Selamat malam semua. Harini hujan agak lebat, tambah lagi ada beberapa bunyi guruh, dan datanglah ilham ku nak coretkan kisah "kematian" aku ni. Korang janganlah terkejut sangat, kenapa tiba-tiba dengan aku ni... Bukan maksudnya aku ada sakit apa-apa, cuma untuk luahan perasaan sahaja. Begini kisahnya, aku dah pendekkan dah pun, tinggal korang baca jer. Pada beberapa hari yang lepas, aku join budak-budak mandi kat sungai.... Sebenarnya aku dah janji dengan diorang pada minggu yang lepas sebelum tu, tapi disebabkan dah janji , aku turutkan je lah hari Selasa ni tadi. Ok, mula cerita macam ni. Lepas aku balik kerja tu, budak-budak mengerumi aku dan ajak aku mandi di sungai. Bila kami dah sampai kat situ, aku rasa sejuk semacam saja, sampai bergetar seluruh tubuh ku. Entah kenapa, takkan la pula " pass by thing ".. Lalu aku teman diorang sambil duduk kat tebing saja, diorang mandi la.. tapi lepas tu, kesejukan itu terasa menusuk ke dalam tulang dan hingga ke ...
Covered by Your Grace