Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2017

Dia Mencari Pengganti

Ada sebuah pertanyaan untuk saya minggu lepas, sampai harini masih di benak fikiran ini. Rasa kalau tak luahkan dalam blog ini, tak dapat tidur pula. Idea makin banyak mencurah-curah. Nak mulai dari mana pun tak tahu.. Alkisahnya, last week, ada kawan yang nak mengesyorkan atau memperkenalkan saya dengan seseorang. Tapi, belum kenal lagi tau. Cumanya, sekarang ni, aku tengah "tempatkan" diri aku di tempat di mana situasi yang bakal aku berada sekiranya aku katakan "ya". Beranganlah aku ni jadi artis. Pepatah orang zaman dahulu yang terbit bila teringat kat perkara ini. "Kalau memasak tu, jangan menyanyi; nanti kahwin dengan orang tua.." Dulu, masa tengok Dato'SN kahwin dengan Dato'K; adalah rasa terkejut sikit. Sebab dulu minat sangat dengan Dato'SN (Bilik ada poster DSN tau, ko ade?) , tak boleh pula cakap kenapa tak pilih orang bujang, kalau dah jodoh DSN dengan DK, harap diorang bahagia sampai akhir hayat. ND pun dah kahwin la...