Wow! Dah lebih setahun aku dah berhenti menulis. Untuk tahun 2015, langsung tiada sebarang kisah yang aku paparkan tentang hidup ku. Bukan apa, tahun 2015 yang lepas, boleh dikatakan tahun "Tercalarnya Aku Yang Teramat Sangat"! Tengok tu, dah guna "amat"; guna lagi "sangat". Agak-agak apa kah yang terjadi pada tahun 2015 ni ye? Ada Apa Dengan 2015? Hilangnya segala karya kerana aku rasa malas nak fikir dan tuliskan segala macam tentang putaran hidup ini, lebih-lebih lagi masa aku masih di tahun 2015 tu. Tapi harini aku nak tulis tentang segala yang masih terpahat dalam kepala hotak ni yang mungkin bakal dibawa arus kedewasaan hilang dek zaman. Maklumlah, hidup ini tak selalu indah dan tak selamanya dimiliki. Dengan ini, pendahuluan untuk kisah ku <<2015 MilikKu>> sudah siap.. Perh! Macam karangan la pula... OK, ketepikan semua protokol tatabahasa, biar senang aku nak citer ni. (Maaf jika aku menggunakan bahasa ibunda yang tunggang langgang....
Covered by Your Grace