Siapa tak sayang bini oi? Dalam blog kali ini, Nanai nak kisahkan tentang cerita ibu bapa Nanai. Alkisah, pada Jun tahun lepas, bapa Nanai telah dimasukkan ke wad kat Hospital Sri Aman. Tapi, bukan sebab dia yang nak masuk, itu sebab abang Nanai yang paksa selepas dipujuk macam budak kecik, kononnya, kalau tak pergi, nanti orang potong kaki tu kang! Siap! Pagi-pagi lagi dah jenguk bapa.. Jadi, pada suatu hari, bapa Nanai pergi ke kebun dan terlanggar pohon kayu yang telah terlantar berkurun lamanya, yang langsung takda kacau hidup dia, dia pergi langgar pula... Pastu, kaki dia bengkak..... Kira dalam seminggu cam tu, dia diamkan saja.. Sehinggakan satu minggu tu, abang Nanai ada balik kampung, yang kerja nurse tu, ah, dia lah tu, yang korang selalu cakap hensem tu, pagi tu sempat lagi diorang bertiga makan mee kat pasar... Sekembali ke rumah, abang Nanai tengok kaki bapa dah berair, tembus dari seluar yang dia pakai.. Kemudian, abang cek lah suruh tengok luka tu, bila bapa ...