pendendam, namun aku sentiasa menjadikan apa yang terjadi kepada ku sebagai satu pedoman bagi orang lain. Selain itu, aku cuba meletakkan "sekiranya" aku di tempat seseorang itu. Kadang-kadang masalah buat kita rasa teruk dan ingin berputus asa. Tapi janganlah pula terus nak bunuh diri bila ada masalah tu. Kematian memang tidak menyelesaikan apa-apa, namun, hidup pasti juga lelah untuk berusaha menyelesaikan "apa-apa" itu kan? Ya, aku yang menaip ini memang senang sebab ini hanya apa yang dibenak fikiran ku. Pasti ada yang mengatakan "Cuba kalau kena batang hidung sendiri??" Maaflah bila aku downgrade orang lain. Rasa macam orang itu dah tinggi sangat pendidikan, namun pemikirannya amat cetek. ...